Saturday, December 18, 2010

Tanggungjawab


Setiap tahun mula sekolah dengan baju baru, seluar baru, kasut baru, beg baru...
Azam baru? tak laa tu. budak budak ni..

Tahun depan imran anak lelaki ku yang seorang masuk   tingkatan 1, Sikembar naik darjah 3, tahun mereka dapat satu kelas.. alhamdulliah.

Harap-harap tahun 2011 Masehi /1432 Hijriah, lebih baik dari tahun sebelumnya..
Harap anak-anak ku kena belajar bersungguh terutama mohamad Imran,  disiplin dan yang penting jangan tinggal solat..




 Baju Abg Imran.




minggu-minggu terakhir cuti ni, ramai yang mula sibuk membeli belah peralatan sekolah. seorang anak complete set : baju, seluar, kain, tudung, pakaian dalam, kasut, stokin, tali pinggang. Hari ini aku sempat beli pakaian mereka sahaja. seorang  2 pasang.



Baju sikembar Haja & Aisyah

 Alat alat lain seperti
 beg, buku, alat tulis, akan dibeli minggu depan sebab hari sabtu kedai buku tak buka.
 Yuran sekolah, yuran pibg, yuran itu, yuran ini akan dibayar pada hari
pertama persekolahan.  


Penat memberi belah terus singgah  restoran Nasi Arab Damsyik diSenawang. 






Antara ayat-ayat dari emak ku.


"kenapa semua nak di ambil kira? kan itu tanggungjawab ibu bapa?"

"pakai aja yang lama"
"kalau dua pasang seorang?"
"tiap kali tahun baru, semua nak baru"
"beli je kasut sepasang RM10"
"beli yang murah je" 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...