Sunday, December 19, 2010

Mengapa aku merindui dia.

RINDU
Dikau dtg lagi
Menyapa segenap sanubari
Dikala sepi malam mencengkam diri

RINDU
Apakah yg dikau cari.. aku pon tak pasti
Mengapa sering menghimpit hati.
walaupon aku cuba tidak memikirkan nya.

Tidak ku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku
dikala hati ku bergelora resah.

RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu

RINDU
Ku ingin tahu..
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu

RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari
walaupon ku tahu kau hadir
membawa mimpi mimpi hitam


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...