Wednesday, December 22, 2010

Mahsuri trip_1


Selalu cuti sekolah anak anak mesti tanya nak kemana bercuti. Tahun ni ada duit lebih yang banyak berlebih. so husben pon ajak pergi langkawi  bercuti. Rancangan awal nak naik flight tetapi tak dapat booking tambang murah so naik kereta sahaja lah. 
 Kebetulan kilang aku cuti pada hari isnin 6/12 dan 7/12 so aku pon terus sambung ke sampai ke 10/12. Pada mula nyer aku risau jugak sebab awal bulan banyak reporting acc nak buat. Setelah pemohonan cuti  ku di luluskan oleh bos. Aku plan  habiskan kerja ku sebelum pergi cuti. Hanya tinggal satu sahaja., "GIT".. aku sup kan kepada ms Lim untuk settel kan  semua nyer.



 Plan asal nak bertolak sebelah malam tetapi hesben nak bertolak pada waktu siang kerana tidak dia tak  berapa pasti jalan lepas pada Alor Star takut sesat tetapi sesat jugak di pekan alor star 20 minit laa cari jalan keluar nak ke kangar.
 Bertolak dari dari rumah pukul 9.30 pagi. Penuh kereta dengan barang barang  dalam kereta.


Kegembiraan  adik beradik  bergurau sepanjang  jalan. seronak nak bercuti.


kami sampai jam 4.30 petang di  Jetty Kuala Perlis.  Tak sabar sabar nak naik feri pada jam 6. petang.



Perjalan feri yang terakhir jam 6. petang, pada masa ni tak ramai penumpang yang nak Langkawi. dan perjalanan mengambil masa  1jam setengah. Anak anak ku terutama sikembar sangat teruja sekali sebab pertama kali naik feri. Kami sampai di jetty kuah jam 7.30 petang. 

Akan disambung ke Mahsuri trip_2.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...