Thursday, October 6, 2011

Sihat dan Cantik selalu....

Cantik dan anggun lbh bermakna dgn tubuh badan yg sihat.Kejelitaan yg terpancar dimulakan dgn mengikis segala sifat dan sikap negatif dalam diri.Jgn penuhkan hati dgn sifat hasad dengki dan sombong diri.Sebaiknya sentiasalah menjadi seorang yg pemaaf,selalu bersyukur dgn nikmat Allah dan apabila diberi dugaan hendaklah sentiasa redha.


Harta paling berharga ialah amal soleh yg boleh dilakukan pada setiap ketika dan waktu.Dan utk menjadi seorang yg anggun berwibawa,memerlukan azam yg kukuh,disiplin utk melakukan yg terbaik,keyakinan dan kesabaran.Segalanya ada dlm hati kita,jadi kitalah yg bertanggungjawab utk mencerna segala sesuatu dgn sebaik mungkin.


Wanita yg berkahwin perlu bersedia utk menjadi seorang kekasih dan kwn kpd suaminya dan seorang ibu.Kita juga harus mengasihi diri sendiri terlebih dahulu terutama dalam penjagaan kesihatan.Sentiasa melakukan apa juga perkara yg boleh membahagiakan diri sendiri sebelum berupaya utk membahagiakan org lain.


Petua :


1. Mandi air sejuk setiap pagi sebelum solat subuh.

2. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30minit diwaktu pagi,sebaik sebelum subuh-antara lainnya boleh mengelakkan perut buncit

3. Setelah itu minum air suam

4. Jadikan amalan membaca Al-Quran sblm solat subuh dan banyakkan zikir-ubat paling mujarab atasi stress

5. Guna kain basahan bila mandi dan gosokkan salah satu hujung kain basahan pada seluruh badan

6. Setiap pagi sebaik bangun,bukalah semua tingkap yg ada dlm rumah,jgn lupa banyakkan bersyukur pd Allah

7. Semasa makan,nikmati dgn perlahan-lahan.Jgn makan bersulam air.Minum slps 15 hingga 30 minit

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...