Thursday, October 28, 2010

kelas chese kek

salam

Anak anak ku memang suka sangat makan chesse kek ni,,, pernah buat laa tengok resepi,,, nampak macam senang. tapi hasilnya tak mengembirakan. Bukan chesse kat jadinya ... kueh bingka !!!!
Aku malas nak buat lagi sebab bukan murah bahan bahan nak buat kek ni.
Dengan itu aku mengambil keputusan dan aku fikir, kena belajar jugalah... akhirnya aku ke Anaz Bakery yang terletak di Bt. Cave. pada 17/10/10 .  Pagi tu lewat sampai sebab sesat tak jumpa tempat, nasib baik mood laki aku baik masa tu kalau tidak mungkin dia suruh aku balik aja sebab pening berpusing pusing tak jumpa.((( terima kasih suami ku)) kerana dia selalu support apa yang aku nak buat.
Kelas tu bermula jam 10.00 pagi hingga jam 5.oo ptg..  banyak feadah feadah dan teknik yang aku perolehi.. walaupon lokasi nya jauh dari tempat tinggal aku dan yuran pon tak lah mahal sangat..
tapi aku mendapat satu kepuasan yang tak terhingga.hingga boleh menjilat jari. Lepas ni aku boleh buat sendiri kek chesse untuk anak anak ku.( nak lawan adikipar aku yang sangat teror buat kek-kek ni)  insyallah.... semua ni untuk keluarga ku..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...