Tuesday, June 7, 2011

Berikan aku Kesabaran dan kekuatan

'Ya Allah, jika ini dugaan  mu. Tabahkan aku, cekalkan hatiku, kuatkan semangatku, tenangkan aku, Sabarkan aku, makbulkan doaku. Umur ku semakin meningkat Ya Allah, aku tidak mahu persiakan umur ku tanpa redha Mu Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah. Bukakan hatinya, tenangkan hatinya, kembalikan hatinya kepada Mu Ya Allah, tunjukkan jalan menuju Mu Ya Allah.'






  
Buat Anakku Lahirnya kamu dalam sebuah keluarga adalah merupakan hari yang paling bahagia untuk kami berdua. Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka ku dan Aku berkorban apa saja demi anak-anak ku
Kepada anak-anakku, percayalah bahawa kasih sayang yang bersemi dalam diri ini tidak sedikit pun luntur. Aku ini sentiasa mengingati semua anak-anakku dan aku berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu/ayah Bayangkan semasa saat-saat manis kita meluangkan masa bersama,
belajar, bermain, melancung, membeli-belah, berkelah, bergurau, gelak ketawa, dan gembira bersama. Itulah saat kebahagiaan yang kami dapat rasakan dan masih  segar dalam ingatan ini.
Tetapi apa yang berlaku di tengah-tengah perjalanan ini adakalanya diluar kekuasaan kita. Ingatlah anak-anakku, seorang ibu/ayah akan merasa gembira apabila anak-anaknya gembira, seorang ibu/ayah akan merasa bangga bila anak-anaknya berjaya, seorang ibu/ayah akan menutup mata dengan aman apabila anak-anaknya mendoakannya. Tetapi seorang ibu/ayah akan merasa sedih apabila anaknya bersedih, seorang ibu/ayah akan merasa kecewa apabila anaknya gagal, seorang ibu/ayah akan merasa berdosa apabila anak-anaknya tidak mendoakannya.
Setiap racun ada penawarnya, setiap kesilapan ada puncanya, setiap dugaan akan ada kenikmatannya.
 Kasih ibu/bapa sepanjang masa, walau jauh di mata tetapi dekat di hati. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga.

2 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan, blog yg menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

noorss_noor said...

Terima kasih kerana sudi singgah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...