Saturday, November 27, 2010

Oh Pokok hidup rupanya








Kegemaran tanah pokok bunga ni puan  warisi dari mak. Kadang kadang puan  pergi ke Nusery untuk melihat  pokok bunga,, sekiranya puan berkenan, beli  dan  bawak balik. Pokok pokok  ditanam  didalam pasu kerana  tak ada kawasan atau halaman untuk menanam. 
Maklum laa Tuan Besar beli rumah kecik  aja sebab dia cakap puan dalam rumah ni ada sikit malas nak berkemas. kalau kecik senang nak kemas.. Alasan  yang terpaksa puan terima.

Puan rajin beli pokok bunga tapi puan malas nak menyiramnya itu kata kata dari tuan besar kalau pokok ni kering dan mula nak mati.  Hidup pokok pokok ni harapkan  air hujan sahaja . Kesian kan pokok pokok puan ni.
Nasib baik sekarang ni musim hujan.. tu yang hidup semua pokok pokok ni... kalau tidak asyik kena marah laa dengan tuan Besar . Puan Besar kan selalu sibok mana ada masa nak siram pokok..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...