Saturday, February 18, 2012

Info Tentang MC..

Bahan2 yg diperlukan ialah
Air tebu (fresh, tanpa gula - ada jual kat gerai tepi2 jalan)
Lemon (atau Lime - organik, klu blh, klu x blh, beli biasa punya)
Cayenne pepper powder (ni mesti organik)
Laxative Tea (Lax tea) - (ni pun klu blh mesti organik/herba)
Sea Salt (Mesti organik & BUKAN iodize)


Sekiranya tidak ada air tebu?

Anda boleh gantikan air tebu dgn Maple Syrup Grade B (MS), Agave Nectar (AN), atau Black Strap Molasses (BSM), yg biasanya boleh didapati di pasaraya atau mana2 kedai organik. Tapi formula yg ideal ialah air tebu.

Sekiranya anda gunakan MS, AN atau BSM, maka anda memerlukan kira2 1.7 literPURE WATER (Distilled water adalah yg terbaik, jika takde, filtered water pun blh, asalkan BUKAN tap water!).




Sukatan yg diperlukan

10 oz pure water (1 gelas)
2 sudu besar MS, AN atau BSM
2 sudu besar Lemon/Lime
1/10 sudu teh atau secubit Cayenne pepper

Semua bahan2 ini hendaklah dicampur dlm 1 gelas & diminum setiap saat anda merasa lapar (tak lapar pun kena minum juga). Minum 6-8 gelas air Lemonade ini setiap hari. MINIMUM hari yg mesti dibuat sekiranya nak lakukan MC ialah 10 hari. Kenapa 10 hari? Sebab dlm tempoh 10 hari inilah, air Lemonade tadi akan membersihkan kolon/usus dan kesemua organ2 dalaman badan yg mana proses ini dipanggil sebagai proses detoks. 

Pada hari ke 11, anda tak boleh terus makan, sebab nanti perut akan mengalami kejutan. Anda harus perkenalkan makanan secara perlahan2, kpd perut anda semula. Jadi, sepanjang hari ke 11, minumlah fresh orange sahaja.

Pada hari ke 12, anda boleh minum fresh orange & makan sup sayur (SAHAJA!). Malamnya ambil sup sayur tadi atau panaskan jer sup (ambil sedikit sayur2an dari sup tadi jika nak). Tapi jgn masak atau makan sebarang sup dari tin (canned soup). 

Pada hari ke 13, sama juga mcm hari ke 12, cuma sebelah mlm blhlah ambil buah2an dan salad jika mahu. 

Pada hari ke 14, barulah blh mkn kembali secara normal. 

Tukar Atkins - Master Cleanse




Lebih sebulan aku berdiet atkin, alhamdulliah.. ada jugak berubahan..pada berat badan tetapi aku tak puasa hati sebab berat naik balik apabila aku start ambik air manis seperti tea/ kopi.. aku dapat info sebab aku tersesat di kelab diet . banyak baca info tentang MC.. satu plan diet yang baik kerana ia satu program detoks yang membersihkan segala bahan racun dan kotoran dari badan kita.

Hari ni hari pertama aku Mc. malam tadi aku tak pergi kelas arobik . tetapi aku pergi memcari bahan bahan yang diperlukan untuk program ni.

malam tadi jugak aku minum ClenX tea  supaya senang ke toilet waktu pagi. dan selepas bangun dari tido aku ambik 1 liter air garam - bahan yang diperlukan jugak dlam program ni.
Kena minum banyak air dan sekira nyer lapar boleh minum air tebu campurkan dengan sedikit caynne peper ( sejenis sebuk lada)  atau pon jus lemonede  yang dicampurkan dengan maple syrup dan sebuk cayenne.

setakat saat ini.. tak merasa lapar lagi.. sebab baru minum segelas air tebu....
Harap harap program aku ni berjaya...

Tuesday, February 14, 2012

cita diet lagi ... apa lagi..

salam

Lama tak update kat blog ni... bukan apa selalu aku update kat ofis. sekarang ni dah tak leh dah sebab HQ japan dah blog mcm mcm.. boleh view jew tapi tak leh comment dan update. .. apa lagi FB dah lama kena blog.. hempeh tul....... adey bengang tul laaa. .. tapi apa nak buat.. terpaksa laa on9 kat umah aja....

nak cita pasal diet pulak ni.. dah lama tak update kat http://kelabdiet.com/index.php... sebab masalah apa entah.. nak log in pon tak leh... mungkin dah kena blog gak ke... tapi kat umah pon tak leh login.. malas dah nak update diary diet aku kat sana....

Dah sebulan dah aku start diet atlkin ni.. semanjak 17/01/12..aku tak makan  .. ada jugak laa terambik sesudu nasi...

SEmalam gi gym.. ada jugak member kata aku dah kurus sikit... heheheh mak sukaaaaa...



pic ni ambik last year dec 30/12

Awal bulan Jan 12.. belum start diet lagi..





pic terbaru lepas hampir sebulan berdiet tanpa nasi/ gula..dari 67++ ke 65 kg..

Monday, February 6, 2012

Cuti lagi.

salam

Hari ni cuti hari ke 3, cuti cuti ni tak kemana mana. sebab si suami  keje pula dia cuti cuti ni...dan . memang aku plan nak duduk rumah jew.. plan asal nak menjahit baju kurung aku dan sida.. tapi.. kantoi sebab.. mcm tak ada masa jew nak mulakan ... insyallah ari ni . Hari bangun awal sikit nak masak masak..

Tentang diet aku kantoi jugak sebab tak lah terus sangat sebab aku still tak ambik nasi cuma aku maka roti 2 keping hari sabtu dan ahad semalam 2 keping jugak dan disertai dengan kueh cakoi ( tepung)..dan secawan kopi.. aku teringin sangat nak minum kopi jadi aku belasah jew.. risau jugak ni kalau berat naik balik ... ADEYYYYYY.....

Thursday, February 2, 2012

Tentang diet lagi


Bulan January , kenapa aik aku rajin sangat update blog ni... tengah mood best laa ni. walaupon hari ni hari kedua month end.. keje tetep keje.. on 9  tetap mcm biasa.. wahahhhhhhhhhhhhhh.... ( gelak jahat aku)

Baru balik dari bank. bank in duit untuk anak ku siti  diMrsm kat baling tu kerana duit biasiwa tak masuk lagi.
Balik dari bank aku terus sarapan. sebiji telor rebus and air kosong + biskut  ok laa kenyang gak

diet punya pasal.. kena kuat semangat.. aku diet bukan apa cuma nak kurang kan berat badan  yang susah sangat nak turun... tention mak aiiiilk



Dulu aku selalu makan buah buahan sekurang 3 jenis buah setiap pagi , dan aku makan sampai petang. kerja sambil makan.  tetapi baru aku tahu buah buahan ada gula jugak. so dalam deit atkins ni tak leh ambik gula. so aku stop dahulu.


Yang ini reseipi baru aku untuk minggu ini brokoli , dulu aku malas nak masak masak waktu pagi sebab nak cepat gi keje.. semenjak ni aku terpaksa laa masak tetapi rebus telur and  sayur sayuran aja itu yang senang nyer. brokoli dengan sausage  kenyang sampai petang.

  Resipi ni aku buat masa awal awal mingu pertama.  cendawan + Daun sup + fish kek.

 

aku timbang pagi tadi  guna alat penimbang biasa.  ada jugak kawan kawan kata kat sini tak berapa betul timbang nyer kurang tepat.


yang ini alat penimbang digitel yang ada di IPC. so kalau aku rajin gi sana lah timbang.. berat kg ni  aku timbang pada hari isnin 30/1/12.. berapa tu 65.7 kg. kurang 0.7 kg dari 76kg bertarikh 10/1/12. mula mula aku buat diet Atkins. Harap dia akan turun lagi hingga 55 kg.... hahahahha boleh ke?????


Ikan bakar aku ambik jugak tetapi pada hari cuti. sekarang ni tengah mencari cari resepi yang sesuai untuk diet aku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...