Tuesday, April 12, 2011

Kelahiran di bulan April sapa dia tu???

Hari ni ku buat N3 kedua.. sebab apa nak tahu,,, sebab free sikit nak tunggu habis closing bulan march yang tak close lagi sebab banyak kesulitan.. .kesian bos aku dengar nyer dah 2 hari tak balik.....
ok berbalik pada Bulan april ni.. ada 3 orang  istemewa iaitu  anaku Sara yang berada di Terangganu sekarang ni kerana menuntut disana.


Siti Noor Maisara dilahirkan pada 26.04.  sekarang dia di tahun akhir i UMT. Terangganu. sangat cute,  hitam manis.. tapi cepat marah orang nyer. Anak yang baik dan dimasa kecil sangat rajin menolong aku di dapur tapi dah besar ni agak sedikit malas.  Dia sesorang yang  mempunyi wawasan dan cita cita yang tinggi di bidang perniagaan dan akan menamatkan pelajaranya pada hujung bulan April. setelah belajar 3 tahun di UMT dalam Jurusan pemasaran..  Nak jadi usahawan yang berjaya tu. kata nyer... mak doakan ya Cik Maisara semoga berjaya hendak nya.



 Siti Noor Malis .. ini anak ku yang ke 3.. dia salah seorang anak ku yang baik budipekertinya dan aku bersyukur kerana dikurniakan anak yang sempurna dan  wajah nyer banyak milik aku masa kecil iaitu bermata kecik...
Dia seorang yang mempunyai hati yang sangat sensitif  dan mudah mengalirkan air mata kalau kena marah dan mudah tersentuh, kuat merajuk. Beliau dilahirkan pada 07.04  dan sedang menuntut di MRSM Pengkalan Ulu. Dia sangat bijak dan cerdik serta mempunyai cita cita yang tinggi dalam hidupnya juga mempunyai  semangat yang kuat.. Beliau akan berkerja keras untuk mencapai sesuatu yang dihajati.. pernah berkata...  kejayaan yang diperolehi hanya laa untuk mengembirakan hati ibu dan ayah nyer. aku tersentuh mendengar nyer..

aku berdoa agar dia kuat semangat untuk menempuh dunia ni yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Agar selamat anak ku ini di dunia dan akhir,,, mak doakan untuk mu wahai siti Noor Malis.





Yang ini adik ku Saifuddin bin Adnan. bersama dengan habby ku. Din lahir pada hari 12 April . Aku panggil dia din.  Pak lang kepada anak anak ku. Din menjadi idola kepada anak anak ku.  Paklang dia ni masa sekolah sangat bberjaya hingga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.. dan sekarang mempunyai perkerjaan yang sangat bagus. dan boleh ikatakan bergaji besar.. Din juga menjadi kebanggaan kedua orang tua ku. kejayaan adik ku ini menjadi contoh kepada anak anak ku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...