Sunday, July 31, 2011

Cinta KU

Jika suatu saat kamu mengkhianati cintaku ...
Maka aku tak akan menyesalkan dirimu
Tapi akau akan sangat bersedih....
Karena aku sangat bodoh dan tuli sampai tak mampu mendengar suara hatiku....
Dan aku akan kembali berusaha mendengarkan suara-suara cinta dari dalam hatiku...
Sampai aku bisa mendengarnya dengan jelas sekali.

Jika aku tidak mengatakannya bukan berarti aku tidak merasakannya. Aku hanya tidak menemukan kata2 yang lebih besar dari perasaanku

Cinta hanya akan indah pabila berpondasikan kasih sang pencipta…. Karena Cinta berasal dari-Nya… Dan cinta yg paling utama adalah cinta kepada sang pencipta cinta

Tak ada yang sempurna, namun cinta mampu menyatukan dua insan yang tak sempurna untuk membentuk sesuatu yang sempurna.

Salam Ramadan

salam

sekali lagi esok kita akan untuk meneruskan ibadat  di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini bersama semua umat Islam di seluruh dunia.  Sayu hati ini kerana seorang anak ku tidak dapat berpuasa bersama sama mungkin kalau tidak ada halangan aku dan ayah nyer akan kesana untuk berpuasa bersamanya nanti.


Dengan hati yang ikhlas ingin minta maaf lahir batin untuk menyambut bulan suci Ramadan yang sebentar lagi datang, kita sebagai umat muslim diwajibkan untuk menunakian ibadah suci puasa ramadhan, dan untuk melengkapi ibadah suci tersebut ada baiknya, saling bermaaf, maafan sebelum berpuasa,
ucapan selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan 1430 H 




Saturday, July 30, 2011

kek coklat and kek keramal


aku buat kek pada hari malam Jumat hari tu  untuk anak si nora  teman ku gi gym sempena menyambut hari lahir anak nye itu syazana.



  Dah lama nak buat kek keramal ni tapi tak kesempatan. bahan bahan nyer senang /mudah sahaja. Hari ni aku cuti aku cuba buat.. kurang cantik tetapi rasa boleh tahan...


anak ku tak sabar sabar nak potong kek ni  walaupon kek ni masih panas... tak berapa cantik bila dipotong masa panas. tapi anak punya pasal aku potong jugak laa.

Kek Keramal

saiz 7x7

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas 
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C) 
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...




Wednesday, July 20, 2011

Ooooo gigiku.

Semalam kebetulan aku ada temujanji jumpa doktor pakar Hospital Besar  Seremban. Jemujanji kol 8.30 pagi tetapi aku dah terlewat keluar rumah pon jam 8.30am, nasib baik jalan tak jem.. tetapi aku sangkut juga kerana mencari parking kereta yang semuanya penuh. Pesakit ramai jugak laa.. tunggu dari 9.30 dapat jumpa doktor  lebih kurang 11.00 pagi... lama kan aku tunggu... ni gigi aku dah mula sakit.  Nasib baik dapat doktor muda lelaki india yang hemson , baik pulak tu .  lepas jew dari Gh aku terus pergi kelinik Gigi Lious...aku suka gi kelinik ni, sebab perkhidmatan nya sangat cepat. Sebenarnya hari sabtu lepas , aku jumpa doktor gigi tu, dia  bagi ubat sahaja untuk 2,3 hari . kalau sakit lagi baru lah cabut gigi tu.. lepas  makan ubat itu  masih terasa sakit lagi dan aku rasa gigi ni tak boleh diselamatan lagi.... cabut lebih baik... tetapi  lepas 3 jam terasa sakit sampai ke kepala.... nasib baik aku mc... kalau tidak.....

Monday, July 11, 2011

Bangganya aku.......

Semalam ahad. Majlis Tamat Laihan pada pelajar IPTa, anak ku Siti Maisara dari UMT terlibat didalam perbarisan yang bermula dari pukul 7pagi lagi. Aku dan bos  telah bertolak dari rumah seawal jam 4.30 pagi dari rumah untuk ke JB. Perjalanan yang memakan masa 3 jam lebih tidak terasa sangat sebab mata mengantuk lagi dan apa lagi aku sambung tido sampai di perhentian marcap,  berhenti sekejap untuk solat suboh dan sambung tido lagi hingga sampai di tol skudai.


lepas sahaja simpang tol , berpandukan papan tanda ke UTM.. kami selamat sampai. dan melihat perbarian akan bermula.. aku tercari cari anak ku sara tetapi tidak kelihatan sebab semua nyer sama sahaja apabila telah berunifom polis. Bangga nyer terasa apa bila melihat mereka lengkap berpakaian ditengah padang. Cuaca agak baik dan tidak bergitu panas pada mula nyer.. sehingga jam 10 pagi , kelihatan satu persatu Inp.   telah jatuh pengsan kerana cuaca telah mula panas dan terik.  nasib baik anak ku  masih boleh bertahan sehingga selesai perbarian.  Perbarisan telah di rasmikan oleh Ketua polis Negara. Tan sri Omar ismail..




Walaupon cuaca panas terik , dia sempat merakamkan senyum manis nyer ketika itu dan membuat kami sekeluarga sungguh bangga pada hari yang penuh sejarah ini

 

Pada hari itu aku membawa mak sekali sebab dia teringin melihat kejayaan anak anak ku. Mak  banyak membantu menjaga / mengurus  kesemua anak anak ku semasa aku pergi kerja... dan anak anak ku sayang pada owo nyer.



Putri kedua ku Inp. Sk Siti Noor Maisara binti Ahmad Fuzi







mak terimakasih kerana memberi sokongan pada  aku keluarga .. jasa mu akan kami kenang sehingga hayat di kandung badan. aku sentiasa berpesan supaya mereka mengambil berat tentang hal nenek mereka apabila mereka berjaya kelak.dan membalas budi orang yang banyak berjaya pada mereka.

Saturday, July 9, 2011

Lepak kat Umah je


Hari ni orang  aku hanya duduk  rumah sahaja.. malas nak keluar.   dan malas jugak  nak masak  kalau masak aku dan bos jew yang makan anak anak tak nak makan. Diorang lebih suka makan roti , biskut atau pon burger.



Asam Rebus ikan . Kembung.. 



Tahu jepun dengan sawi putih.


 Roti Jala 




Serawa Durian.

Tuesday, July 5, 2011

Milik AIA Fitness...

Pada ahad lepas  3 julai Pertandingan Aerobikton Peringakt daerah Port Dickson. Kami memcuba nasib pada hari tu.. Team kami telah menang 2 ketogeri .. pertama kumpulan paling happening dan sebagai juara diantara    20 kumpulan yang bertanding.

Cuaca agak sejuk pada awal pagi.. sebab hujun turun renyai renyai dan acara hanya dapat dimulakan pada pukul 10.3 pagi setelah hujan berhenti..
Akhir nyer selama  4 jam kami di gelanggang... dengan berbagai rentak music.  kami muncul sebagai juara.. berbaloi rasa nyer...kerana berpanas dan bermandi peluh. muka semua nyer " sunburn"
Sebelum ke Pd kami singgah di...... untuk memberi barang keperluan.  Mcm biasa sempat berposing . Giler glemor akak akak ni..
Kami menyewa di Tiara Apartment. setalah check in kami ke Plam Spring yang berdekatan dari apartment untuk mandi di Jakuzi bersama dan nor dan su geng yang tinggal di PD

Bergambar dengan Team nor and su. kumpulan mereka kurang hebat nyer.. tercabar jugak kami. mereka mendapat tempat ke 3. Pertandingan ni memberi samangat baru.. untuk terus berusaha lebih keras lagi untuk berjaya didalam bidang yang amat menyeronokan kami.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...