Sunday, October 31, 2010

salam


Hari ni hari minggu , aku malas sungguh nak keluar..tapi  ada mood yang baik  untuk aku membuat span kek dan Brownies chesse kek yang aku belajar hari itu.


Hasilnya boleh tahan sedap dan tak sempat nak simpan dah habis anak  kembar ku suka sangat.

Thursday, October 28, 2010

kelas chese kek

salam

Anak anak ku memang suka sangat makan chesse kek ni,,, pernah buat laa tengok resepi,,, nampak macam senang. tapi hasilnya tak mengembirakan. Bukan chesse kat jadinya ... kueh bingka !!!!
Aku malas nak buat lagi sebab bukan murah bahan bahan nak buat kek ni.
Dengan itu aku mengambil keputusan dan aku fikir, kena belajar jugalah... akhirnya aku ke Anaz Bakery yang terletak di Bt. Cave. pada 17/10/10 .  Pagi tu lewat sampai sebab sesat tak jumpa tempat, nasib baik mood laki aku baik masa tu kalau tidak mungkin dia suruh aku balik aja sebab pening berpusing pusing tak jumpa.((( terima kasih suami ku)) kerana dia selalu support apa yang aku nak buat.
Kelas tu bermula jam 10.00 pagi hingga jam 5.oo ptg..  banyak feadah feadah dan teknik yang aku perolehi.. walaupon lokasi nya jauh dari tempat tinggal aku dan yuran pon tak lah mahal sangat..
tapi aku mendapat satu kepuasan yang tak terhingga.hingga boleh menjilat jari. Lepas ni aku boleh buat sendiri kek chesse untuk anak anak ku.( nak lawan adikipar aku yang sangat teror buat kek-kek ni)  insyallah.... semua ni untuk keluarga ku..

Friday, October 22, 2010

ORANG KATA BIAR BERKAWAN RAMAI... BETUL KE???/

salam

Kata orang, berkawan tidak perlu ramai asalkan yang ada berkualiti. bertuahlah badan jika kita mendapat teman yang benar-benar baik dan memahami anda. Namun jika nasib tidak  selalu menyebelahi kita , kita juga  mungkin mendapat kawan yang tidak jujur.  Untuk mengelakkan kita berasa kecewa dengan kerenah teman  yang  begini, ada baiknya kita  berkawan ramai ramai.  tidak salah asalkan layanan kita itu kepada semuanya sama rata dan kita  tidaklah  terlalu taksub dengan persahabatan itu.  Cara ini juga dapat mengelakkan daripada  merasa terlalu tertakan jika ada teman kita  yang menikam dari belakang. 

Thursday, October 21, 2010

Myv 9282

salam

Myvi 9282,,  3 bulan penantian, akhirnyer tiba dengan selamat nye  pada petang 6.00 hari selasa 19/10..  Dah 2 hari aku mengerjakan kereta  itu... tuan empunya kereta tu anak ku sida... esok mlm dia balik nak ambik kereta tu..  dia sabar nak menge' test'  kereta baru dia.... warna pink lagi... sementara tuan kereta ni tak muncul lagi aku membelasah laa...

Tuesday, October 19, 2010

Sarapan awal???

salam

ingin tahu cara mudah untuk mengekalkan berat badan? ( selepas berhempas pulas menurunkannya?. makanlan sarapan pagi seawal mungkin dan jangan sesekali meninggalkannya. Metabolisme akan turun ketika anda tidur dan ia kembali meningkat apabila berlakunya proses penghadaman. Oleh itu, hanya sarapan pagi yang boleh membantu tubuh membakar lebih kalori.

Thursday, October 14, 2010

Writer: Add photos and videos to tell your story - Add photos and videos to your blog post in Writer

Writer: Add photos and videos to tell your story - Add photos and videos to your blog post in Writer

salam

lama update ni, aku tengah bx giler sudahkan prepared data untuk tax t114..
sakit kepala aku dibuat nyer.. nak makan pon tak sempat.. date line esok pulak tu..

hari ku gembira sebab anak ku balik dari asrama setelah tamat peperiksaan PMR... mesti dia suka
sangat dapat balik walaupon hanya sekejap..

Thursday, October 7, 2010

PMR pula

salam
Selesai aja UPSR , PMR pula.. anak ku siti noor malis sedang menduduki peperiksaan ini.. risau jugak.. Setiap pagi jam 5 pagi dia akan menalipon aku dari asrama nya meminta supaya aku mendoakanya  dan sebelah petang dia akan menelipon untuk memberitahu  samaada dia boleh buat atau tidak. senang atau tidak soalan soalan peperiksaan itu. Nampak nya dia berusaha keras untuk peperiksaan ini bagi mengulangi kejayaannye pada  3 tahun lepas dimana dia mendapat 5 A didalam UPSR. Peperiksaan ini akan berakhir pada hari isnin minggu depan  dan dia akan pulang untuk bercuti selama seminggu
' mak doakan kejayaan mu  wahai anak anak ku.'

Friday, October 1, 2010

Pc buat hal

salam dan selamat pagi,


Hari ni aku hantar pc office dan notebook ku  ke IS dept untuk repair/ refomat   sebab dah mula slow mungkin disebabkan serangan dari virus tu yang ku bawa dari pc rumah... ini laa masalah kalau guna pendriver. senang dijangkiti . Polisi ditempat kerja tidak boleh guna pendrive tapi aku guna jugak.. hehehh
Biasanya  awal bulan banyak benda nak buat dan  nasib baik juga ada pc spare.. dapat menyelamatkan keadaan yang kelam kabut ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...