Thursday, December 5, 2013

Sunday, July 28, 2013

Bingka ubi kayu

Hari ni dalam.perjalanan dari jb..singgah di uitm kuala pilah anta anak yg ke.3 dan dalam perjalanan aku terfikir menu apa untuk berbuka.Tertiba terfikir utk membuat kueh binka ubi kayu. Anak anak pasti suka

Wednesday, July 17, 2013

Lagi meninggal.kan aku

Anak kucing ku.si itam..mlm tadi jam 8.3 mlm meninggalkan kami setelah 4 hari deman..aku membawa dia kat vet berdekatan rumah .selepas balik.dari kelinik keadaan dia ok dah boleh makan dan minum..tetapi keadaan berubah pada malam hari dia kembali sakit dan tak mampu bergerak..si itam hanya tidur sahaja sehingga hari isnin.
Dengan keadaan yang tak berubah.suami ku mengambil.cuti untuk menghantar si hitam ke vet lain. Doktor mengatakan si atam mengalami gangguan otak disebabkan deman terlampau panas...
Si itam pergi ditangan ku..ku usap dia perlahan lahan sehingga nafas dia terakhir...sedey kami sekeluaga di saat itu hanya allah yang tahu walaupon dia kucing haiwan peliharaan kami tetapi dia sebahagian kami juga tempat kami bermanja dan bermain bersama bila masa terluang.
Aku tahu suami ku lagi terasa sbb dia lah org yang membeli makan pada kucing kucing ku dan sering membawa mereka ke vet sekiranya ada masalah kesihatan...

Sunday, July 14, 2013

Smoothies lagi

Bulan pose ni berbuka dan syahur dgn smoothies sahaja pon dah kenyang
Bahan bahan nye senang sahaja
Hari ni buat campuran organik soya.apple hijau.sederi.kawi. Tomato...hmmmm sedapnya yg amat..lagi sejuk lagi sedap....cuba koma try test...mesti meroyan punya lah....

       selain smoothies aku makan ayam goreng taupaw dari kedai mamak.

Saturday, July 13, 2013

Diet atkins di.bulan puasa

Sebelum posa berat 63.4 kg mahu tak tension aku ...
So bulan posa ni aku target nak turun berat sampai 55 kg kalau ble
Dalam bulan ni jugak aku sibok menjahit  baju baju raya anak anak aku.. Tu yang tak dapat gi.gym.atau trawiah..sabar je mak ..

Hari ni hari ke 3, aku cuba ubah sikit diet.. Menu ari ni aku buat smoothies..
Sbb aku terbaca kat fb dimana satu kelab diet yg seorang ahli nya.suka buat smoothies ni. Aku try laa.pulak..mana tahu menjadi pulak kan

Friday, July 12, 2013

Nak.diet lagi

Semenjak aku suka minum jus buah.buahan..berat aku cepat naik..ingatkan boleh kurus..tapi  yang adooo
Berat aku sebelum minum jus.buah buahan ni 61 - 62 kg....
Sehari sebelum pose...makcik timbang 63.3.kg.......Terkejut sangaattt mak nak oiiii.
Macam ni tak boleh jadi...aku bertakat nak buat diet atkin balik.. Pada awal.tahun 2012 pertama kali buat diet ni...berat aku kurang 2 kg..dalam 2 minggu...keciwa jugak laa sbb sikit sangat turun...aku target  turun samapai 60.kg...tapi mimpi laaa rupanya...pastu makcik.google lagi tentang diet .

Thursday, July 11, 2013

MOMOT KU

Cepat besar si momot ni dah mcm ayah nya ci itam....kuat makan. Dan kenyang membuta kerjanya.

Si momot ni kucing betina...asyik beranak laa kerja kalau tak dimandulkan....

Pening kepala nanti kalau dah banyak sangat...
si momot ni anak si itam dgn kucing jiran..

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan yang Pertama

Hari ni hari pertama umat islam menunaikan rukun ke 3..

Insyallah setakat saat ni...aku ok lagi

Monday, April 22, 2013

Tuesday, April 9, 2013

Nak diet balik

Berat badan sekarang berubah ubah 61 ke 62...bila timbang cecah ke 62kg..aku.mesti mengelabah giler masa makan tak ingat..Sekarang amal kan diet low cab..makan sikit dan kurang ambik nasi dan makanan yg bergula.
Ramai diluar sana rata rata nak kehilangan kurus tapi bukan aku..sebenarnya kenA buang lemak terutama di bahagian perut yang susah sangat.
Dulu aku rajin pergi gym buat senaman seminggu 3 x tetapi sekarang ni 2 x saja yang sempat.
Nak badan sihat slim dan cun kena lah kuat semangat selalu dan kena buat perancangan menu harian untuk mencapai target untuk kurangkan berat..Biar lambat asalkan selamat.
Pada pendapat aku kita mesti ada pengetahuan dan mencari info info yang betul jangan main belasah jew kan.
Aku masih ingat lagi aku start diet tahun lepas pada awal jan 12..beratku dari 67kg ke 61kg...

Pada tahun aku berusaha nak kurang lagi  sampai ke 55kg...

Monday, April 8, 2013

Menu hari sabtu mee kari

Cuti cuti ni teragak pulak nak makan mee kari..google resepi mee kari..mcm mcm resipi ada ikut selera masing masing tetapi aku lebih suka resipi mee kari nyonya..
cara masak sama je tetapi tambah daun kesum, bunga kantan dan buah keras tapi stok buah keras tak ada jadi aku tak letak.
kalau ada kerang best jugak..malas jugak lah jawapnye... malas nak kopek kerang..

hari satu tu satu hari makan mee kari..rupa nya ku imran selain nasi goreng mee kari pon dia suka...berapa kali anakku imran makan.

Tuesday, April 2, 2013

DAH ADA PENGANTI

Anak ku membawa balik anak kucing yang dijumpai semasa bermain bola di kawasan rumah kawanya..
Kerana rindu dan masih merasai kehilangan si putih dan si hitam, dibawanya balik ke rumah..
Hari ni hari kedua ,aku mandikan anak kucing ni supaya bersih dari kotoran.
Aku berharap x ni tak hilang lagi.

KUCING KU CIK TEH N CIK TAM

Anak anak ku menang sayang kucing setelah kucing ku cik coklat hilang nak kasi kucing ni...ku nama kan putih n hitan sempena bulu yang diMiliki sama jugak kucing kucing yang terdahulu.
<br/>
Tetapi teh n itam dah sebulan hilang..aku.sentiasa berdoa agar dia pulang sbb kami sekeluaga rindu sangat.

MINUM KOPI PAGI NI

ceria ceria laaa weii pagi ni
Pagi ni aku minum kopi....kopi ni aku kat noni.KOPI MUAR, orang kata sangat terkenal dan digemari orang sekitar muar dan melaka..Rasanya memang laa KAWWW dan pekatnya..

Tetapi aku tak boleh minum selalu sebab nanti kepala ko pusing pusing.hehehehe

Aku copy and paste kebaikan minum kopi untuk kesihatan yang mana ramai yang tak tahu.

1. Mampu membuang sel² kulit mati sehingga membantu memperbaiki kulit rosak.
2. Meneutralkan kulit yang yang gatal, ekali gus memberi nutrisi pada kulit dan juga membantu menghilangkan bau badan.
3. Menjaga kelembapan kulit terutama kulit yang kering dan berkedut.
4. Menghilangkan bekas jerawat, menghilangkan selulit jika dilakukan secara teratur dan membantu memperbaiki perjalanan darah.
5. Membantu memecahkan lemak di tubuh.

Monday, April 1, 2013

FRASER HIlLSS....YANG ADOO

Cuti sekolah yang hanya seminggu sahaja..jadi menghabiskan hujung cuti sekolah aku sekeluaga bercuti di Tm Resort Fraser Hillls
Kat sini tak ada apa pon yang best, kedai makan pon 'cekik darah' aku dan anak anak cuba nak bersama sama berehat di tempat yang sejuk. kali ni ahli keluarga ku bertambah..iaitu 'tunang SiDA - AZIZ'


 
 walaupon percutian yang singkat
tapi sangat bermakna untuk kami.sekeluaga.

Sunday, March 24, 2013

BERTUNANGAN ANAKANDA KU SYIEDA


Tarikh 24 hb March. hari bertunangan anak sulung ku Norsyaida dengan abdul Aziz.

Apa yang kami rancang berjalan dengan lancar dan sempurna .. alhamdulliah.. sangat bersyukur walaupon hujan lebat pada waktu tengahari  tetapi tidak menjejaskan perjalanan majlis hujan rahmat kata makcik ku.. insyallah.

Majlis bermula seawal jam 10.30 pagi,, Tertamu  terdiri dari kawan kawan ku, jiran dan saudara mara mula datang. Kami sekarang menunggu ketibaan rombongan dari pihak lelaki untuk majlis seterusnya iaitu pertunangan anakku. Rombongan yang dijanjikan sampai jam 11.00 pagi dengan membawa 5 dulang hadiah iringan dan sebentuk cincin.
Pakcik ku  sebagai jurucakap bagi pihak ku. Majlis tanya-serah dan setujuterima berlangsung amat cepat sekali dan di akhiri dengan menyurung cincin oleh ibu aziz ke tangan jari manis anak ku syieda..

Alhamdulillah selesailah , majlis bacaan Yaasin, Tahlil, Doa Selamat telah disempunakan oleh orang orang surau Taman ku.
Rombongan pihak lelaki balik jam 2.00 petang dengan membawa pulang balasan hadiah iringan sebanyak 9 dulang.

 kalau tiada aral melintang, majlis perkahwinannya akan berlansung pada Cuti sekolah tahun 2013.. insyallah



Monday, March 18, 2013

Purple Walk Satu malaysia


LEBIH daripada 10,000 wanita dan keluarga menyertai perhimpunan raksasa 1Million Women & Family Purple Walk sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2013  Peringkat Negeri Negeri Sembilan, semalam.

Program yang berlangsung di pekarangan Komplek Belia dan Sukan, Paroi. itu menyaksikan himpunan sekumpulan wanita dan keluarga dengan memakai warna ungu iaitu lambang untuk para wanita di seluruh dunia.


 


Pada majlis yang sama, turut diadakan siaran langsung pelancaran 1Malaysia Komuniti Perwani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari Dataran Putrajaya .


 Program yang bermula seawal jam 7 pagi menerusi acara senamrobik disusuli dengan pelepasan peserta Purple Walk. Aku sampai lewat sikit sebab nak hantar anak ku imran bermain bola.


Menteri Besar Negeri

Sembilan serta isteri  turut hadir sebagai tetamu kehormat dan melancarkan program pada

pagi itu.

Tuesday, March 12, 2013

Sampai di sini, sayang

salam



Sampai di sini,
berat kaki melangkah..
Memburu mimpi yang tidak lagi bernyawa..
Kerana hati kasih,
enggan lagi bersama..
Biarlah rindu bersemadi dalam jiwa..
Sampai di sini kasih,
gelora cinta yang terindah..
Walau di hati pedih, aku merana..
Tersungkur aku dalam luka,
bila cinta yang di bina hanya untuk dipersia-sia..
Biar aku yang merasai kesan pilu dalam hati seandainya engkau mahu, bersama dia..
Sampai di sini takdir untuk bercinta..
Asmara ini tidak lagi kesampaian..
Selamat tinggal kasih..
Ucapkan perpisahan..
Biarlah cinta ini menjadi kenangan..

Wednesday, March 6, 2013

Majlis Persandingan Anak saudara



Pada ahad minggu lepas 3.3.13.. aku hubby and 2 anak dara ku menghadirkan diri ke majlis perkawinan anak saudara sebelah hesban ku ,,  anak ke 2 kepada kakak husben ku yang tinggal di Sg. Petani., nama sebenarnya

Faizal dan pasanganya Fiza

Majlis tersebut diadakan di rumah pengantin Perempuan di Pangsapuri Damai Jalan Sg. Besi. dan Majlis belah lelaki akan di adakan pada 17.3.13  di Sg. Petani. Dan pada tarikh tersebut

kami tak dapat ke sana disebab  majlis pertunangan anak ku pada 24.3.13. dan tentunya banyak kerja yang

harus kami selesaikan sebelum tarikh tersebut.





Sebahagian Adik beradik belah suami yang  dapat hadir di majlis tersebut..



 Kepada Anak saudara ku Jaja and pasanganya Fiza.. selamat pengantin baru dan semoga bahagia sehingga ke anak cucu...


 

Saturday, February 16, 2013

Masak masak hari cuti.

salam pada semua


Bulan Feb. Raya Cina pon dah lepas.

hari ni aku rajin mcm biasa celik je mata aku ingat nak buat apa

bila cuti cuti hari minggu aku fikir nak

masak apa untuk anak anak

. En. abe aku tak kerja pulak ari ni ada Maulud  Nabi kat surau Taman 

jadi dia tak pergi kerja..


 

Menu hari ni


 

Ubi Rebus. aku beli ubi ni dengan si azie budak IPC,, yang suami nyer suka bercucuk tanam selepas

berhenti ambik VSS 2 tahun lepas.

Malam tadi balik dari Gym terasa lapar... apa lagi stok yang ada ubi kayu... 

aku rebus cicah dengan cili api dengan ikan bilis.




Separuh aku goreng pagi tadi. 



Karipap segera yang aku beli dengan ' aboi' yang memjualnya

10 biji Rm 3.5 

sedap sangat anak anak  semua suka makan jadi aku beli 4 peket

 satu aku bagi kat mak.


Menu tengahari.

aku lama tak beli daging . Teringin sangat nak makan rebung Lomak cili api

aku campurkan  dengan Daging .


 

Ooooooo Sodap sesangat...

.
.
.

Podehhhhh yang amekkk...


kerang salah satu makanan kesukaan anak kembar ku

.. jadi aku buat sambal kerang untuk mereka

oooooooo

makan dengan nasi lemak ok gak ni


.
;
;









Thursday, January 24, 2013

Trip awal Tahun baru 2013



24hb ,, hari ulungtahun ku.. aku celeberate di bandung... yee ahhhhhh.

Sekembali nye dari trip KK kami ( geng ofismate aku)  plan lagi, kali ni nak ke Jakarta,
Bandung,

Lawatan kami dari 24hb January hingga 27hb January 13. Kali ni kami menaiki flight Tiger airways
Mandala
. Harga tambang lebih murah dari Airsia, kiranyer sangat berbaloi baloi.
Urusan tempahan ticket dan kewangan, ani sahabatku yang selasaikan.. mmg 1st class..kerja dia



kali ini kami aku membawa anak ku ct and sara, ida membawa ibunyer dan ani dengan
kakak dan adik nyer.. Rombongan kami seramai 9 orang semuanya.



ct. baru habis peperiksaan SPM,, so dah janji dengan dia habis sahaja
periksa bawa dia jejalan.. dia nampak sungguh gembira sebab 1st time naik flight..sangat
teruja..


Kami sampai jakarta jam 1.3 tengahari waktu tempatan. dari airport Jakarta kami
telah dijemput pak supir namanyer gunawan. sangat baik orangnye

Di bandung kami tinggal di magnolia hotel , sangat selesa sangat dengan harga pon murah.
kami rata rata puas hati. kami tinggal di bandung 2 malam dan 2 malam di jakarta.



Persekitaran hotel yang bersih dengan udara yang sejuk dan nyaman... oo best sangat
rasanyer next time nak tinggal di sini sekiranya berpeluang berkunjung di bandung.





Wednesday, January 16, 2013

My samsung Hotsport.....

Dah masuk tahun baru 2013.. hari ni dah hari ke 16 .. aku baru dapat update blog aku yang dah mmg dah sawang... tak bertuan.... kalau rumah lama yang ditinggal oleh tuan nyer dah tentu dah ada penunggu...... heheheh..

semalam aku suruh budak mis update hotsport samsung s2 aku... senang nak active. maklum lah company aku ni kedekut  ,, tak semua yang boleh acess.
Itu salah satu sebab kenapa aku tak update blog ni.. kalau kat rumah... haiii.. makcik tak ado maso.. sibok bangat .. ok.. mak cik nak off kejap nak gi lunch..
ok sambung balik..yoo... pas ni nak update cerita cerita yang bergambar,,, yang tertunggak nak tepek ke blog aku ni,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...