Tuesday, May 24, 2011

AIA Fitness Jalan Jalan ke Langkawi




Lewat sikit buat n3  trip ni. biasa laa makcik sibok.. dengan  tugas tugas. Pada cuti hari buruh hari tu my team AIA Fitness pergi bercuti ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Pada mulanya  ramai yang nak pergi  tetapi akhirnya  5 orang  sahaja yang dapat lepas kesana....aku, ita, sida, intan dan kak ngah.


Kami sampai ke Kuala Perlis jam 7 pagi..masing masing lapar . dan kami terus bersarapan di gerai yang berhampiran.. Ita dan Kak Ngah menu utama mereka adalah nasi lemak.


Aku dan sida makan nasi biasa berlaukan kari ikan , masak lemak bayam  dan ikan goreng( makan pagi /makan tengahari sekali))... perghhh sedap nyer... makcik semua lapar....


Jam 9.30 pagi kami menaiki feri ke Pulau Langkawi..bermula laa percutian kami......

Sarapan pagi dengan Buah Oren


Vitamin C adalah vitamin yang paling awal diketengahkan dalam dunia pemakanan dan kesihatan. Tanyalah siapa sahaja, semua orang tahu kebaikan vitamin C. Tidak perlu bercerita panjang.Vitamin C adalah sahabat baik wanita.  Saya boleh habiskan satu atau 2 biji oren sehari . Petua untuk beli buah oren yang  manis ialah pilih buah oren yang mempunyai lubang ke dalam . kadang-kadang aku suruh ofis mate ku miss kaw tolong belikan 10 biji untuk seminggu. Selain dari oren aku setiap hari aku kan pasti kan memgambil sepotong buah betik.

Fakta mengenai vitamin C dan kecantikan: Vitamin C meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit sehingga menyebabkan keanjalan kulit sentiasa terpelihara. Kandungan asidnya mampu menipiskan kulit mati yang menimbun di atas kulit. Dengan ini, penyumbatan pori- pori juga berkurangan dan seterusnya menyebabkan kulit kurang berminyak dan berjerawat. - sumber dari Majalah Rapi keluaran Mac 2007.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...