Tuesday, January 31, 2012

2 in 1



Tarikh perkawinan ku 29.1.1987

hari jadi ku 24.01..

Tahun ni kebetulan cuti tahun baru cina. panjang. anak anak cuti sekolah seminggu. kecuali anaku siti hanya cuti 2 hari aja dia balik pada 24.01. jadi dia tak dapat nak join sama celeberate .

Terima kasih anak anak ku. kerana mengingati tarikh keramat ini.. semoga kita semua bahagia hingga ke hayat.



Kek yang anak ku hadiah kan untuk mak dan ayah nyer.. sedap...



Potong kek sesama sempena perkawinan kami yang ke 25 tahun.

Info tentang Brokoli..

salam


Hari ni aku b/fast dengan sausage and Brokoli rebus. sedap dan 1 st time makan  ni pon aku masih didalam diet Atkins lagi dah masuk 3 minggu dari  9 jan 2012. aku tak ambik nasi atau sebarang roti dan minum atau kueh mueh yang bergula.. ada juga aku terkantoi tapi sikit sikit jew. Yang paling tak best nyer berat badan tak byk kurang dari 67 kg dan setakat semalam pagi 66.5 kg. Tetapi aku tak akan putus asa.. usaha hingga berjaya capai target ku. 55 kg... insyallah.. harap harap dapat..

Dibawah ni info sedikit tentang baik nyer brokoli. - aku ada gastrik... rupanyer brokoli ni bagus rupanyer untuk mencegah kenser perut dan gastrik..


Brokoli (Brassica oleracea) adalah Bunga dari sayuran tanaman sejenis kubis-kubisan. Sayuran ini merupakan kumpulan dari kuntum bunga yang membentuk gerombolan berupa kuntum. Tahu tidak? Brokoli ternyata efektif mencegah serangan jantung dan stroke. Zat kimia sulforaphane yang terkandung di dalam brokoli, berfungsi menguatkan sistem kekebalan tubuh untuk mencegah penyumbatan arteri.

Tanaman lain seperti bunga kol, tauge, kubis dan pak choi juga mengandung zat kimia ini. Tetapi dari keseluruhan sayur itu, brokoli memiliki kadar paling tinggi.

Hasil penelitian Journal Arteriosclerosis Thrombosis and Vascular Biology mengklaim, brokoli efektif mencegah serangan jantung dan stroke. Zat kimia sulforaphane yang terkandung di dalam brokoli, menurut peneliti, berfungsi menguatkan sistem kekebalan tubuh untuk mencegah penyumbatan arteri.

Cara kerja sulforaphane, menurut peneliti, arteri yang berbentuk melengkung lebih berisiko terserang penyakit karena kekurangan protein yang dikenal dengan Nrf2. Sementara arteri yang lurus, lanjut peneliti, dilindungi protein tersebut. Perlindungan ini akan mencegah sel-sel mengalami peradangan, indikasi awal perkembangan penyakit jantung.

Selain bisa dimakan mentah, brokoli bisa diolah menjadi beragam hidangan lezat. Seperti sayuran lain, brokoli kaya akan provitamin A/karotenoid, asam folat dan vitamin C. Masak sebentar agar vitaminnya tidak rusak dan warnanya tetap menarik. Agar brokoli tetapi hijau segar, rebus dengan air mendidih yang sudah ditambahkan dengan 1/2 sdt garam dapur. Selain vitamin, brokoli juga mengandung beragam mineral penting seperti kalsium, potasium, kalium, besi dan selenium. Zat lain yang terkandung di dalam brokoli adalah sulfur dalam bentuk glukosinolat, senyawa antidot, monoterpene dan genestein. Flvonoid dan serat terkandung juga memperkaya kandungan nutrisi dari brokoli. Kandungan vitamin C pada brokoli jumlahnya lebih banyak daripada jeruk? Kandungan kalsium brokoli juga lebih besar dibandingkan  segelas susu, dan brokoli juga diketahui mengandung lebih banyak serat daripada sepotong roti gandum!

Brokoli memiliki beragam manfaat untuk kesehatan tubuh, seperti mencegah terjadinya kanker kolon, kanker prostat, kanker paru dan kanker perut. Zat terkandung di dalam brokoli juga bermanfaat sebagai antioksidan. Sedangkan seratnya bermanfaat untuk mencegah konstipasi/sembelit dan ganguan pencernaan lainnya.

Selain itu tahukah Anda bahwa Cara mengkonsumsinya pun sangat mudah, bisa dimakan mentah, ditumis, dicampur sebagai salah satu bahan sop atau dikukus sebagai lalapan.

Meningkatkan daya kerja otak
Peneliti dari Royal Pharmaceutical Society membuktikan bahwa brokoli mengandung senyawa yang mirip dengan obat-obatan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah bentuk dementia (berkurangnya ingatan) yang paling umum dijumpai di kalangan orang tua yang disebabkan oleh enzim acetylcholinesterase. Brokoli dianggap memiliki sifat anti-acetylcholinesterase paling kuat.

Mengatur tingkat gula darah
Kandungan chromium di dalam brokoli dapat mengatur tingkat gula darah sehingga brokoli sangat disarankan untuk dikonsumsi penderita diabetes.

Menetralkan zat penyebab kanker
Sulforaphan, zat antioksidan pada brokoli dapat membantu tubuh menghilangkan atau menetralkan karsinogenik, zat penyebab kanker. Diketahui juga bahwa zat bekarotin di dalam brokoli mampu mencegah kanker usus besar dan payudara.

Sunday, January 29, 2012

My 25th wedding anniversary

 

Ya Allah Ya Tuhanku,
kau catatkan dia milikku, tercipta buat ku,
dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku,
... titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
kekalkan kami pasangan yang bahagia dan lamanya hingga keakhir hayat dan syukur kerana zuriat kami yang sempurna, beriman dan beramal soleh,
sesungguhnya engkau berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, January 28, 2012

Kepuasan diri sendiri...



Dah lama nak beli mas  .. dulu masa harga mas kuning murah aku rajin jugak beli mas diri sendiri atau anak anak tapi sekarang harga mas melambung tinggi. hari ni sahja  180 +++ rasanya  aku rajin beli tapi jarang aku memakainya.. waktu hari raya dan pergi rumah orang kenduri sahaja aku pakai...tu pon kalau aku ingat.

Bulan ni ada rezeki lebih sikit ,aku beli rantai mas putih ni tadi.. sebelum anak ku sida balik Jb untuk start sesi persekolahan aku ajak dia teman beli rantai ni... rasa best laa dapat barang baru....

Tuesday, January 24, 2012

HADIRLAH KASIH - HETTY KOES ENDANG

salam
<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/dVnTK4ruvZE" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Ombak yang biru
Mengikis pantai
Biduk hatiku
Hanyutlah sudah

Terbawa serta samudera cinta
Aku pun dalam terbuai

Mungkinkah ini
Tiba saatnya
Kujatuh cinta
Yang sesungguhnya
Dan cintamu pun
Nyata ku rasa
Ku bahagia menyabutnya

Hatiku pun berlagu riang
Itulah petandanya ada
Suara di hati yang dalam
Menyambut cintamu

Hadirlah kasih
Hadir di sini
Kita bersatu
Di dalam cinta

Hati yang sepi
Terbingkai rindu
Hanyut cintamu
Datang memberi
Kemesraan yang dalam

Cantik dan sihat selalu... hendaknya

salam


Opppssst.... my birthday today... tambah lagi satu hari... umur dah masuk 47 tahun.. anaku tanya.. mak tahun ni  umur mak berapa ? aku jawab umur mak sentiasa 40 tahun.... tak tambah tambah... hehehhe.. anak ku jawab... " patutlah mak semakin hari semakin cantik dan muda"""' best nye jawapan yang diberi... buat aku bangga pada diri ku sendiri...alhamdulliah... semoga aku dikuniakan kesihatan yang baik agar aku dapat berbakti pada keluarga ku...

Hari ni hari cuti lagi sempena perayaan tahun baru cina. tetapi aku ku siti malis sudah pulang ke Asrama kerana cuti MRSM tidak sama dengan cuti persekolahan biasa.  Aku telah menerima hadiah yang sangat aku harapkan  dari sesorang yang ku sayangi... dah ucapan dari nya dari awal pagi .....  terharu. sekali..

malam tadi jam 12 malam anak anakku tertiba menyanyi kan lagu ' selamat hari jadi" tanpa kek sebab tak sempat kata nyer.. tak mengapa  kata ku..walaupon hati ku sayu dengan ucapan ini.

Saturday, January 21, 2012

Kekasih ku sang bulan... aku rindu pada wangimu


Kasih…Bila malam melabuhkan tirainya hatiku menjadi sayu. Rindu dendam terhadap bulan semakin terasa. Terasa kehangatan airmata menitis dipipi bila kerinduan semakin tidak terbendung.
Kekasih…Hanya bulan pengubat rindu ini. Seperti yang pernah aku katakan kepada mu lewat warkah-warkah ku, bilamana kau merindui ku pandang la bulan dan seru la nama ku. Kerana ketika kau merenung bulan disana aku juga sedang merenung bulan disini. Bila sang bulan menunjukkan dirinya ketahuilah kasih ketika itu rinduku pada mu sedang memuncak. Ingin aku menjatuhkan diri dalam dakapan mu. Pastinya hangat sekali.
Kasih bila bulan tidak hadir di langit sana bukan bermakna aku tak rindu kepada mu. Tetapi mungkin bulan terlalu cemburu melihat betapa aku mencintai dan merindui dirimu. Kasih… aku rindu pada kenangan itu....Adakah lagi sinar wangi sang bulan lagi....

Thursday, January 19, 2012

Hari kedua..

Hari hari kedua.. yang sebenarnya .. aku diet alkin .
aku rasa mengantuk pulak dah .... kenapa agak nyer. menu aku hari ni.

awal pagi,, aku ambik soya organik + apple

8.30pagi - telur rebus sedikit sup sayur rebus....


harap harap aku boleh bertahan sampai ke petang ni.. aku tak rasa lapar sekarangni .. cuma mata aku berat sangat mengantuk nak tido ....'

Wednesday, January 18, 2012

Atkins Diet

Tengok tajuk aku pon dah buat aku semangat.. nak diet ni...
aku dah bosan dah... semua diet aku dah buat.. tapi akhirnya.... hampeh... sekarang ni aku berat aku dah naik dari 65 ke 67.... giler  betul dibuat nyer.... dan aku mmg dapat rasa badan dah naik sikit laa.. tu pon aku selalu buat workout kat gym... kalau tak buat .. lagi lah teruk kan kan.....

Sekarang aku aku rasa  jalan terakhir nak cuba  diet ni.... tak ambik karbo... iaitu nasi dan gula... intro diet ni selama 2 minggu.. aku nak mula esok.. sebab hari ni aku dah melantak nasi lemak awal pagi dengan secawan kopi.... kat situ pon dah tahu berapa byk Carb.. satu pinggan nasi biasa = 88 gram Carb.....
Diet ni hanya boleh ambik Carb 20 grams Carb sahaja.... so aku ingat nak start esok jew. sebenarnya dari semalam aku tak ambik nasi thari.

Aku bersemangat ni nak turun kan berat badan  ... target aku dari 67 ke 60 kg .... rasa rasa boleh ke.. aku buat.... adeyyyyy..... takut nyer tak berjaya... wish me ok dear!!!!!!!.


Sunday, January 8, 2012

Harga Kek Panduan

http://thebest4u.wordpress.com/2008/12/19/panduan-meletak-harga-jualan-pada-kek-biskut-dll/




Lemak Tempoyak Udang


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
3 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
1 cawan ikan bilis, atau udang 1/2 kg..
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor( tak letak pon tak apa sebab tempoyak tu dah masam)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam secukup rasa.
Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....




Saturday, January 7, 2012

AIA Fitness menaiki bukit pulak..

Sepena tahun baru Team AIA menaiki bukit Broga yang terletak di Semenyih, selalu nyer setahu aku ramai menaik disebelah pagi kerana mahu melihatnya matahari naik. Kami bertolak dari seremban jam 4 petang dan melalui hway lekas dan susur keluar ke mantin.



                                           Bermulanya pendakian bermula jam 5 petang.... Yang penting pose dulu....

Dah mula cuak dan letih.. ada yang fikir nak berhenti sahaja sebab kepenatan dan tak sangka.. begini sukar nyer perjalanan.

 Teruskan perjalanan walaupon hampir berputus asa,, dan dalam kepenatan

Berhenti untuk menikmati pemandangan walaupon tak sampai lagi.. semangat tetap ada dan membara,,


Tidak berjaya rupa nye sampai kepuncak sebab kegayatan melanda kami.. kerana tinggi sengat.. dan kami takut pulak nak turun...
 Lisa membawa putri nya adik atika.. jangan tak caya adik ni sangat bijak dan tidak meragan langsung,, dia teruskan perjalan mengikut kami hingga ke atas... caya laa atika yang baru berumur 3 tahun.


akhirnya kami hanya sampai stage ke 3 sahaja. dan tidak meneruskan perjalanan kerana hari dah petang jam  6.30 petang dan kami harus turun sebelum jam 7 petang. tapi kami sangat gembira dan teruja menikmati pemandangan yang indah sekali dia atas ketinggian 400 m.

Berposing sebelum melangkah naik ke bukit.. yang pasti tetap bergaya dan cun sebelum bemulanya satu perjalanan..

kami mengambil kira kira satu jam lebih ke atas. setahu aku hanya mengambil 45 minit ke satu jam sekiranya sampai ke puncak..  Pendakian kami tamat jam 7.15 petang. dan kami beredar dari kawasan tersebut sebelum hari gelap.

Monday, January 2, 2012

ucapan tahun baru 2011... terlewat..





first of all….ni salah satu entry aku yang terlewat sudah.. byk lagi ....tunggu...

HAPPY NEW YEARS EVERYONE  yang sudi singgah.

MAY THE BEST COME TO US THIS YEARS..semoga  ia menjadi kenyaatan apa yang diharapkan

semoga di tahun yang baru akan lebih cekal dalam menghadapi hidup…

semoga di tahun yang baru akan lebih khusyuk lagi dalam beribadah…

semoga di tahun yang baru agar lebih membahagiakan orang tua ku dan family ku

semoga di tahun yang baru aku lebih bangga menjadi orang Malaysia.

Sunday, January 1, 2012

Ladies Night Aia Fitness

Aktiviti Penutup bagi Team AIA Fitness.. itu majlis 'Ladies Night - Arabian Night" . mendapat sambutan yang sangat baik dari pengemar arobik di sekitar seremban. Team2 yang hadir dari Nilai, Sepang , PD dan Seremban. Walaupon tidak mencapai target kehadiran tetapi kami sangat bangga kerana dapat mengajurkan  . Tujuaan hanyalah kami dapat berkumpul dan berkenalan diantara satu sama lain setiap ahli baru dan tetamu yang hadir.

Date : 30 Dec 2011

Venue: PD Golf  Club.


 Persiapan bermula jam 3 petang. Aku pastikan kerja di ofis aku siap semua nyer  sebab closing month end sebelum bercuti pada hari tu...


Ahli AIA yang bekerja keras untuk memastikan Event ni berjalan dengan lancar sebelum dan semasa event berlangsung.. terutama nyer Nor PD... orang kuat



Sepesen jew adik and akak.. heheheh.. satu kedai tu.. cuma seluar jew aku jahit sendiri.... mak buget ....


Tak ketinggalan anak dara aku.. sida ( yang terlebih suda ) dan adik nyer sara ( kontrol ayu tu)).. gitew..  Like mother like daughter...  Tolong jangan overshadow mak,,,,,,

Jam 7.30 tetamu mula mendaftar kan diri..dengan fesyen arabian yang berkilau-kilauan... sakit mata mak nakkk..


Team dari Nilai .. yang sangat sporting pada malam tersebut dan berpakaian mengikut tema,, Arabian..


Team dari Port Dickson dah mcm  nija pulak aku tengok... tetapi vogue gitu.. semua akak akak ni..




Salah satu game pada malam tersebut... Ratu 'gelek" dalam pic ni anak ku ct.. mengambil bahagian menunjukan bakat .. tak sia sia pada musim cuti sekolah dia mengikut maknya ke kelas arobik. kata nyer boring duduk rumah..


                              Gelek bergalah... yang sangat lucu dan tak dapat dilupakan..mcm mcm aksi untuk melepasi galah.

                                             
 Pose yang terbaik sebelum event bermula.. enjoy sangat. setelah mcm mcm halangan..

                                       Akhirnya mak  simpoiiii aja.... "" mak buget sebenarnya""" malas nak pikir pasal baju.. aku pinjam baju nor dan seluar aku jahit sendiri... jimatttt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...