Wednesday, November 23, 2011

kek mentega Pelangi...


Hari ni acik cuti,sebab anak ku sikembar aiyah deman lagi.. kena gi kelinik ambik darah...
lepas makan tengahari,,, acik terus jew buat kek mentega ni... sebab teringin sangat nak makan dah seminggu dua rasa nyer nak buat  tapi banyak halangan.....kek ni simple dan mudah untuk di buat.. tetapi tak rugi memcubanyer..... sedappp... anak anak sukakan nyer... tak muak di makan...

250gm  mentega @ butter...
200 gm gula  kastor

4 biji telor (A)
1sudu kecik esen vanilla
220 gm Tepung Gandum
30gm air susu( 2sb) susu tepung ( campurkan ke dalam air tadi)



Pukul telur dengan gula sehingga kembang
Masukkan telur satu sebiji  sebiji
masukan tepung diselang seli dengan air susu( diakhir dengan tepung )
Bagikan adunan kepada 3 warna untuk dijadikan pelangi.
masukkan aduanan dalam loyang yang telah digres  diselang selikkan warnan nyer untuk mendapat kan pelangi

bakar suhu 180'c selama 45 minit.




Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda...

salam- tertiba jew minat bola.... hehehhehehhe

Malam tadi, seperti biasa lepas kelas erobik,, acik and the geng lepak and minum minum kat kedai mamak azhar senawang..Ada scren besar kat situ,, malam tadi pengunjung  ramai dari biasa.. sebab ada final bola diantara malaysia and Indonesia...





Tahniah pada pasukan Harimau muda kerana dapat mengekalkan kejuaran kali kedua. Terutama  Apek, Ketangkasan Apek yang seringkali dicuba oleh serangan pihak lawan berjaya dipatahkan dengan semangat yang kental walaupun sebelum ini Apek banyak dikritik dan ditohmah dengan masalah peribadi .. i love u laa apek....

Saturday, November 19, 2011

Kueh Talam Jagung



Bahan-bahan:


Lapisan bawah:
1) 1 cawan jagung manis berkrim
2) 1 cawan tepung beras
3) 2 sudu makan tepung kastad
4) 2 cawan santan
5) ½ cawan gula

Lapisan atas:
1) 1 cawan tepung beras
2) 2 cawan santan pekat
3) 1 sudu teh garam


Cara Penyediaan:
1) Panaskan kukusan.
2) Gaulkan kesemua bahan lapisan bawah dan kacau hingga sebati.Masukkan ke dalam loyang.
3) Kukus selama ½ jam.
4) Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5) Kacau sebentar di atas api kecil.
6) Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakar-cakarkan sedikit permukaan atasnya dan tuangkan perlahan-perlahan adunan lapisan atas.
7) Kukus selama 20 minit.
8) Sejukkan dan potong.

Sedia untuk dihidangkan.

Monday, November 14, 2011

Isnin yang boring...




salam..pada semua... biasa lah kan bukan acik jew.. boleh dikatakan  semua bila hari isnin jew mesti boring.. entah apa yang boring tak tahulah, dan munkin sebab cuti sabtu dan ahad kot.... tu yang malas tu nak pergi kerja. Hari yang paling acik suka hari apa???? cuba teka............................... JUmaat laa... kan kan .

Sunday, November 13, 2011

Biskut Chocolate Chip







2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan  butter, dicairkan
1 cawan gula perang (packed brown sugar)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan walnut (dicincang)

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulang
pembakar.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang  sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur,
pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut, gaul menggunakan senduk kayu.
4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas.

Saturday, November 12, 2011

Moist Chocolate Brownies.



 Malas nak keluar , cuaca pon tak best sangat mendung aja... apa lagi tak ada apa nak buat petang ni ,, jadi cuba resip acik  moist chocolate yang ku belajar di kelas chef Norani di KL tak lama dahulu..
Nampaknyer sekembar suka makan.. dah separuh habis.






200 gm mentega
160 gm coklat masakan dicincang
180 gm gula perang
2biji telur A
200 gm tepung gandum
1susu tej serbuk penaik
1sudu teh esen vanilla
60 gm kacang walnut, dicincang
secubit garam.
1.Satu kan mentega dan coklat masakan dalam  periuk. Panaskan secara "double-boiler' hingga cair semua.  Angkat dan sejukan
2.Putar telur dan gula perang hingga kembang dan gebu.  Masukkan adunan coklat,tepung gandung, serbuk penaik dan garam. Gaul sebati dengan seduk. Akhir sekali masukkan kacang walnut, gaul rata.
3.Sediakan tin pembakar empat segi berukuran 8x8 inci.. Griskan dan lapik kertas serap minyak. 




Friday, November 11, 2011

N3 ni yang tak sempat buat bulan lepas.. celeberet birtday sahabat AIA Fitness pada bulan lepas Oct  cuti Deepavali , perancangan awal nak buat Majils BBQ tu ditepi pantai Batu 4 Pd. tetapi memandang kan waktu tu musim hujan.. plan bertukar tempat di rumah 'Su' kebetulan rumah dia berdekatan di situ.

Mlm yang penuh warna warni  baju Innernyer sempena mllm KPop..Geng geng AIA Fitness.. yang sporting giler.. satu kepala,, satu kapal...satu Fitness kalau dah bekumpul memang happening.


 Birthday 3 hot mama -  ita, su dan nora.. lahir pada bulan yang sama

 Ayam yang aku bawak.. perap kejap jew dari pagi.. fist time buat ni.. aku belasah jew sebab kesuntukan masa..
Fruit tart.. ... pagi tu jugak acik sempat buatkan.

Mufin carrot chesse dari acik jugak...  1st time buat mufin ni.. nasib baik sedap...


Salah satu juadah bbq selain dari, ikan, udang dan mcm mcm lagi.. tak larat nak makan pada malam tu


akhirsekali kami di hiburkan oleh suami su yang kebetulan sporting malam tu dengan petikan gitar nyer. kitaorang enjoy giler.. best. sampai tak ingat nak balik..


11.11.11


Ramai yang menunggu tarikh keramat ni,, mungkin tarikh ini sangat special dan sangat bermakna pada mereka yang menanti . Pada acik.. tak ada yang special nyer.. mcm biasa aja.. cuma kawan ofis Ms Kaw, menyambut hari kelahiranyan yang ke 41 tahun.

Monday, November 7, 2011

Daging korban



Raya korban... mesti dapat banyak daging and tulang lembu. penuh dalam peti ais.acik.. apa lagi seminggu la kita masak daging aja...  Baru aja masak sup tulang.. lepas makan berminyak mulut... adey... berat mesti bertambah ni.....

Sunday, November 6, 2011

SALAM AIDIL ADHA



SALAM DAN SELAMAT MENYAMBUT  HARI RAYA AIDIL ADHA 2011 KEPADA SELURUH UMAT ISLAM , SEMOGA SEGALA AMAL IBADAH KORBAN KITA DI TERIMA ALLAH SWT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.




Tuesday, November 1, 2011

aku stress

Hari ni 1st day Nov. mula dari minggu lepas aku dah mula buat jounal entry untuk closing.. mcm biasa tiap tiap bulan.. nampaknya kerja acik bertambah dari masa ke masa tanpa kesedaran acik ini di sebab tak berkira sangat bab bab kerja ni. kalau boleh buat acik buat kan.. dari tak ada kerja. biar ada kerja.  Rasa nyer dah mula guna SAP ni ari bulan Feb 11 hingga ke bulan Nov dah masuk 10 bulan dan semakin ok tetapi tiap tiap bulan Month End.. mesti ada error message. tapi tak laa sebanyak bulan ni dari Fexid  Asset , Suspent Acc dan Ap... buat aku tension dari semalam hingga ke petang ni... nasib baik sales report tak ada yang error... tapi bengang gak tengok muka bos acik bila dia panggil acik ,,,acik buat tak tahu jew sebab tak dengar kan padam laa muka dia apa dia rasa... mcm tu laa orang rasa bila orang cakap dia buat tak nampak... apa lagi muka macam cuka tumpah ....

Bos Local acik ,, macam tak ada telur... apa pon tak leh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...