Tuesday, April 12, 2011

kucing ku..ayang..

Gambar ni baru ambik  dari  rumah mak saudara ku comelkan, masa ni kecik lagi

 Si kembar suka bermain dengan kucing kucing ni dah kena buli dengan anak ku.

Masa ni aku banyak habiskan wang ku untuk beli sangkar dan bahan bahan makan basah, pasir daan makan kering untuk  kucing ni. Aku juga ambik cuti untuk kucing kucing ni ke kelinik haiwan di jalan Pantai.

Anak kucing aku ni kuat makan. Kalau makan tak cukup cukup satu tin untuk sehari.  Lepas makan dan kenyang rutin kebiasaan diorang tido di atas sofa aku ni..

Sangat manja dengan anak lelaki aku Imran dan hubby sebab mereka rajin bagi makan kat kucing kucing ni. 



Yang ni kucing betina.. aku tak letak nama lagi. sangat manja suka kacau aku kalau aku duduk mengadap PC... dia akan datang dan duduk dibelakang notebook aku.  Mereka ni dah jadi sebahagian ahli keluarga kau... kehadiran mereka ni sangat bermakna pada setiap ahli keluarga aku......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...