Monday, September 26, 2011

Carrot kek,Cheese Tart/Pandan layer

Cuti 16 sept jatuh pada hari jumaat.. sepatutnya company aku cuti tetapi keje laa pulak sebab dah diganti pada cuti Hari Raya tempohari TETAPI  acik tak nak keja .. apa barang keje pulak, anak anak dan ayah budak cuti.. aku nak pergi keja... OOooooon tidak.. so acik ambik cuti hari..
Sepena cuti yang tak berapa panjang tu.. acik pon teringin nak ' baking' ni teringin nak buat kek Carrot , sebab tak pernah cuba...

so ini laa hasil yang pertama...............Carrot kek.






Nampak cantik kan ... tetapi memang cantik dan sedap di tambah lagi dengan topping cream cheese....  adoiiii lari laa diet acik.. tambah 2 kg pada hari cuti tu...... adeyyyyyyyyyy...



Rasa mcm kek buah pon ada.. tetapi disebabkan tambah kacang welnut dan carrot... lagi sedap laa rasa nyer... tak yah tunggu.. petang... sekejap jew habis nyer.... nak buat lagi nanti...acik ambik resipi dari blog  rhynseri.fotopages.com

Bahan2 (kek) :-

200 g lobak merah, diparut & dikukus (kukus sekejap je. sekadar lembut sket oklah)
250 g tepung gandum
200 g gula perang (saya guna yg lembut/halus)
200 g minyak jagung
70 g badam, dicincang (saya guna serbuk badam je....nak mudah)
70 g kismis, dicincang
4 biji telur gred A
3 keping nanas dlm tin, dicincang (x dpt nenas slice, saya guna je nenas kiub. timbangan 150g...klu lebih dari 150g, kek terlebih moist/basah....x sedap & x cantik bila dipotong )
2 sudu teh baking powder (resipi asal suh guna 2 sudu makan. pernah try, kek jadi x sedap)
1 sudu teh soda bikarbonat (resipi asal suh guna 1 sudu makan. pernah try gak, kek jadi rasa bersabun)
secubit serbuk kulit kayu manis

Cara2 :-
campur & gaulkan semua bahan kering (tepung, baking powder, soda bikarbonat & serbuk kulit kayu manis). ketepikan.
menggunakan mixer (whisk attachment), pukul telur & gula hingga kembang.
masukkan minyak jagung & pukul lagi hingga sebati.
perlahankan putaran & masukkan bahan kering tadi.
kaup masuk lobak merah, nenas, badam & kismis.
bakar dlm loyang ukuran 9 inci pada suhu 170c selama 50 minit atau hingga masak (resipi asal suh bahagi dua adunan & bakar pada 170c selama 30 - 35 minit)
sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa.


Hari kedua cuti... acik buat cheese tat blueberry... untuk anak anak sebab dah lama benar tak buat  tetapi kali  ini acik beli acuan yang kecik  sikit sebab sanang makan sekali masuk mulut jew .... hehehe.. senang kan. Hari itu singgah di bangi beli barang barang 'barking' . Acik beli acuan tat ni 4 set@ 12 biji. harga Rm 8.++. 


Cuti terakhir  iaitu hari minggu,, acik teringin nak makan kek pandan leyer ni sebab dah lama tak buat.. tengok kat rumah mak ada banyak daun pandan... apa lagi.. acik suruh sikembar... ambik..habis gondol daun pandan mak, acik keje kan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...