Tuesday, December 14, 2010

Ke Pekan Siam.




Padang Besar merupakan sebuah bandar sempadan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia terletak di sempadan Wilayah Songkhla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Padang Besar bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar, yang mana bagi penduduk tempatan ia sering merujuk kepada bandar ini sebagai "Pekan Siam".



First time aku kesana lepas dari Pulau aku and family ke Padang Besar. Sampai jam 4.40 petang jadi nak pergi Padang Besar. Aku ingat dakat, rupa nyer jauh juga lebih kurang 54 km dari Kuala Perlis.  Jalan tak berapa nak elok. Kereta tak boleh pandu laju. sampai disana lebih kurang 10 minit nak pukul 6.oo petang.
Husben tersalah masuk laa pulak ke Sempadan Thailand jadi kami singgah kejap di Komplek Bebas cukai.  Kami pusing balik dan pergi ke tempat orang yang singgah shopping barang barang.  Rupanya keadaan kedai kurang elok dan tak berapa bersih dan aku rasa Nilai 3 lagi best. Barang barang  mahal. Tak tahu lah kenapa makcik makcik suka gi Padang Besar ni. Aku rasa sia sia jew pergi sana.. nasib hesben tak hangin.

Mungkin ni kali pertama dan terakhir aku sampai ke sini. Husben  sempat beli tshit kat sana tu.

Kebanyakan kedai tutup jam 7 petang tetapi masih orang ramai lagi.. pening kepala aku dengar orang cakap siam ni. Aku cuma beli  acuan kueh cara dengan harga RM 10 dan beras pulut.

Aku buat kueh cara ni semalam. sebab anak ku yang ke 3 suka makan kueh ni. Daging korban pon ada banyak lagi sebab aku jarang masak ' makcik sibok ok'

  First time try menjadi jugak kueh ni.. sedap. cili merah tak ada aku belasah jew cili api... ambik ko pedas giler... mengamuk anak kembar aku ...


untuk inti :
daging
3 sudu rempah kari daging
3 biji bwg kecil / 1 ulas bwg putih
garam/gula secukup rasa
karot potong dadu kecil ~ sengaja akak bubuh

untuk adunan tepung :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan then campur 1 cawan air
sebiji telur
garam, serbuk kunyit
Cara memasaknya:

untuk inti:
tumis bawang dan serbuk kari hingga naik bau.
masukkan daging dan masak hingga empuk
masukkan karot, garam/gula ~ kacau hingga agak kering..

seterusnya:
masukkan tepung, telur, garam dan serbuk kunyit dalam bekas ~ gaul rata
masukkan air santan tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan tepung tidak bergentel...
panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak atasnya supaya tak melekat.
masukkan adunan tepung tadi ~ sekadar 3/4 penuh
masukkan inti daging, taburkan bawang goreng, hiaskan dengan cili dan daun sup

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...