Friday, June 25, 2010

cuti tapi mcm tak cuti....

salam pada yang sudi singgah...

Pagi dah masuk 3 hari hujan turun dengan lebat nyer.... adey malas pulak nak pergi kerja... tapi semalam aku dah plan mcm nak cuti je ari ni... so aku pon call member ofis kata aku ada hal nak settle  tak masuk ofis.. dan call aton supaya driver aku tak yah datang jemput kat rumah.
Sebenarnya aku nak renew road tax kete aku yang nak luput tarikh pada 28 june ni... aku ajak husben aku cuti sekali teman kan dia pergi pejabat pos dan Kurnia insurance .. lepas je anta anak ke sekolah ,,, apa lagi sambung tido laa zzzzzzzzzzz.... sebab hujan tak berhenti lagi.... mmmm best sungguh......


Selepas renew insurance aku ke Pejabat pos untuk road tax... tapi sayang nyer tak dapat buat kerana aku terpaksa pergi ke JpJ.. aku dah agak ni mesti ada saman yang tak settle lagi ni.... hari ni hari jumaat , hanya satu kaunter sahaja yang bukak  tetapi tak ramai orang kat sana... menurut akak di kaunter tersebut aku  kena settle saman dahulu baru boleh renew road tax... aduiiiiiiiii haiiii... duit lagi tu... mesti RM 300... . mesti saman ekor ni.... di H'way Bangi...


Pergi ke Balai Polis Seremban 2, tetapi malang sekali menurut polis yang  bertugas ,,, kaunter pembayaran hanya buka pada pukul 3.oo petang.... hampessssssssss betul laaaa... . aku balik ambik anak aku dahulu.. dan pergi makan tengahari di rumah mak... heheheh.. makan freee ...best   menu mak masak...


Pergi balik dari balai Polis dan Ke JPJ.. pukul 4.30 baru settle ... macam tak cuti je hari ni....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...