Buat Anakku Lahirnya kamu dalam sebuah keluarga adalah merupakan hari yang paling bahagia untuk kami berdua. Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka ku dan Aku berkorban apa saja demi anak-anak ku
Kepada anak-anakku, percayalah bahawa kasih sayang yang bersemi dalam diri ini tidak sedikit pun luntur. Aku ini sentiasa mengingati semua anak-anakku dan aku berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu/ayah Bayangkan semasa saat-saat manis kita meluangkan masa bersama,
belajar, bermain, melancung, membeli-belah, berkelah, bergurau, gelak ketawa, dan gembira bersama. Itulah saat kebahagiaan yang kami dapat rasakan dan masih segar dalam ingatan ini.
Tetapi apa yang berlaku di tengah-tengah perjalanan ini adakalanya diluar kekuasaan kita. Ingatlah anak-anakku, seorang ibu/ayah akan merasa gembira apabila anak-anaknya gembira, seorang ibu/ayah akan merasa bangga bila anak-anaknya berjaya, seorang ibu/ayah akan menutup mata dengan aman apabila anak-anaknya mendoakannya. Tetapi seorang ibu/ayah akan merasa sedih apabila anaknya bersedih, seorang ibu/ayah akan merasa kecewa apabila anaknya gagal, seorang ibu/ayah akan merasa berdosa apabila anak-anaknya tidak mendoakannya.
Setiap racun ada penawarnya, setiap kesilapan ada puncanya, setiap dugaan akan ada kenikmatannya.
Kasih ibu/bapa sepanjang masa, walau jauh di mata tetapi dekat di hati. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga.
2 comments:
Salam kunjungan, blog yg menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)
http://www.zuwairiaiman.com
Terima kasih kerana sudi singgah..
Post a Comment