Sunday, January 8, 2012

Lemak Tempoyak Udang


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
3 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
1 cawan ikan bilis, atau udang 1/2 kg..
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor( tak letak pon tak apa sebab tempoyak tu dah masam)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam secukup rasa.
Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...