Thursday, September 29, 2011

order dari ofis husben


semalam rutin biasa acik pergi kelas arobik , disebabkan order dari kawan husben so acik korbankan laa satu hari tak pergi ke kelas malam tadi.. kawan kawan aku call bising sebab kalau acik tak ada... tak meriah kata nyer....... yo yo or je deme ni...

Malam tadi acik berhempas pulas menyiapkan order iaitu  kek coklat  dan pandan leyar kek. tetapi alhamdulillah  pukul 11 dah siap semua...

malam ni pon nampak nyer kena buat  lagi  untuk esok...








Monday, September 26, 2011

Carrot kek,Cheese Tart/Pandan layer

Cuti 16 sept jatuh pada hari jumaat.. sepatutnya company aku cuti tetapi keje laa pulak sebab dah diganti pada cuti Hari Raya tempohari TETAPI  acik tak nak keja .. apa barang keje pulak, anak anak dan ayah budak cuti.. aku nak pergi keja... OOooooon tidak.. so acik ambik cuti hari..
Sepena cuti yang tak berapa panjang tu.. acik pon teringin nak ' baking' ni teringin nak buat kek Carrot , sebab tak pernah cuba...

so ini laa hasil yang pertama...............Carrot kek.






Nampak cantik kan ... tetapi memang cantik dan sedap di tambah lagi dengan topping cream cheese....  adoiiii lari laa diet acik.. tambah 2 kg pada hari cuti tu...... adeyyyyyyyyyy...



Rasa mcm kek buah pon ada.. tetapi disebabkan tambah kacang welnut dan carrot... lagi sedap laa rasa nyer... tak yah tunggu.. petang... sekejap jew habis nyer.... nak buat lagi nanti...acik ambik resipi dari blog  rhynseri.fotopages.com

Bahan2 (kek) :-

200 g lobak merah, diparut & dikukus (kukus sekejap je. sekadar lembut sket oklah)
250 g tepung gandum
200 g gula perang (saya guna yg lembut/halus)
200 g minyak jagung
70 g badam, dicincang (saya guna serbuk badam je....nak mudah)
70 g kismis, dicincang
4 biji telur gred A
3 keping nanas dlm tin, dicincang (x dpt nenas slice, saya guna je nenas kiub. timbangan 150g...klu lebih dari 150g, kek terlebih moist/basah....x sedap & x cantik bila dipotong )
2 sudu teh baking powder (resipi asal suh guna 2 sudu makan. pernah try, kek jadi x sedap)
1 sudu teh soda bikarbonat (resipi asal suh guna 1 sudu makan. pernah try gak, kek jadi rasa bersabun)
secubit serbuk kulit kayu manis

Cara2 :-
campur & gaulkan semua bahan kering (tepung, baking powder, soda bikarbonat & serbuk kulit kayu manis). ketepikan.
menggunakan mixer (whisk attachment), pukul telur & gula hingga kembang.
masukkan minyak jagung & pukul lagi hingga sebati.
perlahankan putaran & masukkan bahan kering tadi.
kaup masuk lobak merah, nenas, badam & kismis.
bakar dlm loyang ukuran 9 inci pada suhu 170c selama 50 minit atau hingga masak (resipi asal suh bahagi dua adunan & bakar pada 170c selama 30 - 35 minit)
sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa.


Hari kedua cuti... acik buat cheese tat blueberry... untuk anak anak sebab dah lama benar tak buat  tetapi kali  ini acik beli acuan yang kecik  sikit sebab sanang makan sekali masuk mulut jew .... hehehe.. senang kan. Hari itu singgah di bangi beli barang barang 'barking' . Acik beli acuan tat ni 4 set@ 12 biji. harga Rm 8.++. 


Cuti terakhir  iaitu hari minggu,, acik teringin nak makan kek pandan leyer ni sebab dah lama tak buat.. tengok kat rumah mak ada banyak daun pandan... apa lagi.. acik suruh sikembar... ambik..habis gondol daun pandan mak, acik keje kan..

Thursday, September 8, 2011

aku berkecil hati....

aku berkecil hati dengan kata kata mu,
aku boleh terima walaupon agak kasar...

tetapi aku  berterima kasih kerana dengan  dengan kata kata yang menyakitkan  itu
kerana ia 
mengingat aku pada kebesaran allah kerana itu adalah salah satu ujian dari allah
kerana aku leka di atas bumi yang bertuah ini.dan aku redha dengan ujian
yang begitu hebat ini...

Terima kasih kerana menyakitkan hati aku..




jiwa ku kacau lagi....

Ku angankan ku bisa terbang
di langit tinggi indah pandangan
pasti persona hijau mendamaikan
tenang laut cantik membiru.

Ku ingin jadi seperti burung
bebas berterbangan riuh berkicau
akan ku redah bayu berhembus
kan lihat segalanya dari atas sana.

Ku singgah di ranting daun
untuk saksikan helaian daunan yang gugur
alpa aku sejenak
menghitung guguran itu.

Sedang ku terus dalam keterlekaan
tetiba angin pun bertiup kencang
mengocak aku dari leka
untuk terus terbang ke angkasa
melihat bumi yang indah berwarna-warni.

Ku teruskan menongkah angin
kusaksikan segala pada dunia yang sebentar
pada hakikat kehidupan manusia
pada tangan-tangan yang melorek lukisan alam...

Menakutkan pada mata yang melihat!
Mendebarkan perasaan di dada!
Menyukarkan udara yang dihela!
Membakar amarah yang terpendam!
Bumi tidak seperti digambarkan!!!!

Itu hanya khayalan aku
lantaran aku tak bisa terbang

Wednesday, September 7, 2011

kisah hati.....



lagu kisah hati dari aliyah... , buat pertama kali aku mendengarnya..sungguh sangat bermakna dalam diriku... semakin kerap aku dengar ... semakin menyentuh hati dan jiwa ku.... .lagu ni bermakna untuk sesorang yang ada dihati ku. Sedey.... aku hanya wanita biasa...



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir


Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...