Monday, July 11, 2011

Bangganya aku.......

Semalam ahad. Majlis Tamat Laihan pada pelajar IPTa, anak ku Siti Maisara dari UMT terlibat didalam perbarisan yang bermula dari pukul 7pagi lagi. Aku dan bos  telah bertolak dari rumah seawal jam 4.30 pagi dari rumah untuk ke JB. Perjalanan yang memakan masa 3 jam lebih tidak terasa sangat sebab mata mengantuk lagi dan apa lagi aku sambung tido sampai di perhentian marcap,  berhenti sekejap untuk solat suboh dan sambung tido lagi hingga sampai di tol skudai.


lepas sahaja simpang tol , berpandukan papan tanda ke UTM.. kami selamat sampai. dan melihat perbarian akan bermula.. aku tercari cari anak ku sara tetapi tidak kelihatan sebab semua nyer sama sahaja apabila telah berunifom polis. Bangga nyer terasa apa bila melihat mereka lengkap berpakaian ditengah padang. Cuaca agak baik dan tidak bergitu panas pada mula nyer.. sehingga jam 10 pagi , kelihatan satu persatu Inp.   telah jatuh pengsan kerana cuaca telah mula panas dan terik.  nasib baik anak ku  masih boleh bertahan sehingga selesai perbarian.  Perbarisan telah di rasmikan oleh Ketua polis Negara. Tan sri Omar ismail..




Walaupon cuaca panas terik , dia sempat merakamkan senyum manis nyer ketika itu dan membuat kami sekeluarga sungguh bangga pada hari yang penuh sejarah ini

 

Pada hari itu aku membawa mak sekali sebab dia teringin melihat kejayaan anak anak ku. Mak  banyak membantu menjaga / mengurus  kesemua anak anak ku semasa aku pergi kerja... dan anak anak ku sayang pada owo nyer.



Putri kedua ku Inp. Sk Siti Noor Maisara binti Ahmad Fuzi







mak terimakasih kerana memberi sokongan pada  aku keluarga .. jasa mu akan kami kenang sehingga hayat di kandung badan. aku sentiasa berpesan supaya mereka mengambil berat tentang hal nenek mereka apabila mereka berjaya kelak.dan membalas budi orang yang banyak berjaya pada mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...