Sunday, March 24, 2013

BERTUNANGAN ANAKANDA KU SYIEDA


Tarikh 24 hb March. hari bertunangan anak sulung ku Norsyaida dengan abdul Aziz.

Apa yang kami rancang berjalan dengan lancar dan sempurna .. alhamdulliah.. sangat bersyukur walaupon hujan lebat pada waktu tengahari  tetapi tidak menjejaskan perjalanan majlis hujan rahmat kata makcik ku.. insyallah.

Majlis bermula seawal jam 10.30 pagi,, Tertamu  terdiri dari kawan kawan ku, jiran dan saudara mara mula datang. Kami sekarang menunggu ketibaan rombongan dari pihak lelaki untuk majlis seterusnya iaitu pertunangan anakku. Rombongan yang dijanjikan sampai jam 11.00 pagi dengan membawa 5 dulang hadiah iringan dan sebentuk cincin.
Pakcik ku  sebagai jurucakap bagi pihak ku. Majlis tanya-serah dan setujuterima berlangsung amat cepat sekali dan di akhiri dengan menyurung cincin oleh ibu aziz ke tangan jari manis anak ku syieda..

Alhamdulillah selesailah , majlis bacaan Yaasin, Tahlil, Doa Selamat telah disempunakan oleh orang orang surau Taman ku.
Rombongan pihak lelaki balik jam 2.00 petang dengan membawa pulang balasan hadiah iringan sebanyak 9 dulang.

 kalau tiada aral melintang, majlis perkahwinannya akan berlansung pada Cuti sekolah tahun 2013.. insyallah



Monday, March 18, 2013

Purple Walk Satu malaysia


LEBIH daripada 10,000 wanita dan keluarga menyertai perhimpunan raksasa 1Million Women & Family Purple Walk sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2013  Peringkat Negeri Negeri Sembilan, semalam.

Program yang berlangsung di pekarangan Komplek Belia dan Sukan, Paroi. itu menyaksikan himpunan sekumpulan wanita dan keluarga dengan memakai warna ungu iaitu lambang untuk para wanita di seluruh dunia.


 


Pada majlis yang sama, turut diadakan siaran langsung pelancaran 1Malaysia Komuniti Perwani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari Dataran Putrajaya .


 Program yang bermula seawal jam 7 pagi menerusi acara senamrobik disusuli dengan pelepasan peserta Purple Walk. Aku sampai lewat sikit sebab nak hantar anak ku imran bermain bola.


Menteri Besar Negeri

Sembilan serta isteri  turut hadir sebagai tetamu kehormat dan melancarkan program pada

pagi itu.

Tuesday, March 12, 2013

Sampai di sini, sayang

salam



Sampai di sini,
berat kaki melangkah..
Memburu mimpi yang tidak lagi bernyawa..
Kerana hati kasih,
enggan lagi bersama..
Biarlah rindu bersemadi dalam jiwa..
Sampai di sini kasih,
gelora cinta yang terindah..
Walau di hati pedih, aku merana..
Tersungkur aku dalam luka,
bila cinta yang di bina hanya untuk dipersia-sia..
Biar aku yang merasai kesan pilu dalam hati seandainya engkau mahu, bersama dia..
Sampai di sini takdir untuk bercinta..
Asmara ini tidak lagi kesampaian..
Selamat tinggal kasih..
Ucapkan perpisahan..
Biarlah cinta ini menjadi kenangan..

Wednesday, March 6, 2013

Majlis Persandingan Anak saudara



Pada ahad minggu lepas 3.3.13.. aku hubby and 2 anak dara ku menghadirkan diri ke majlis perkawinan anak saudara sebelah hesban ku ,,  anak ke 2 kepada kakak husben ku yang tinggal di Sg. Petani., nama sebenarnya

Faizal dan pasanganya Fiza

Majlis tersebut diadakan di rumah pengantin Perempuan di Pangsapuri Damai Jalan Sg. Besi. dan Majlis belah lelaki akan di adakan pada 17.3.13  di Sg. Petani. Dan pada tarikh tersebut

kami tak dapat ke sana disebab  majlis pertunangan anak ku pada 24.3.13. dan tentunya banyak kerja yang

harus kami selesaikan sebelum tarikh tersebut.





Sebahagian Adik beradik belah suami yang  dapat hadir di majlis tersebut..



 Kepada Anak saudara ku Jaja and pasanganya Fiza.. selamat pengantin baru dan semoga bahagia sehingga ke anak cucu...


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...