Monday, June 27, 2011

Menu baru saya.. bersama herbalife....

Sarapan pagi adalah satu kemestian yang kita selalu tinggalkan. Seperti sebuah kereta, sebelum boleh mula bergerak, kereta perlu diisikan minyak. Tapi, jika kereta yang perlukan minyak petrol, kita isikan dengan minyak diesel, kereta tu akan rosak.


Badan kita pun sama, cuma “kerosakan” itu mengambil masa. Tetapi sekali ia rosak, kita akan merana
saya ingin kongsikan cara saya bersarapan. Setiap pagi lebih kurang jam 6.20am, saya akan mencari jag blende
Resepinya baru mula hari ini mengikut selera saya . sebelum ni setiap pagi saya ambik oat kosong dengan jus prun.




Bahan yang saya gunakan;

(1) 300ml Air Kosong (saya sejukkan dalam peti sejuk)
(2) 4 sudu makan Oat (saya gunakan Instant Oat-Quacker)
(3) 1 sudu makan Milo
(4) 2 sudu makan Formula 1 – Coklat.







Selepas saya minum shake ini, saya akan cuba untuk minum air kosong sedikit-sedikit tetapi banyak-banyak kali.
Pengalaman saya, saya mula rasa lapar pada jam 12.00 tengahari. Waktu ini, saya minum air lebih kurang 300ml dan dalam jam 12.30 tengahari, saya akan menikmati hidangan masakan orang kita (nasi, lauk dan sayur).
Inilah cara untuk saya kekalkan berat badan saya  dan cara menurunkan berat badan  dari 65 ke 51 kg..dan dalam masa yang sama saya berjaya menghindari penyakit lain

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...