Saturday, January 22, 2011

apa mahuku??

ketika aku berkata pada malam..
kembalikan lah siangku..kerana aku sepi
malam terus berlalu..tanpa suara..
tiba2 mata terpegun..hati berdetik
cantiknya bulan..
rupa2nya aku sedang ditemani
..
terima kasih malam...


ketika siang bertamu..
aku kembali merindukan malam..
merindukan bulan...
lalu kubisikkan pada suria...
cepatlah berlabuh
kembalikan malamku

mendung tiba2..
aku sangkakan mlm akan tiba
namun hujan yg turun membasahi bumi..
merajukkah sang mentari padaku?

lalu aku tidak mengharap lagi
kerana hati mmg tamak..
alam ini terlalu sempurna utk aku kucar kacirkan..

Thursday, January 20, 2011

Penat dengan SAP

Bulan january dah masuk minggu ketiga. aku tak sempat nak update blog aku yang tak seberapa ni... sibok sibok  sungguh kepala pon berserabut.

Hari  Perayaan  Thaipusan hari ini sepatutnya cuti tapi disebabkan Projek SAP ni aku terpaksa datang kerja. Minggu lepas hari Jumaat cuti umun pon aku datang kerja.  Test' SAP  hari ni.. berjalan dengan lancar dan aku mampu melakukan  dan yakin walaupon agak slow. ... dan bulan febuary ni akan di gunakan sepenuh nya. dan pada bulan pertama mesti ada banyak masalah dan kucar kacir system ni... mesti repot banyak error.

Programmer  Pwc dari korea... Mr. Pok and Mr choi. Susah sungguh nak berkomunikasi dengan diorang ni.. sebab suara tidak kedengaran sebab perlahan sangat mcm orang perempuan cakap  dan kadang kadang.. aku tak faham apa benda yang dia cakap.. ada masa aku tak  fokus apa yang dicakap...

Sekarang ni projek tu dah hampir siap 80%. aku rasa laa... untuk bahagian aku... yang lain lain aku tak nak ambik tahu... sebab aku tak nak pening kan kepala aku.. dan rasa lega hari ini sebab aku mampu melakukan nya.

Saturday, January 8, 2011

Teruja anak anak ke sekolah.

Hari selasa ari tu aku tak kerja. sebab masa nak bangun tu badan ku sakit sakit... mula rasa malas nak pergi kerja.  Tahun baru... aku dah malas nak pergi keje.. ni la pasal cuti banyak sangat. 







Mohd Imran masuk tingkatan satu. Dia sangat teruja nak pergi sekolah. 

Kakak dia nak hantar kesekolah, tapi dia tak nak ,, dia nak pergi dengan kawan dia yang tinggal satu taman dengan kami.

Ptg pergi sekolah adik nye sikembar un tuk menghantar makanan sebab belah petang.  mereka ada kelas kafa. dari pukul 2. hingga 5 ptg.




Tuesday, January 4, 2011

2011.. Selamat Datang


Hari ini hari ke 2 baru dapat update  blog aku ni,,, sebab nyer  aku membz sangat.. tak tahu mana satu nak buat. Hari pertama semalam aku pergi sekolah anak ku sikembar. aisyah dan Haja.. mereka masuk tahun 3. kelas tidak sama, si kakak aiyah kelas pertama 3 cempaka dan adik kelas ke 2 . 3 mawar. Aku pergi awal dan selesai awal juga..  





Si ayah masuk kelas dan duduk dibangku menunggu giliran untuk membayar yuran . Ganap jugak laa duit bonos aku yang aku perolehi sebanyak 2  bulan.. dah rezeki anak anak .


Senarai  nama kelas  si kakak aiysah binti Ahmad Fuzi.



Ada jugak ibubapa yang tunggu di luar sahaja... sebab dah ramai sangat didalam kelas..Ada yang datang membawa anak anak masing masing semasa  hari  pendaftaran.



Dan nak cerita pasal cousin aku pulak yang  baru bersalin  pagi tadi jam 2.45 cousin ku nisya telah selamat melahirkan  baby girls di GH...  kesian nyr lama dia masuk  labouroom.. tak bersalin salin.
Aku , mak dan makcik ke hospital jam 12.30 malm hingga jam 4 pagi.. tunggu dihopital.. sebab kami risau kan keadaan dia yang baru bersalin anak pertama dan tentu amat sukar sekali. dan kami di maklumkan jikalau dia tak bersalin pada pukul 1, dia akan dibedah.. adoi hai kesianya.. bukan senang seorang ibu melalui saat saat ini yang tak mungkin dilupakan.




Akhirnya cousin ku selamat melahirakan anak perempuan yang bernam Raisha iman yang berat nya 3.85 kg. cute sungguh baby ni.... geram nyer akuuuuu... si iman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...