Thursday, June 30, 2011

Ku yakin cintaku ini

Ku yakin cintaku ini
Tak bisa melangkah pergi
Kaku berdiri di sini
Menanti lafaz kasihmu
Biar kau akui dan aku
Kekasihmu...

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selama di taman cinta...

Cinta tiada akhirnya
Membara kekal ke syurgamu
Tak usah kau raguiku
Sayangku dengarkan kasih
Aku milikmu selamanya...
Percayalah...

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selamanya....

Kasih antara kita...
Tercipta abadinya...
Mungkin memisahkan aku dan dia...
Ukir namaku dalam....
Cintamu selamanya...
Biar semarakkan kasihmu...
Selalu....................................


Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selamanya....

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita
Bintang berwarna
Janji setia kita...
Selama di taman cinta.... di taman cinta....

http://youtu.be/YcwIYm6lTX8

Wednesday, June 29, 2011

Hari ke 3 bersama herbalife

Semalam hari kedua b/fast bersama dengan herbalife. Aku sengaja  memandai tukar jadual b/fast sepatutunya  kak yong pesan ambik b/fast ( wajib dengan shake milk F1 herbalife) tapi aku telah menderhaka melanggar peraturan istana kak yong. Aku tukar pada t/hari..  pagi tu  aku b/fast mcm biasa roti dengan milo.. aku tanya kak yong  boleh ke? ... amboi bising dia sebab aku  telah menderhaka..... kantoi laaa ... siap bagi amaran lagi.

Aku dah 2 tahun gi arobik badan mmg dah ada cutting dan ada perubahaan dari dulu yang mcm.....!!!.. .. tapi tang perut ni tak mahu kata masih nampak ketul ketulan yang hudoh... tu yang buat aku tention tu... tak cantik laa kalau pakai jean dengan Tshit. tu sebab aku nak try ambik herbelife ni nak control makan yang selere memanjang tak leh tahan kalau nampak makanan yang sedap... apa lagi aku belasah cukup cukup.... tu pasal laaa kata teman ku intan.. tang perut tak kesiannnn......... 

Hari ni hari ke 3. aku ikut apa yang disarankan iaitu ambik pagi choklat shake F1 campur dengan milo... mmm sedap dan 1 cawan air kosong di ikuti tea mix herbalife boleh laa tahan sampai ke t/hari.   Pukul 11.30   aku makan buah lai. sebiji. dengan air kosong. Ingat tengahari aku tak nak makan.. sebab kenyang lagi tapi disebab kan kena ikut jadual aku makan nasik jugak tapi kuantiti sikit , ayam kari.. sup sayur... kenyang apa sampai sekarang ni. Petang kan aku akan ambik choklat shake dengan oat . sebelum pergi gym nanti...

harap harap aku tak lapar mcm hari pertama.. lepas gym aku belasah air kosong satu botol dengan roti canai banjir.... mak aii kata intan.... sendiri mahu ingat ........  sedey mak lepas kenyang....

Sebelum makan herbalife ni beratku 66.5.. hari pertama makan kurang 1 kg sebab pagi pagi dah gi tandas 3 kali.. tu yang kurang agak nyer. hari kedua  masih 65kg. Hari ni pagi tadi timbang  65.5kg.. naik sebab semalam aku mendehaka. pada tuan. Aku tak sabar nak tunggu seminggu ni...




Tuesday, June 28, 2011

Kau Sentuh Hatiku

Terima kasih atas pemberian Mu

Terima kasih atas apa yang telah terjadi
KAU selalu menemaniku tanpa ku sedrai
KAU tak pernah biarkan aku sendirian menjalani hidup ini
KAU selau menyertaiku
terima kasih kerna KAU telah menyentuh hatiku
di kala aku lalai di pentas duniawi
KAU telah memperingatiku
KAU selalu lupa memberi rancangan yang terbaik untukku
walaupun aku selalu lupa pada MU
tetapi KAU masih memberi peluang padaku
terima kasih YA Allah
KAU telah menyentuh hatiku dengan kasih sayngmu
KAU telah mengubah hidupku menjadi yang baru
bagai emas yang murni berkilauan
KAU telah membentuk kekuatan hatiku
perjalanan hidup ini telah mengajarku tentang kehidupan
KAU tidak pernah lelah untuk memberi
tidak pernah sedikitpun KAU meminta
terima kasih kerna menyentuh hatiku
terima kasih atas kasih sayangMU
sebuah kasih yang selalu memberi
bagai air mengalir
yang tidak pernah berhenti
terima kasih Ya Allah

Monday, June 27, 2011

Menu baru saya.. bersama herbalife....

Sarapan pagi adalah satu kemestian yang kita selalu tinggalkan. Seperti sebuah kereta, sebelum boleh mula bergerak, kereta perlu diisikan minyak. Tapi, jika kereta yang perlukan minyak petrol, kita isikan dengan minyak diesel, kereta tu akan rosak.


Badan kita pun sama, cuma “kerosakan” itu mengambil masa. Tetapi sekali ia rosak, kita akan merana
saya ingin kongsikan cara saya bersarapan. Setiap pagi lebih kurang jam 6.20am, saya akan mencari jag blende
Resepinya baru mula hari ini mengikut selera saya . sebelum ni setiap pagi saya ambik oat kosong dengan jus prun.




Bahan yang saya gunakan;

(1) 300ml Air Kosong (saya sejukkan dalam peti sejuk)
(2) 4 sudu makan Oat (saya gunakan Instant Oat-Quacker)
(3) 1 sudu makan Milo
(4) 2 sudu makan Formula 1 – Coklat.







Selepas saya minum shake ini, saya akan cuba untuk minum air kosong sedikit-sedikit tetapi banyak-banyak kali.
Pengalaman saya, saya mula rasa lapar pada jam 12.00 tengahari. Waktu ini, saya minum air lebih kurang 300ml dan dalam jam 12.30 tengahari, saya akan menikmati hidangan masakan orang kita (nasi, lauk dan sayur).
Inilah cara untuk saya kekalkan berat badan saya  dan cara menurunkan berat badan  dari 65 ke 51 kg..dan dalam masa yang sama saya berjaya menghindari penyakit lain

Monday, June 20, 2011

Sedetik Lebih - Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu



Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu



(*)

Ternyata ku perlukan cinta

Dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa



(**)

Kasihku, ku amat mencintai kamu

Kerna kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih

Selepas selamanya



Di kala penuh ketakutan

Dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu



Biarlah kehilangan semua

Yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Sunday, June 19, 2011

AIA Fitness - Happy hour.




salam

Ayahku



Hari hari bapa ,, seluruh dunia merayakan hari bapa.. ayah ku Hj Adnan berumur 75 tahun. keadaan kesihatan menurun dan tidak begitu sihat.  3 tahun lepas ayah ku diserang sakit jantung dan mendapat rawatan   di IJN dan kini tidak lagi dan sembuh dan disahkan oleh doktor .  sekarang ayah mengalami penyakit sukar untuk buang air kecil dan terpaksa memakai beg kencing . Ayah pon dah jadi seorang pelupa dan semakin uzur..
Aku sebagai anak hanya mampu berdoa padanya agar cepat sembuh.. dan ceria seperti dulu. 
Aku ke rumah mak untuk bersama sama mereka. Ayah mcm biasa, dia suka berbaring diatas tikar  dan menyuruh aku memicit kaki nyer.  

 Adik aku din pon datang juga untuk berkumpul di hujung minggu. Diwajah ayah  ada kegembiraan melihat kami adik beradik. Pada petang itu juga aku pergi melawat ayah mentua  di rumah Kak ipar .

Friday, June 10, 2011

Cuti sekolah berakhir....

Cuti sekolah akan berakhir pada hujung minggu ini.. Anak anak ku akan pulang  menyambung tugas mereka..
Syida akan pulang pada hari sabtu ini. Dia pulang awal untuk mengelakan kesesakan jalan raya.
Sara pulang ke Terangganu pada hari ini (10/6)
dan Siti akan pulang ke Asrama Mrsm pada hari Ahad.
Malam tadi aku kami keluar bersama sama  makan malam di Restoran Juara di Senawang















Selama cuti sekolah 2 minggu banyak dugaan yang berlaku dan menguji kesebaran aku sebagai ibu. Aku mempunya 6 anak dan 6 ragam anak  yang sedang meningkat remaja dan dewasa. Walaupon apa pon aku berikan doa yang terbaik untuk semua anak anak ku.








" The Only One" anak bujung ku Mohd Imran.. yang kelakar dan pemintaanya  yang diluar dugaan.. walaupon bagaimana aku  akan pertimbangkan..







kakak.. syaida.. cuti sekolah ni memberi aku/ayahnya kejutan yang tak diduga . Tetapi kami memberi ia peluang untuk membetulkan keadaan walaupon ayah nyer telah membuat keputusan dan dia harus akur dengan keputusan ayah nyer biarpon pahit untuk menerima nyer . Tapi aku yakin dia mampu melakukanya demi masa depan.

Tuesday, June 7, 2011

Kau pergi jua akhirnya......

Bersama malam sepi
Kau pergi menghilang diri
Kau tinggalkan catatan hati
Adakah kau akan datang lagi .

Tertanya aku sendiri
Di mana kau kini
Kadang terasa kau di sisi
Panas nafas menyentuh pipi
Tapi hanya satu ilusi .

Nadi ku bagai terhenti
Menunggu kau kembali lagi
Walaupon kau tidak  janji ...

i


Dan yang pasti kau bukan dihatiku lagi 
 

sewangi cinta mu....

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
 
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
 




 

Berikan aku Kesabaran dan kekuatan

'Ya Allah, jika ini dugaan  mu. Tabahkan aku, cekalkan hatiku, kuatkan semangatku, tenangkan aku, Sabarkan aku, makbulkan doaku. Umur ku semakin meningkat Ya Allah, aku tidak mahu persiakan umur ku tanpa redha Mu Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah. Bukakan hatinya, tenangkan hatinya, kembalikan hatinya kepada Mu Ya Allah, tunjukkan jalan menuju Mu Ya Allah.'






  
Buat Anakku Lahirnya kamu dalam sebuah keluarga adalah merupakan hari yang paling bahagia untuk kami berdua. Kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka ku dan Aku berkorban apa saja demi anak-anak ku
Kepada anak-anakku, percayalah bahawa kasih sayang yang bersemi dalam diri ini tidak sedikit pun luntur. Aku ini sentiasa mengingati semua anak-anakku dan aku berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu/ayah Bayangkan semasa saat-saat manis kita meluangkan masa bersama,
belajar, bermain, melancung, membeli-belah, berkelah, bergurau, gelak ketawa, dan gembira bersama. Itulah saat kebahagiaan yang kami dapat rasakan dan masih  segar dalam ingatan ini.
Tetapi apa yang berlaku di tengah-tengah perjalanan ini adakalanya diluar kekuasaan kita. Ingatlah anak-anakku, seorang ibu/ayah akan merasa gembira apabila anak-anaknya gembira, seorang ibu/ayah akan merasa bangga bila anak-anaknya berjaya, seorang ibu/ayah akan menutup mata dengan aman apabila anak-anaknya mendoakannya. Tetapi seorang ibu/ayah akan merasa sedih apabila anaknya bersedih, seorang ibu/ayah akan merasa kecewa apabila anaknya gagal, seorang ibu/ayah akan merasa berdosa apabila anak-anaknya tidak mendoakannya.
Setiap racun ada penawarnya, setiap kesilapan ada puncanya, setiap dugaan akan ada kenikmatannya.
 Kasih ibu/bapa sepanjang masa, walau jauh di mata tetapi dekat di hati. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...