Wednesday, August 17, 2011

kucing ku hilang.....

Dah masuk hari ke 4 kucing betina ku si coklat hilang .  Sabtu lepas aku dan anak anak pergi ke Pengkalan Ulu untuk melawat anak ku di asrama Mrsm . Aku tinggalkan mereka di rumah mak . Mcm biasa aku bekalkan makanan ikan kebung rebus dan biskut.


Aku mula bela mereka ni pada awal bulan january tahun ni . Sebelum aku berkawin aku memang ada bela kucing . aku memang sayangkan binatang lagi lagi kucing. Aku menjaga mereka seperti menjaga anak aku sendiri, sebulan sekali akan ku bawa ke kelinik untuk mendapat kan suntikan. Seminggu sekali aku mandikan agar  sentiasa bersih  dan sihat. Bulu nyer di jaga agar tidak gugur.


Si coklat ni memang sangat manja.. walaupon dia lebih garang/ aktif  dari kucing jantan ku.


Dia dah cukup matang dan aku rasa dia tengah bunting sekarang ni. Bagaimana seorang ibu yang kehilangan anak begitu jugak aku rasa sekarang ni. aku berdoa agar dia selamat dan dapat arah yang betul untuk pulang semula... '' balik laa sayang mak rindu ni'

Tuesday, August 2, 2011

Terlebih Sudahhh......



Adoiii mengantuk giler laa hari ni.... hari kedua kita berpuasa.....malam tadi akak balik lambat sebab mengantar anak akak yang bertuah tu balik ke Melaka,,, aku bawak keje Myvi pink ke kepunyaian cikgu sida. waktu pergi cikgu pandu kete dia waktu balik mak cikgu pandu... aku tak biasa memandu waktu malam dan jauh mcm tu... tapi aku redah jew.. akhir nyer aku selamat juga sampai umah jam 12 .+++ malam.



Senaman ringan untuk hilangkan mengantuk.- tip yang diberi oleh sahabat ku





Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...