Tuesday, December 14, 2010

Sedapnya Laksa


Sejenis makanan yang paling aku dan anak anak makan semasa saya berada di Langkawi .. 2 hari kami makan LAKSA. sampai sakit perut anak lelaki ku... 

Setiap negeri di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa yang disesuaikan mengikut citarasa negeri masing-masing..aku ingat semua nya sama tetapi rupa nyer rasa nyer ada sikit lain setiap negeri.

Tapikan...errr..perkataan 'laksa' itu sebenarnya berasal daripada bahasa Cantonise bermaksud spicy dan dalam bahasa Hokkien ia bermaksud dirty berdasarkan rupa fizikalnya..hehe...

Laksa Kedah
Saya suka laksa Kedah..lebih enak dimakan di Kuala Kedah..bezanya dengan laksa Perlis ialah, laksa Kedah ada letak 'nyioq' aka kelapa parut yang digiling. Uishh...sedap giler tuhh... Laksa Perlis pulak sedap dimakan di Kuala Perlis..memang lazat...laksa Perlis istimewanya ialah kuahnya lebih pekat daripada biasa..
 Aku dengar dari kawan kawan, kata mereka  Laksa Perlis guna ikan belut. Aku tak pasti sejauh mana kebenaran  nya . 






Laksa ni aku makan di Baling semasa melawat anak ku di asrama  di pengkalan ulu.. Setiap kali ke sana aku pasti  singgah di pekan Baling untuk makan laksa ni . Harga tak mahal jugak semangkok masih 2.30 RM tetapi rasa   perghhhhhhhhhhhhhh sedappppp.



Ni laksa  aku makan di Langkawi ,  kuah nyer tak laa pekat sangat tetapi rasanya ok jugak. Kami makan di gerai kecik ditepi jalan  semasa nak ke pantai Tanjung Rhu. Harga tak lah mahal, satu keluarga makan hanya 23 RM sahaja termasuk air. ok lah tu kan.. murah..


Laksa ni pulak  aku makan semasa pergi melawat makan mahsuri di langkawi. satu mangkok harga 3.50RM. Bapak mahal tetapi apa kan daya anak aku nak makan jugak kami makan lah satu keluarga termasuk ABC.. tahu berapa harga semua........>>>>>>>>>>. mahal giler siolllll... 43 RM . Sedap tu sedap jugak laa tapi cekik darah punya orang.



Aku belajar buat laksa ni dari ma aku .Memang  tak susah pon buat nyer kalau rajin  tak sama dengan Laksa Kedah tu sebab beza nya letak bunga kantan dan daun pudina ---> Laksa Penang nama nya.  Rasa mmmmmmm sedapppppppppppppp.



Bahan kuah laksa*
1 kg ikan kembung
3-4 ulas asam keping
1/2 labu bawang besar
7-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
3-4 cm halia
10-12 sudu makan cili giling
7-10 biji cili padi
1/2 cawan air asam jawa
3 cm belacan
segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
garam secukup rasa

*Bahan ulam laksa*
4-5 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
5-6 biji cili padi - dihiris
1/2 biji nanas - dihiris
1 batang timun - dihiris memanjang
5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
4-5 helai daun salad - dihiris
sedikit daun pudina
*Bahan opsyenal*
petis udang
Cara-cara

*Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan...
*Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...
Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...