Wednesday, July 20, 2011

Ooooo gigiku.

Semalam kebetulan aku ada temujanji jumpa doktor pakar Hospital Besar  Seremban. Jemujanji kol 8.30 pagi tetapi aku dah terlewat keluar rumah pon jam 8.30am, nasib baik jalan tak jem.. tetapi aku sangkut juga kerana mencari parking kereta yang semuanya penuh. Pesakit ramai jugak laa.. tunggu dari 9.30 dapat jumpa doktor  lebih kurang 11.00 pagi... lama kan aku tunggu... ni gigi aku dah mula sakit.  Nasib baik dapat doktor muda lelaki india yang hemson , baik pulak tu .  lepas jew dari Gh aku terus pergi kelinik Gigi Lious...aku suka gi kelinik ni, sebab perkhidmatan nya sangat cepat. Sebenarnya hari sabtu lepas , aku jumpa doktor gigi tu, dia  bagi ubat sahaja untuk 2,3 hari . kalau sakit lagi baru lah cabut gigi tu.. lepas  makan ubat itu  masih terasa sakit lagi dan aku rasa gigi ni tak boleh diselamatan lagi.... cabut lebih baik... tetapi  lepas 3 jam terasa sakit sampai ke kepala.... nasib baik aku mc... kalau tidak.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...