Monday, October 24, 2011

Jemputan mengerjakan Haji

Sedar tak sedar , musin haji kembali lagi, kali ni giliran pakcik dan makcik ku ke mekah untuk mengerjakan Haji.mereka mendapat pemilihan disaat saat akhir, alhamdulliah semua berjalan lancar dan pada pada sabtu lepas kami sekeluarga bersama anak anak pakcik menhantar beliau ke Kelana Jaya.

Jam 4.3o pagi acik dan suami telah berada di rumah pakcik ku di sikamat untuk majlis kecil doa selamat untuk beliau berangkat dari rumah ke Kelana Jaya





Kami sampai    7 pagi , dan kelihatan ramai sanak saudara dan bakal  jemah haji telah sampai dari awal lagi  dan ada yang datang dari jauh .



Setiap insan yang mendapat jemputan Allah pasti berharap mendapat haji mabrur, apalagi dijanjikan Syurga. Tentunya, haji mabrur adalah haji makbul, yaitu haji yang diterima Allah. Untuk mendapatkan haji mabrur tak cukup dengan berharap, tetatpi juga perlu diiringkan dengan berusaha dan doa. semoga pakcik dan makcik mendapat haji mabrul ... amin.

Hari berkerja....Terpaksa...

Hari ni.. acik kena kerja.. mcm biasa walaupon didalam working calender tdk  dah tertulis semua kena kerja pada hari ini tetapi production satu dan dua.. shut down last minute. yang berkerja hanya GO dan Plant 3.  Di Office ni ramai yang ambik cuti,,   Dept acik yang bercuti  hanya nancy dan lim  tu sebab mereka gi bercuti ke  china. Kalau ikutkan hati mmg acik pon nak join cuti sekali tetapi disebab dah hujung bulan dan banyak kerja  ada date line terpaksa laa... datang kerja walaupon kemalasan  nak buat mcm mana.. kerja tetap kerja.



Esok baru cuti bermula sempena Raya Deepaveli. tak sabar nak tunggu balik pukul 6 nanti..lagi pon anak anak acik kat rumah bengang sebab kenapa mak nyer kerja pulak... ....sebab cuti sekolah seminggu....



Wednesday, October 19, 2011

kawanku kehilangan suaminya.


Tahun lepas acik dan family pergi bercuti di Langkawi.. dan aciik ambik kesempatan untuk melawat sahabat acik SEHA  tinggal di Langkawi bersama keluarganya.  Semasa disana aCik tinggal sehari dirumah kawan acik ni... dan kami berbual bual kesah lama kami sehingga larut malam sebab kami lama tak berjumpa.


Semalam acik dapat SMS dari kawan acik ni.. memberitahu bahawa suami nyer  arwah ' suhaimi' telah meninggal dunia pada 15 oct.. alangkah terkejut acik. kerana  dengan pemergian beliau.

Kawan acik ni mempunyai anak  3orang , perempuan 2 orang dan seorang lelaki yang sulong 'wani' dalam tingkatan 5 tahun ni... semoga dia tabah dengan kehilangan ayah nyer.


Gambar kami semasa berkerja bersama.. seha dari kiri no 3, dan acik no 1 dari kanan... masa tu kami  selalu bersama.. banyak kenangan kami .
Al fatihah untuk arwah 'suhaimi' semoga roh nyer dirahmati allah...

Thursday, October 13, 2011

Nasi Lemak.. Ooooo tidakkk...


Disebabkan semalam buat body Toning ,, acik kelaparan pagi   ni..lalu ter makan nasi lemak.
 .... mcm mana tu??? jawab laa
sendiri nampak nya....

.... dah jarang jarang sekali minum necafe.. disebab takut pening
kepala lepas minum.....
Pagi tadi , acik tengok tealady buat air untuk MD,,
teringin laa pulak...
apa lagi acik belasah secawan.....

hingga ke saat ini... tak ada apa apa yang berlaku..
tak mengantuk dan ok jew... tak pening.... mintak
mintak acik tak mabuk necafe.....

AIA Fitness.. Frend 4 ever

Bersama sama dan bersantai dengan geng geng acik waktu kelas arobik di gym AIA Fitness amat mengembirakan kami .. malam tadi kami buat body toning and body attack... adoiii.. seminggu sekali.. kena belasah dengan instrutor ita... mandi peluh di buat nyer tetapi kami puas.


mmg dah plan dengan intan untuk bergambar sebab dah lama tak ambik gambar. bukan apa. "" nak tengok body sendiri laa tu semada  dah mantap ke tak""" alhamdulillah... nampak nyer body masing masing... ok laa .. ada perubahan bukan nak puji diri sendiri tetapi... kenyataan... ramai jugak yang 'mengata gata'acik kat belakang.. nak puji depan depan... tak sanggup dan  terucap agak nyer diorang ni..'' agak  jelos laa tu kan...




Bila bersantai bersama sama dengan diorang ni,, memang best hingga terlupa diri kejap.. adoi haiii..


Bukan senang nak cari kawan yang betul kawan, yang boleh luang kan masa bersama dan syer aktiviti yang sama . Yang penting hormat menghormati sesama kita.

Tuesday, October 11, 2011

Berpoya poya di hujung minggu.

Kebiasaan acik akan masak lewat untuk serapan pagi, anak anak acik pon ambik kesempatan bangun lewat. setiap hujung minggu.
Ini masa acik berkemas satu rumah pada hari minggu kebetulan  husben acik pon dipaksa gi keje OT kata nyer.. , acik ambik jalan pintas sebab  malas masak  dengan membeli sahaja sarapan  iaitu roti canai dan acik kukus pau segera untuk si kembar dan abang nya.

Tengahari itu acik  tak masak untuk tengahari sebab acik nak keluar berpoya poya  dengan anak dara acik si sida dan sara sambil Teman mereka membeli barang di Jasco dan Tesco. Lepas rasa Penat bershoping acik ajak mereka makan di stemboat di Tesco. Dah kebulur sangat ...

Ni kali ke dua, makan di restoran stemboat ni. kali ni pilahan menu adalalh  kari dan soup tom yam.  Sedap jugak makan di sini.. apa lagi kuah kari nyer  dimakan  panas pasas bersama dengan sayur dan sambal nyer ... ooooo sedap nyer...


Tak puas laa makan ... Jom kita makan lagi ... Sapa laa nak belanja acik lagi ni....

Monday, October 10, 2011

Dipaksa menjahit....


Acik dah lama tak menjahit.. mesin jahit pon dah berabuk.. setiap kali nak menjahit mesti berkemas dulu.. mesin jahit tepi pon mcm tu jugak.. ambik masa untuk men " ajust ''.. supaya senang  bila menjahit dan tak merosakkan mood acik bila nak menjahit



anak ku sida dah lama tak suruh acik jahit kan baju nyer sebab dia tahu  bahawa mak nyer malas dah nak  menjahit ni. dan 2 x raya acik beli sahaja baju baju untuk semua anak dara ku...
Kali ni aku terpaksa dan di paksa menjahit baju dia.. untuk di pakai disekolah nanti .


 Acik ambik masa 3 hari untuk menyudahkan baju ni. kebiasanya aku hanya ambik masa satu hari sahaja.Disebabkan banyak hal nak di layan......


Setelah siap... seronok pulak rasanya tengok dia  pakai baju ni... nampak cantik ..
kalau nak buat apa apa.. kena lakukan dengan rela dan tidak tergesa gesa... hasil nyer mmg puas hati.
pas ni acik nak sambung balik menjahit ..  ada kain yang beli di terengganu..... mood menjahit tengah ada ni.. sebelum dia pudah elok start balik...

Friday, October 7, 2011

Ada Aku Untuk Mu



Dimana ada benci, biar kita yang membalas dengan  kasih sayang
Dimana ada hati yang terluka, disitu kita yang menjadi penyembuhnya
Dimana ada keraguaan, disitu kita menyakinkan,
Dimana ada putus asa, situ jugak kita menebarkan harapan untuknya
Dimana ada kesedihan, Disitu kita berkongsi bahagia bersama
Dimana ada kegelapan, disitu kita yang membawa  sinar cahaya.



Thursday, October 6, 2011

Sihat dan Cantik selalu....

Cantik dan anggun lbh bermakna dgn tubuh badan yg sihat.Kejelitaan yg terpancar dimulakan dgn mengikis segala sifat dan sikap negatif dalam diri.Jgn penuhkan hati dgn sifat hasad dengki dan sombong diri.Sebaiknya sentiasalah menjadi seorang yg pemaaf,selalu bersyukur dgn nikmat Allah dan apabila diberi dugaan hendaklah sentiasa redha.


Harta paling berharga ialah amal soleh yg boleh dilakukan pada setiap ketika dan waktu.Dan utk menjadi seorang yg anggun berwibawa,memerlukan azam yg kukuh,disiplin utk melakukan yg terbaik,keyakinan dan kesabaran.Segalanya ada dlm hati kita,jadi kitalah yg bertanggungjawab utk mencerna segala sesuatu dgn sebaik mungkin.


Wanita yg berkahwin perlu bersedia utk menjadi seorang kekasih dan kwn kpd suaminya dan seorang ibu.Kita juga harus mengasihi diri sendiri terlebih dahulu terutama dalam penjagaan kesihatan.Sentiasa melakukan apa juga perkara yg boleh membahagiakan diri sendiri sebelum berupaya utk membahagiakan org lain.


Petua :


1. Mandi air sejuk setiap pagi sebelum solat subuh.

2. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30minit diwaktu pagi,sebaik sebelum subuh-antara lainnya boleh mengelakkan perut buncit

3. Setelah itu minum air suam

4. Jadikan amalan membaca Al-Quran sblm solat subuh dan banyakkan zikir-ubat paling mujarab atasi stress

5. Guna kain basahan bila mandi dan gosokkan salah satu hujung kain basahan pada seluruh badan

6. Setiap pagi sebaik bangun,bukalah semua tingkap yg ada dlm rumah,jgn lupa banyakkan bersyukur pd Allah

7. Semasa makan,nikmati dgn perlahan-lahan.Jgn makan bersulam air.Minum slps 15 hingga 30 minit

Tuesday, October 4, 2011

Detik yang di tunggu .. Siti Maisara...








Pada sabtu malam Ahad (2 oct 11) aku dan husben bertolak dari seremban ke kuala Terangganu.. hanya kami berdua yang  dapat pergi untuk menghadiri majlis konvokseyen  anak kedua aku di UMT Terengganu. Mak tak dapat pergi disebabkan  ayah ku tidak sihat dan anak anak sekolah pada hari isnin anak ku syida tidak dapa cuti. Rasa tak meriah kalau mereka tidak ada..

Kami sampai pada pagi Ahad. majlis berlangsung pada jam 2 petang dan sebelum tu dapat laa kami berjalan jalan membeli belah di pekan KT

Airmata kegembiran melihat bila anak ku menyarung jubah dengan bergaya sekali  bila berjalan di pentas dan cantikdan manis  di mata ku.. aku sebagai ibu kepada Siti Maisara sangat bangga di atas kejayaan anak ku... .  aku akan sentiasa berdoa kejayaan mereka semua... Insyallah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...