Sunday, December 23, 2012

Menuju langkah ke 2013

salam

Lama  memang lama  sangat tak mejengok blog aku ni...buka apa aku on9 pon guna hpone S2 aku tu je jadi mmg leceh nak update blog kan..aku layan Fb jew..tu pon malas dah...

Tahun baru akan tiba. tak hanya tinggal seminggu lebih sahaja dan banyak kenangan pada tahun 2012 lekat di hati aku ni.. sebagai pekerja, anak , ibu dan isteri pada family ku..

Sebagai pekerja, rutin harian ku hari semakin hari bertambah tambah kerja  walaupon penat tapi biasa lah dah lama kerja kat deprt acc ni tiada masalah  sangat.. so far aku alhamdulliah dapat bos yang sangat baik dan banyak bagi aku peluang aku dalam bidang ni... semakin hari bertambah keyakinan  walaupon berkerja dengan bangsa asing ni yang banyak kerenah tapi aku layan sahaja..

Sebagai seorang anak pada mak dan ayah.. aku agak risau dan runcing sebab ayah ku bertambah uzur dan dia mengalami penyakit angin pasang dan sering lupa..ingatan tak berapa nak kuat. aku bersyukur kerana mempunya adik lelaki yang tinggal dengan mak dan ayah, dia lah yang sering membawa ayah ke hopital sekiranya ayah mengalami masalah kesihatan. dan alhamdulliah ayah masih mampu menguruskan diri sendiri dan ada selera makan dan dia menghabiskan masa dengan banyak tido sahaja..

Sebagai seorang ibu , aku lega sedikit kerana anak ku malis selesai  mengambil peperiksaan spm , dan aku berdoa agar dia berjaya dalam peperiksaanya yang akan keluar pada bulan march nanti.dan akan menyambung pelajaranya.
Untuk anak ku syeda.. kami telah berbincang dan setuju akan melangsungkan pertunangan dia pada bulan 3 sekiranya tiada halangan.. dan 30% dah siap..berharap sangat agar apa yang yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sebagai seorang isteri kepada suami ku... aku rasa alhamdulliah.. kasih sayang ku dengan nya bertambah tambah kerana dia lah temanku sepanjang hayat ku didunia dan akhirat ku... kasih sayang mu pada kami sekeluarga amat amat aku hargai...((( ikhlas dari hati naluri ku))..





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...