Sunday, March 24, 2013

BERTUNANGAN ANAKANDA KU SYIEDA


Tarikh 24 hb March. hari bertunangan anak sulung ku Norsyaida dengan abdul Aziz.

Apa yang kami rancang berjalan dengan lancar dan sempurna .. alhamdulliah.. sangat bersyukur walaupon hujan lebat pada waktu tengahari  tetapi tidak menjejaskan perjalanan majlis hujan rahmat kata makcik ku.. insyallah.

Majlis bermula seawal jam 10.30 pagi,, Tertamu  terdiri dari kawan kawan ku, jiran dan saudara mara mula datang. Kami sekarang menunggu ketibaan rombongan dari pihak lelaki untuk majlis seterusnya iaitu pertunangan anakku. Rombongan yang dijanjikan sampai jam 11.00 pagi dengan membawa 5 dulang hadiah iringan dan sebentuk cincin.
Pakcik ku  sebagai jurucakap bagi pihak ku. Majlis tanya-serah dan setujuterima berlangsung amat cepat sekali dan di akhiri dengan menyurung cincin oleh ibu aziz ke tangan jari manis anak ku syieda..

Alhamdulillah selesailah , majlis bacaan Yaasin, Tahlil, Doa Selamat telah disempunakan oleh orang orang surau Taman ku.
Rombongan pihak lelaki balik jam 2.00 petang dengan membawa pulang balasan hadiah iringan sebanyak 9 dulang.

 kalau tiada aral melintang, majlis perkahwinannya akan berlansung pada Cuti sekolah tahun 2013.. insyallah



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...