Monday, November 29, 2010

Di sudut hati

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Di sudut hati

Saturday, November 27, 2010

Terkejut sekejap

salam

semalam puan besar menerima kejutan dari seorang sahabat
hanya mengenali di alam maya , dan juga cakap cakap
dari seorang kenalan .
dan aku sangat teruja kerana bila ia menyapa ku.

dulu aku sering  melawat blog blog politik /puisi 
aku mengenali penulisan2  yang baik dalam politik /puisi.
aku teruja. dan sering jugak aku ke blog blog yang mcm ni kerana
ia satu perkara yang baru dalam hidupku
 dan telah mengenali ramai sahabat dari dalam golongan ini.
dan aku ikhlas menerima  mereka sabagai sahabat walaupon
hanya buat seketika walaupon hati pernah terluka.
lagi
membanggakan apabila beliau  melawati blog aku dan memberi sentuhan
didalam blog aku yang tak seberapa ini
... aku suka  suka suka suka.....


 aku telah jatuh cinta  lagi ,, cinta yang tidak ku sedari
cinta didalam  alam baru ini . aku harap ia 
kekal di hati ini.. jiwa ku ini semakin hari semakin sukar di fahami.
kadang kadang aku sendiri hilang ingatan hhehhehehe.

aku cuba belajar menulis dengan baik tapi aku sering hilang
fokus, idea  dan masa. kadang kadang buat separuh jalan sahaja
kerana banyak faktor yang  mempergaruhi emosi aku 

terima kasih
budi mu itu  ku kenang

Oh Pokok hidup rupanya








Kegemaran tanah pokok bunga ni puan  warisi dari mak. Kadang kadang puan  pergi ke Nusery untuk melihat  pokok bunga,, sekiranya puan berkenan, beli  dan  bawak balik. Pokok pokok  ditanam  didalam pasu kerana  tak ada kawasan atau halaman untuk menanam. 
Maklum laa Tuan Besar beli rumah kecik  aja sebab dia cakap puan dalam rumah ni ada sikit malas nak berkemas. kalau kecik senang nak kemas.. Alasan  yang terpaksa puan terima.

Puan rajin beli pokok bunga tapi puan malas nak menyiramnya itu kata kata dari tuan besar kalau pokok ni kering dan mula nak mati.  Hidup pokok pokok ni harapkan  air hujan sahaja . Kesian kan pokok pokok puan ni.
Nasib baik sekarang ni musim hujan.. tu yang hidup semua pokok pokok ni... kalau tidak asyik kena marah laa dengan tuan Besar . Puan Besar kan selalu sibok mana ada masa nak siram pokok..

Rindu yang terhenti ...

Makin ku dekat denganmu
Makin  hilang rindu ku
Kini telah tiada lagi untuk mu
Telah ku campak jauh rindu 


Dek ayat ayat pedih mu jiwaku tersiksa
Yang telah lama kusimpan dihati 
Makin menjadi makin lama
Tapi aku tidak berdaya menghalangnya
Kerana hati ku lagi tidak bernyawa


Dimalam yang gelap lagi sepi
Jiwaku masih  terasa luka 
Hati ku  menangis lagi dan lagi
 Tak tertanggung hati melara 

Hati yang parah kan ku bawa
Parah entahkan bila entahkan sembuh 
Tapi yang pasti nya 
Tidak merinduimu walaupon setelah subuh..


Buat sahabatku....yang masih tak memahami aku

Friday, November 26, 2010

Mencari mimpi-mimpi indah

salam

Sepanjang perjalanan

Meniti kehidupan
Kucari mimpi-mimpi
Tak pernah kutemui
Umpama pengembara
Kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa


Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun kusedari
Ku meniti pelangi
Kerana keindahan

Warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata...
Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram

Mengasyikkan...
Sejenak kubiarkan diri
Melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah

Sia-sia
Seumpama...
Pengembara...
Terpedaya...

Kerana mimpi... hanya mimpi

Wednesday, November 10, 2010

my 1 st.trial- chocolate sponge cake

Hari anaku siti maisara telah selamat sampai dari terangganu , dia pulang bercuti semalam seminggu sempena cuti Raya Haji.  Ni anak ku ni kalau balik mesti memerap kat dalam bilik apa lagi dia on9 laa tengok movie korea dia tu.


Aku buat kek ni untuk dia dengan anak ku siti noor malis  yang juga pulang bercuti setelah tamat peperiksaan PMR.  Aku mencuba pertama kali kek ni.. alhamdulliah menjadi pulak... aku gembira sungguh rasa macam kek kat kedai ....

Sunday, November 7, 2010

Metabolisme aku dah menurun


Gambar ni aku ambik lepas habis sessi aerobik.. pada tahun lepas masa tu berat badan 68kg sekarang dah 62.5 kg... perghhhh... aku gembira sekali... bukan senang nak maintain berat badan ni kena jaga makan jugak. sekarang ukuran badan 34-32-35..  ok ke




Ramai orang sangka metaboisme mereka menurun sebaik usia mereka meningkat.Memang benar sama sakali. Metabiolisme  memang makin pelahan apabila kita  semakin berusia. Metabolisme  menjadi perlahan bukan kita semakin tua tetapi kerana kita berhenti daripada bergerak aktif. Metabolisme berkerja kerana dua perkara iaitu genatik dan massa otot...

 Dengan itu lah Aku bersenam  3 kali dalam seminggu. walaupon siang aku sibok berkerja dari pukul 8 hingga pukul 6 dan seawal jam 5 aku dah bangun untuk menghantar anak anak ku ke rumah mak .tetapi aku tetap mencuri masa selama di sebelah malam dari jam 8.30 mlm hingga pukul 9.30 pergi bersenam di studio AIA Fitness di Senawang.


Oleh itu jomlah  kita bersenam walaupon usia telah meningkat kerana itu jauh lebih baik daripada kita tidak buat apa apa..

Service kereta myvi Nck 8292

salam

khamis aku dah mula bercuti sepena hari Deepavali,, aku terpaksa menghantar kereta myvi  untuk servise sebab meter dah 1000 m.. mesti buat service pertama, jadi  disebelah pagi banyak hal nak buat. Aku  pergi disebelah petang ke Perodua service center   Rasah.  Sampai disana jam 2.30 petang aku terus  berjumpa dengan Service Advisor, namun terdapat banyak kereta yang sudah ‘que’ untuk diservis. Service Advisor pun menyarankan agar aku  datang semula pada sebelah petang sebab  ada 2 kereta lagi yang belum di service dan kereta akan siap  hanya jam 5 petang sahaja. Aku mengambil keputusan untuk pulang kerumah sahaja dari aku menunggu lama disana baik aku balik kerumah dahulu boleh aku tido tido kejap. 
Lebih kurang jam 5.00 aku dapat panggilan dari service advisor, mengatakan bahawa kereta dah siap dan boleh diambil dan aku rasa  lain kali kena buat temujanji  dahulu lagi senang laa


..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...