Friday, April 22, 2011

KEK PELANGI DAN PANDAN LAYER

Pagi ni posting aku KEK, sebab aku dah giler sangat buat kek . malam tadi bercubaan pertama kek pelangi .. hasilnyer  sungguh menbangg akan kerana menjadi kek aku tu... lembut dan gebu. Sebenarnya resepi ni dapat dari cikgu yati dari HANAN BAKERY  semasa aku menghadir kelas ari tu...



                                                                                     Warna campuran sepatutnya warna kuning, merah dan hijau tetapi warna tu tak ada aku belasah jew warna yang ada iaitu oren, hijau dan warana asal kek tersebut warna putih.. ok jugak menjadi. Pagi ni aku bawak ke opis bagi diorang rasa .. dapat pujian yang positif dan aku dapat 2order  dari yus dari Hr dan Salma -Sales Dept....Alhamdulliah.

Pandan leyer ni aku dan 3 kali buat.. memang sedap. resepi nyer aku ambik dalam.  Internat.


Wednesday, April 20, 2011

AIA Fitness Jalan Jalan ke PD cari pasal lagi......





AIA Fitness terdiri dari aku, kak Ngah, sifu ku Ita, Jaya , Intan, Illa, Nora.. kita bersantai ke PD selama 1 hari 1 malam di Tanjung Tuan Apartment.  Ini kali pertama kitaorang keluar dan bermalam bersama sama.

Tuesday, April 12, 2011

kucing ku..ayang..

Gambar ni baru ambik  dari  rumah mak saudara ku comelkan, masa ni kecik lagi

 Si kembar suka bermain dengan kucing kucing ni dah kena buli dengan anak ku.

Masa ni aku banyak habiskan wang ku untuk beli sangkar dan bahan bahan makan basah, pasir daan makan kering untuk  kucing ni. Aku juga ambik cuti untuk kucing kucing ni ke kelinik haiwan di jalan Pantai.

Anak kucing aku ni kuat makan. Kalau makan tak cukup cukup satu tin untuk sehari.  Lepas makan dan kenyang rutin kebiasaan diorang tido di atas sofa aku ni..

Sangat manja dengan anak lelaki aku Imran dan hubby sebab mereka rajin bagi makan kat kucing kucing ni. 



Yang ni kucing betina.. aku tak letak nama lagi. sangat manja suka kacau aku kalau aku duduk mengadap PC... dia akan datang dan duduk dibelakang notebook aku.  Mereka ni dah jadi sebahagian ahli keluarga kau... kehadiran mereka ni sangat bermakna pada setiap ahli keluarga aku......

Kelahiran di bulan April sapa dia tu???

Hari ni ku buat N3 kedua.. sebab apa nak tahu,,, sebab free sikit nak tunggu habis closing bulan march yang tak close lagi sebab banyak kesulitan.. .kesian bos aku dengar nyer dah 2 hari tak balik.....
ok berbalik pada Bulan april ni.. ada 3 orang  istemewa iaitu  anaku Sara yang berada di Terangganu sekarang ni kerana menuntut disana.


Siti Noor Maisara dilahirkan pada 26.04.  sekarang dia di tahun akhir i UMT. Terangganu. sangat cute,  hitam manis.. tapi cepat marah orang nyer. Anak yang baik dan dimasa kecil sangat rajin menolong aku di dapur tapi dah besar ni agak sedikit malas.  Dia sesorang yang  mempunyi wawasan dan cita cita yang tinggi di bidang perniagaan dan akan menamatkan pelajaranya pada hujung bulan April. setelah belajar 3 tahun di UMT dalam Jurusan pemasaran..  Nak jadi usahawan yang berjaya tu. kata nyer... mak doakan ya Cik Maisara semoga berjaya hendak nya.



 Siti Noor Malis .. ini anak ku yang ke 3.. dia salah seorang anak ku yang baik budipekertinya dan aku bersyukur kerana dikurniakan anak yang sempurna dan  wajah nyer banyak milik aku masa kecil iaitu bermata kecik...
Dia seorang yang mempunyai hati yang sangat sensitif  dan mudah mengalirkan air mata kalau kena marah dan mudah tersentuh, kuat merajuk. Beliau dilahirkan pada 07.04  dan sedang menuntut di MRSM Pengkalan Ulu. Dia sangat bijak dan cerdik serta mempunyai cita cita yang tinggi dalam hidupnya juga mempunyai  semangat yang kuat.. Beliau akan berkerja keras untuk mencapai sesuatu yang dihajati.. pernah berkata...  kejayaan yang diperolehi hanya laa untuk mengembirakan hati ibu dan ayah nyer. aku tersentuh mendengar nyer..

aku berdoa agar dia kuat semangat untuk menempuh dunia ni yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Agar selamat anak ku ini di dunia dan akhir,,, mak doakan untuk mu wahai siti Noor Malis.





Yang ini adik ku Saifuddin bin Adnan. bersama dengan habby ku. Din lahir pada hari 12 April . Aku panggil dia din.  Pak lang kepada anak anak ku. Din menjadi idola kepada anak anak ku.  Paklang dia ni masa sekolah sangat bberjaya hingga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.. dan sekarang mempunyai perkerjaan yang sangat bagus. dan boleh ikatakan bergaji besar.. Din juga menjadi kebanggaan kedua orang tua ku. kejayaan adik ku ini menjadi contoh kepada anak anak ku.

Monday, April 11, 2011

Kelas Hiasan Kek - Hanan Bakery..

 Dah lama nak join kelas Hanan Bakery ni.. tapi setiap kali nak pergi jew ada hal.. aku cuma boleh join hari cuti sabtu atau ahad.  Pada Sabtu aku pergi jugak ke kelas tu walaupon last minute nasib baik ada tempat untuk aku. Menurut Puan Yati dia terima pelajar hanya 3 oran  dalam satu sesi sahaja.  terima kasih aku kepada puan yati kerana bagi peluang jugak pada hari itu. sebenarnya  aku puan yanti ni masa menghadiri kelas kek pn. Noraini di KL.. dia memang seorang yang ramah dan berkongsi ilmu dia kepada pelajar nya.

kelas bermula dengan tujuk ajar dari puan yati.. sungguh ghairah sekali  setiap  pelajar termasuk laa aku... sebab aku boleh dah buat kek tapi bab menghias ni  gagal teruk.. outttttt.
semasa membuat bancuhan aising. dengan campuran warna.. dan diajar bagaimana mendapat warna warna cantik... teruja sungguh...












susah nyer nak deko bunga ros rupa nyer.. tangan mesti ada seni dan gaya tersendiri untuk menghasilkan bentuk bunga. Rupanya mmg susah ... banyak percubaan telah ku buat tapi sudah nak menghasilkan bentuk yang memuaskan.. cuba demi cubaan akhirnya aku berjaya juga mendapatkan hanya 2 kuntum sahaja yang sempurna yang lain tu.. aku belasah jew... oooo nak kena tahan sabar membuat nyer...
 








Pada hari tu aku telah berjaya mendeko.. 3 jenis kek.. dengan kepuasan yang tak terhingga.. dan aku berterima kasih dengan cikgu yati.. kerana berkongsi ilmu dia kepada kami pelajar nyer..



Wajah gembira kerana pulang dengan hasil kejetangan kami dari pagi hingga ke petang.... semoga ilmu yang diperolehi ini dapat diperkembangkan lagi didalam perniagaan dan untuk keluarga kami..

Sunday, April 10, 2011

Asal aku malas lak ni..

salam


Dah lama tak bukak blog yang seberapa ni... bukan apa ku sibok semenjak 2 menjak ni...  ke opis dengan projek SAP... yang melemaskan walaupon dah live on semenjak bulan 3 hari tu.. masih banyak kelemahan system tu.. dah 2 bulan still  problem masa closing...


Aku pon sibok dengan aktiviti AIA Fitness ku... meng fit kan  lagi badan ni ...sebab bab makan ni aku tak leh kontrol... tu laa pasal nyer aku kena pergi GYM...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...