Sunday, December 23, 2012

Menuju langkah ke 2013

salam

Lama  memang lama  sangat tak mejengok blog aku ni...buka apa aku on9 pon guna hpone S2 aku tu je jadi mmg leceh nak update blog kan..aku layan Fb jew..tu pon malas dah...

Tahun baru akan tiba. tak hanya tinggal seminggu lebih sahaja dan banyak kenangan pada tahun 2012 lekat di hati aku ni.. sebagai pekerja, anak , ibu dan isteri pada family ku..

Sebagai pekerja, rutin harian ku hari semakin hari bertambah tambah kerja  walaupon penat tapi biasa lah dah lama kerja kat deprt acc ni tiada masalah  sangat.. so far aku alhamdulliah dapat bos yang sangat baik dan banyak bagi aku peluang aku dalam bidang ni... semakin hari bertambah keyakinan  walaupon berkerja dengan bangsa asing ni yang banyak kerenah tapi aku layan sahaja..

Sebagai seorang anak pada mak dan ayah.. aku agak risau dan runcing sebab ayah ku bertambah uzur dan dia mengalami penyakit angin pasang dan sering lupa..ingatan tak berapa nak kuat. aku bersyukur kerana mempunya adik lelaki yang tinggal dengan mak dan ayah, dia lah yang sering membawa ayah ke hopital sekiranya ayah mengalami masalah kesihatan. dan alhamdulliah ayah masih mampu menguruskan diri sendiri dan ada selera makan dan dia menghabiskan masa dengan banyak tido sahaja..

Sebagai seorang ibu , aku lega sedikit kerana anak ku malis selesai  mengambil peperiksaan spm , dan aku berdoa agar dia berjaya dalam peperiksaanya yang akan keluar pada bulan march nanti.dan akan menyambung pelajaranya.
Untuk anak ku syeda.. kami telah berbincang dan setuju akan melangsungkan pertunangan dia pada bulan 3 sekiranya tiada halangan.. dan 30% dah siap..berharap sangat agar apa yang yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sebagai seorang isteri kepada suami ku... aku rasa alhamdulliah.. kasih sayang ku dengan nya bertambah tambah kerana dia lah temanku sepanjang hayat ku didunia dan akhirat ku... kasih sayang mu pada kami sekeluarga amat amat aku hargai...((( ikhlas dari hati naluri ku))..





Thursday, September 13, 2012

cepatnya masa berlalu

salam
Terima kasih pada yang.sudi singgah walaupon blog aku.ni
jarang sekali.aku update dan update guna S2 je..tu yang sempat.
Ok...hari ni dah kamis masih dalam bulan shawal dan.masih ada yang buat open house.
pic ni kat rumah sepupu ku di senawang .bergambar dengan ayah,anak,anak buah
dan sepupu ku nisa..seronok dapat berkumpul dengan semua
saudara mara..masa musim perayaan atau kenduri sahaja dapat
berjumpa kan.

Sunday, August 19, 2012

RAya 2012

salam Lepas solat sunat raya.. sesi memohon maaf dan bergambar sebelum pergi ke rumah mak.










Monday, July 30, 2012

Ayah masuk hospital Kuala Lumpur pada hari kamis Ayah kena jalani satu pembedahan kecil bahagian Salur kencing. Disebabkan ayah dah mula hilang Ingatan.aku dan adik adik lelaki ku ambik giliran Jaga ayah kat hospital..jikakalau ayah boleh kencing Mcm biasa mungkin boleh balik hari ni.....insyallah Mudah mudahan...

Saturday, July 14, 2012

Hoi Ann_Vietnam

salam

Aku ni ,,, memey lah sekarang ni.. maleh bonar nak update blog aku ni... dah naik bersawang ...kat ofis dah tak ada masa nak update ... payah bonar nak on9.. menjak ada S2 .. boleh lah nak On9.. tetapi kejap kejap je..






Nak cita pasal  trip yang pergi vietnam tu tak habis nak cerita ni...Kami pergi ke pekan Ho An belah petang hari pertama,, jauh jugak perjalanan nyer hampir 30 minit.. Bandar nyer lama sikit mcm kat melaka.. semua bangunanya  lama sikit.. tapi cantik ,,tak sibok sangat.. pekan old town.  Deratan kedai menjual sevinor, pakaian siap n kasut. handmade. aku sempat membeli seluar bellydance 5 dan selendang 5 helai untuk ku belikan kepada teman teman ku

Tuesday, July 3, 2012

Lama ku Inginkan

salam


Fist time update guna hpone ni sebab
 aku baru

beli S2 . tak pernah guna touch skren ni

terkial kial jugak laa tapi aku belasah je asalkan dapat....

baget mmg tak ada... tapi anak ku ' maisara' desak aku untuk

membeli nyer... dia tambah kan duit.... terima kasih anak ku

kerana tolong belikan ....


Saturday, June 30, 2012

Dia pergi juga akhirnye

Anak kucing ku yang kubela hanya 2 bulan sahaja. Dia ku beri nama si kecik atau si comot( nama comot tu nama asal emak nyer yang telah mati  dilanggar oleh adik ku sendiri..

asalnyer si kecik ni.. mak aku yang bela ..dia kematian ibu nyer.. dan semasa dia berusia sebulan dan semestinyar masih menyusu dengan ibunyer. setelah kematian ibunyer.. dia dan 2 ekor lagi kurang makan dan sakit kebuluran. 2 telah mati dan tinggal dia si kecik  yang hanya tinggal nyawa ikan sahaja .

aku tak sampai hati lalu ku bawa ke kelinik haiwan EE.. untuk mendapatkan rawatan
segera.. alhamdulliah lepas mendapat suntikan dia sembuh. sihat dan mula makan



 sekecik dah mula menjadi kesayangan semua ahli keluarga ku termasuk mak.. setiap hari aku pergi
kerja akan aku bawa bersama dan mak aku akan menjaga... nyer .


ni gambar ku ambik sehari sebelum kematian si kecik.. maalam tu
dia sungguh manja sekali dan datang tido dengan ku semasa aku
duduk melayan Fb ku. aku pon harian mengapa malam
tu dia sangat aktif sekali ..

Hari ni genap seminggu sikecik meninggal kan aku.... mak akan sentiasa mengingati mu wahai
si kecik.... mak sedey sangat .....tapi kita akan bertemu lagi...

Monday, April 23, 2012

Lawatan hari pertama Da nang


malas tu nak update blog ni.. tapi ari ni aku cuti so jom sambung ....




Kami terus ambik teksi,, besar sikit ...kat sana memandu belah kiri... aku duduk sebelah kanan.... rasa jangkal sikit.. mcm lah aku yang bawa taksi ...pulak...


 Kami tinggi di sini Sun sea Hotel.. tak lah mahal sangat 25 USD.. semalam.. selesa dan cantik




Tempat pertama lawatan kami Linh Ung - Bai Tetapi Pagoda, yang terletak di Semenanjung Son Tra, Da Nang City.


Patung Dewi rahmat adalah ciri yang diketengahkan pagoda. Ia adalah 69,7 meter tinggi dan diletakkan di atas platform teratai berbentuk iaitu 35 meter diameter. Terdapat 17 cerita yang dibina di dalam patung. Setiap tingkat mempunyai 21 patung-patung Buddha.


Linh Ung - Bai Tetapi Pagoda kini dikenali sebagai salah satu destinasi yang paling penting untuk penganut agama Buddha di Da Nang City, mengambil 6 tahun untuk membina.

sambung lagi laa yaa....






Akhir nyer ke Danang Vietnam.


Trip dari 23 April hingga 27 April... aku bertolak dari rumah jam 5.30 pagi sebab flight jam 7.20 pagi. sampai Lcct  kedengaran azan menandakan waktu subuh..

Aku dan hasben pergi bersama dengan teman seofis hesben seramai 5 orang. Cuma aku serorang sahaja 'aweksss'

Walaupon rasa seronak tetapi aku teringat anak anak ku terutama nyer sikembar.. yang aku tinggalkan dengan mak.

  Tiba di lapangan Danang jam 9.20.. berjalan selama 3 jam lebih.. penat dan mengantuk rasanyer sebab bangun seawal jam 4 pagi. Kami tersempat sekumpulan group awekss dari malaysia..

 Suasana aman dan tidak berapa ramai orang di lapangan Danang ni..

Tempat berangin yang paling cantik adalah pantai pantai nyer yang cantik sangat pandangan...

sambungan lagi ia...... mengantuk ...

Sunday, April 22, 2012

Holiday-Vietnam


Esok awal pagi  bermula bercutian ku untuk tahun ni.. kali ni aku pergi bersama sama dengan en husben ku  bercuti ke luar negara pulak dah puas jalan jalan di malaysia ni.. pergi bersama dengan en. husben  and kawan ofis mate dia seramai 6 orang.. oo  dari 23 April hingga 27 April.



2 tahun lepas plan nak pergi Perth..tetapi tak jadi pergi.. ticket burn mcm tu jew sebab masalah yang tak dapat dielakan... aku serik nak plan apa apa dengan kawan ofis lagi..

Yang sedey selalu aku bercuti aku akan bawa semua ahli keluarga ku.. esok aku akan tinggalkan anak anak ku sikembar dengan mak dan imran dengan kakak nyer sara. harap semua nyer berjalan lancar dengan ketiadaan aku dan ayah nyer... Yang pasti nyer aku akan merindui
semua anak anak ku.. terutama kembar dan imran.

aku tak bawa byk barang sebab aku nak shopping kat sana..
aku akan ke Da Nang  dan pas tu kami akan ke hanoi, salah satu tempat percutian yang baru. dan pasti
menjanji kan kenangan yang indah buat aku dan en husben..

Hari aku akan settle semua yang patut untuk anak anak ku semasa ketiadaa ku.termasuk
anak anak kucing ku...





Sunday, April 15, 2012

Beginner Program untuk Wanita.


Untuk mendapat bentuk badan yang cantik,, bukan lah mcm pic diatas ni.. aku nak fit dah mantap.. baru best sikit... lemak lemak semua bukan senang nak hilang..selalu gi arobik kelas seminggu 3 x.. bukan senang nak bakar lemak sebenarnya.. ada terbaca di  satu blog ni.. yang telah ramai train body bulider ni..
katanya...
Ramai wanita, akan buat sama ada cardio (lari atas treadmill atau berbasikal), exercise di weight machine, dan juga buat aerobik. Jarang skali wanita buat freeweight. Kalau ada pun, diaorang akan buat bicep curl dan jugak tricep extension dengan dumbell 2.5lbs. (kalau ada lagi ringan, diaorang akan ambil).
untuk buang lemak, kita kena membakar calories. Dalam badan kita calories yang tersimpan adalah pada lemak  dan kita kena buat serious weight training dengan buat deadlift, squats, bench press.

 Day 1  Upperbody  


Bench Press – mulakan dengan bar dulu. Buat 3-4 set of 8-10 reps.



Lat Pulldown – 3 set of 10-12 reps


overhead press- 3 sets of 8-10 reps





Incline Dumbell Press – 3 sets of 10 reps


Incline Dumbell Press – 3 sets of 10 reps

Lateral Raises – 3 sets of 12reps






  Abs- Plank  3 sets of 30 seconds hold.



Tuesday, April 10, 2012

Ladies Nights _Nora Aron.

salam

Malam minggu lepas kami AIA Fitness gi berongging di Hotel Royal Bintang Seremban kerana menghadiri parti untuk ladies  yang  bergiat dalam arena arobik  ni.. harga ticket .. Rm 70 seorang. malam tu kami sampai lewat kerana bersiap di Gym..  Malam tu Aia buat persembahan ala KPOP.. sangat meriah dengan pakaian kami yang merah menyala... tema merah hitam... perghhh sangat chantikkkk....... mak perasaaannnn ..




 Eja ' Batuka' yang cantik datang dengan kawanya yang vouge.. tauke restoren rupa nyer..tapi macam artis kauu...

 
Kedatangan kami dihargai sungguh oleh tuan rumah... besat dan enjoy. tak sedar diri semuanya... 'mengelibak sakan' . lagi lagi semuanya dapat hadiah...




aku simple jew.. lastminte shopping blouse kat parkson. harga baju rm 8o++.. dan tudung jahit sendiri.. dari selendang anak aku tak nak guna lagi , aku gunting jahit. balik..... habis cita....

Thursday, March 29, 2012

Bulan Pertama-Low Kalori



Bulan March start  12 hb. mula buat Low Kalori + weight Training .. ada nampak perubahan
pada shap badan.dalam masa 2 minggu.. terutama di bahagian perut. kena keje keras lagi
untuk bahagian ini..

Low Carb- kena kira pengambilan kalori dalam setiap hidangan  makanan. Kena ambik lebih  protin dalam setiap hari


sambung....

Wednesday, March 28, 2012

Transformasi ku.


Dibulan March ni...  entry pertama.. bukan apa... sekarang ni  sangat payah nak update... yang sebabnye  salah satu... susah nak update blog ni masa kat 0ffice sebab tak boleh nak acess lagi .. and aku tak ada masa  bila waktu di rumah. untuk update.. balik dari gym pon lambat..

Sekarang aku sedang diet sihat lagi tetapi diet 'Low kalori" ... setelah buat diet atkin sebulan ada kurang berat 2 kg.. pastu aku try MC. selama 13 hari... alhamdulliah  kurang 5 kg.. sekarang berat ku 60.++ kg...
Aktiviti di Gym pon aku buat sedikit perubahan. selalu satu jam untuk arobik ( kardio ) tetapi sekarang tambah weight Traning  untuk cepatkan lagi pembakaran Lemak yang sesangat susah nak hilang terutama di bahagian peru.


Tengok pic tetap sama tetapi saiz pinggang dah 29 inci and berat 60.3 kg..

Saturday, March 24, 2012

BBQ_ Di Rumah ItaCun.


BBq  di rumah ita cun dan Eren..Team kami berkumpul lagi.. sangat meriah u alloss.. tamat jam 12 malam.


Saturday, March 3, 2012

Tamat sudah MC ku..

Selesai sudah program mc yang aku buat.. selama 10 hari.. alhamdulliah.. aku berjaya.. dalam tempoh 10 hari tu.. tiada masalah pada diri ni.. cuma letih dan sakit kepada pada hari ke  7, dan 8.  Sangat lah berpuas hati dengan mengurangan berat badan dari 66kg ke 60 kg.. dan badan / perut semakin slimm.. makkk suka jaahhhh..
Family/ kawan kawan kat ofis dan di gym  bagi support sepenuh nya... dan memberi lebih semangat lagi untuk meneruskan lagi sampai hari ke 10.

Di ofis ramai yang dah perasaan perubahan ni. baju dah longgar sangat..  sekarang ni. tak leh makan banyak sebab makan sikit jew dah kenyang. belum ambik nasi lagi.. cuma makan sayuran dan ayam .  Lepas hari isnin nak mula buat diet atkins pulak..

Sekarang nak buat exercise untuk tone kan balik badan.. bagi lagi firm.... ahak...

2 hari lepas habis MC.. 



2 minggu sebelum ber MC. 

Saturday, February 18, 2012

Info Tentang MC..

Bahan2 yg diperlukan ialah
Air tebu (fresh, tanpa gula - ada jual kat gerai tepi2 jalan)
Lemon (atau Lime - organik, klu blh, klu x blh, beli biasa punya)
Cayenne pepper powder (ni mesti organik)
Laxative Tea (Lax tea) - (ni pun klu blh mesti organik/herba)
Sea Salt (Mesti organik & BUKAN iodize)


Sekiranya tidak ada air tebu?

Anda boleh gantikan air tebu dgn Maple Syrup Grade B (MS), Agave Nectar (AN), atau Black Strap Molasses (BSM), yg biasanya boleh didapati di pasaraya atau mana2 kedai organik. Tapi formula yg ideal ialah air tebu.

Sekiranya anda gunakan MS, AN atau BSM, maka anda memerlukan kira2 1.7 literPURE WATER (Distilled water adalah yg terbaik, jika takde, filtered water pun blh, asalkan BUKAN tap water!).




Sukatan yg diperlukan

10 oz pure water (1 gelas)
2 sudu besar MS, AN atau BSM
2 sudu besar Lemon/Lime
1/10 sudu teh atau secubit Cayenne pepper

Semua bahan2 ini hendaklah dicampur dlm 1 gelas & diminum setiap saat anda merasa lapar (tak lapar pun kena minum juga). Minum 6-8 gelas air Lemonade ini setiap hari. MINIMUM hari yg mesti dibuat sekiranya nak lakukan MC ialah 10 hari. Kenapa 10 hari? Sebab dlm tempoh 10 hari inilah, air Lemonade tadi akan membersihkan kolon/usus dan kesemua organ2 dalaman badan yg mana proses ini dipanggil sebagai proses detoks. 

Pada hari ke 11, anda tak boleh terus makan, sebab nanti perut akan mengalami kejutan. Anda harus perkenalkan makanan secara perlahan2, kpd perut anda semula. Jadi, sepanjang hari ke 11, minumlah fresh orange sahaja.

Pada hari ke 12, anda boleh minum fresh orange & makan sup sayur (SAHAJA!). Malamnya ambil sup sayur tadi atau panaskan jer sup (ambil sedikit sayur2an dari sup tadi jika nak). Tapi jgn masak atau makan sebarang sup dari tin (canned soup). 

Pada hari ke 13, sama juga mcm hari ke 12, cuma sebelah mlm blhlah ambil buah2an dan salad jika mahu. 

Pada hari ke 14, barulah blh mkn kembali secara normal. 

Tukar Atkins - Master Cleanse




Lebih sebulan aku berdiet atkin, alhamdulliah.. ada jugak berubahan..pada berat badan tetapi aku tak puasa hati sebab berat naik balik apabila aku start ambik air manis seperti tea/ kopi.. aku dapat info sebab aku tersesat di kelab diet . banyak baca info tentang MC.. satu plan diet yang baik kerana ia satu program detoks yang membersihkan segala bahan racun dan kotoran dari badan kita.

Hari ni hari pertama aku Mc. malam tadi aku tak pergi kelas arobik . tetapi aku pergi memcari bahan bahan yang diperlukan untuk program ni.

malam tadi jugak aku minum ClenX tea  supaya senang ke toilet waktu pagi. dan selepas bangun dari tido aku ambik 1 liter air garam - bahan yang diperlukan jugak dlam program ni.
Kena minum banyak air dan sekira nyer lapar boleh minum air tebu campurkan dengan sedikit caynne peper ( sejenis sebuk lada)  atau pon jus lemonede  yang dicampurkan dengan maple syrup dan sebuk cayenne.

setakat saat ini.. tak merasa lapar lagi.. sebab baru minum segelas air tebu....
Harap harap program aku ni berjaya...

Tuesday, February 14, 2012

cita diet lagi ... apa lagi..

salam

Lama tak update kat blog ni... bukan apa selalu aku update kat ofis. sekarang ni dah tak leh dah sebab HQ japan dah blog mcm mcm.. boleh view jew tapi tak leh comment dan update. .. apa lagi FB dah lama kena blog.. hempeh tul....... adey bengang tul laaa. .. tapi apa nak buat.. terpaksa laa on9 kat umah aja....

nak cita pasal diet pulak ni.. dah lama tak update kat http://kelabdiet.com/index.php... sebab masalah apa entah.. nak log in pon tak leh... mungkin dah kena blog gak ke... tapi kat umah pon tak leh login.. malas dah nak update diary diet aku kat sana....

Dah sebulan dah aku start diet atlkin ni.. semanjak 17/01/12..aku tak makan  .. ada jugak laa terambik sesudu nasi...

SEmalam gi gym.. ada jugak member kata aku dah kurus sikit... heheheh mak sukaaaaa...



pic ni ambik last year dec 30/12

Awal bulan Jan 12.. belum start diet lagi..





pic terbaru lepas hampir sebulan berdiet tanpa nasi/ gula..dari 67++ ke 65 kg..

Monday, February 6, 2012

Cuti lagi.

salam

Hari ni cuti hari ke 3, cuti cuti ni tak kemana mana. sebab si suami  keje pula dia cuti cuti ni...dan . memang aku plan nak duduk rumah jew.. plan asal nak menjahit baju kurung aku dan sida.. tapi.. kantoi sebab.. mcm tak ada masa jew nak mulakan ... insyallah ari ni . Hari bangun awal sikit nak masak masak..

Tentang diet aku kantoi jugak sebab tak lah terus sangat sebab aku still tak ambik nasi cuma aku maka roti 2 keping hari sabtu dan ahad semalam 2 keping jugak dan disertai dengan kueh cakoi ( tepung)..dan secawan kopi.. aku teringin sangat nak minum kopi jadi aku belasah jew.. risau jugak ni kalau berat naik balik ... ADEYYYYYY.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...