Wednesday, June 30, 2010

Busy tapi sempat jugak....


Hari ini ari ke tiga dan  dan hujung bulan... mcm biasa aku membusy kan diri ku dengan keje keje kat ofis ni.. nak month end.. banyak yang nak buat ... close semua acc....banyak entry nak buat.... tapi tiba tiba je aku ada mood lak nak n3 kat sini,,,  Semenjak hari isnin  mood aku dah kembali normal dan aku rasa semangat sekali bekerja dan rasa happy pulak ... 3 minggu lepas  emosi aku tak menentu....sering terganggu dek perkara perkara yang menyakitkan hati.. baik di ofis mahu pon  dirumah sama sahaja....
Tapi aku malas nak fikir benda benda  yang dah lepas....walaupun sakit hati masih terasa, aku cuba melupakan nyer tapi tak mampu  sebab aku insan biasa....

Friday, June 25, 2010

cuti tapi mcm tak cuti....

salam pada yang sudi singgah...

Pagi dah masuk 3 hari hujan turun dengan lebat nyer.... adey malas pulak nak pergi kerja... tapi semalam aku dah plan mcm nak cuti je ari ni... so aku pon call member ofis kata aku ada hal nak settle  tak masuk ofis.. dan call aton supaya driver aku tak yah datang jemput kat rumah.
Sebenarnya aku nak renew road tax kete aku yang nak luput tarikh pada 28 june ni... aku ajak husben aku cuti sekali teman kan dia pergi pejabat pos dan Kurnia insurance .. lepas je anta anak ke sekolah ,,, apa lagi sambung tido laa zzzzzzzzzzz.... sebab hujan tak berhenti lagi.... mmmm best sungguh......


Selepas renew insurance aku ke Pejabat pos untuk road tax... tapi sayang nyer tak dapat buat kerana aku terpaksa pergi ke JpJ.. aku dah agak ni mesti ada saman yang tak settle lagi ni.... hari ni hari jumaat , hanya satu kaunter sahaja yang bukak  tetapi tak ramai orang kat sana... menurut akak di kaunter tersebut aku  kena settle saman dahulu baru boleh renew road tax... aduiiiiiiiii haiiii... duit lagi tu... mesti RM 300... . mesti saman ekor ni.... di H'way Bangi...


Pergi ke Balai Polis Seremban 2, tetapi malang sekali menurut polis yang  bertugas ,,, kaunter pembayaran hanya buka pada pukul 3.oo petang.... hampessssssssss betul laaaa... . aku balik ambik anak aku dahulu.. dan pergi makan tengahari di rumah mak... heheheh.. makan freee ...best   menu mak masak...


Pergi balik dari balai Polis dan Ke JPJ.. pukul 4.30 baru settle ... macam tak cuti je hari ni....

Monday, June 21, 2010

Gelap dah terang...

salam pada yang sudi singgah...

Pagi ni sekolah dah mula... anak anak ku senang je bangun pagi ni,,, mungkin tak sabar nak jumpa kawan kawan mereka kat sekolah.... haja dan syah pakai baju sekolah baru hari ini.. mesti dia bersemangat nak kesekolah .... macam aku dulu jugak laa...

Hari ini, suasana kat opis tenang sekali sebab  bos balik jepun,, dan 2 orang lagi masih bercuti..... elok laa tu.. tak datang terus pon bagus jugak... aman sikit..

Aku pon semangat jugak nak bekerja hari ini... aku tak nak kenang benda yang lepas walaupon sukar untuk melupakan nyer... tapi tak apa,,, aku akan terus kan juga hari hari aku disini...

Sunday, June 20, 2010

cuti sekolah tamat...

salam pada yang sudi singgah...

Lama tak n3 semenjak hari rabu minggu lepas ,,, aku ambik cuti 3 hari.. sebab  nak bersama sama anak anak . Pada hari kamis aku bersama sama keluarga ke Pd  selama 3 hari  2 malam..



Hari ni anak  siti dalam perjalanan pulang ke asrama nyer di MRSM Pengkalan ulu dan kakak nyer sida juga  dalam perjalanan ke Johor Baharu.. sebab esok hari pertama penggal kedua persekolahan bermula.

esok aku pon akan masuk ofis... boring boring boringgggggggggggggg... mcm nak sambung cuti lagi rasa nyer...





Monday, June 14, 2010

pedihnyer

salam pada yang sudi singgah...

Jarang sekali aku n3,, waktu waktu begini,,, tapi hanya  disini dapat ku curuhkan  isi hati  yang tak tertahan  semenjak pulang dari keja.  Aku rasa keciwa , marah dan sedeh sekali diatas apa yang belaku pada diriku.. kenapa, kenapa ,, kenapa.. aku tak mengerti... apa yang harus ku lakukan.... untuk  meneruskan perjalanan hari hari ku ini.. setelah apa yang berlaku diantara kita. tapi aku harus menerima nyer dengan hati yang terbuka.walaupun dalam keadaan terpaksa dan ini juga ketentuan dari nyer.. kita merancang tapi dia yang menentukan perjalanan kita ni... mesti ada  hikmah tersembunyi disebelah nyer... aku faham sekarang ni....
Tetapi amat sukar untuk aku menerima alasan   yang bodoh dan lucu itu... aku bukan nyer anak kecil yang boleh di pujuk dengan manisan dan rayuan.. Hati ku keras seperti batu kerikil , walaupon   ia panas atau pon sejuk ia tak akan berubah... tidak akan.... 
biar apa sekali pon  ia telah berlaku.. dan  telah menjadi sejarah ... akan ku kenang walaupon ia pahit untuk ditelan...

isnin yang membosan kan..

salam pada yang sudi singgah...

isnin... semua orang kalau datang kerja pada hari isnin... air muka tak ada laa yang manis manis.. gembira ke...
yang masuk ofis ada yang kelihatan letih laa,, tak happy pon ada,,
termasuk laa diri sendiri ni.... mcm tak da wawasan langsung datang kerja semata mata nak ambik gaji je hujung bulan...mcm terpaksa bekerja...

aku dah kerja kat sini dah hampir 18 tahun.. dah tahap bosan dah... nak berhenti kerja takut bosan pulak duduk kat rumah...tapi belum cuba belum tahu lagi.... harus tu... nanti aku fikirkan ....

sebenarnya fikiran aku ni ada terganggu sikit dek perangai orang,,, tapi aku dah malas nak fikirkan ... biar laa apa nak belaku ... aku harus tempoh saat saat itu. .. bukan rezeki aku agaknyer... mungkin lain kali...

Saturday, June 12, 2010

Thursday, June 10, 2010

kawan kerja dan kawan baik.... ada beza

salam pada yang sudi singgah...

semalam aku tak masuk kerja... sebab diserangi penyakit malas lagi.... tapi ari ni aku terpaksa keja..
nak habiskan semua kerja kerja kalau boleh sebelum aku pergi bercuti panjang minggu depan... insyaallah
kalau tak ada aral melintang. pukang aku akan sampai ..

Hari ni aku datang dengan niat yang satu... perubahan pada  pergaulan  diantara teman dept aku ni... cakap jika perlu sahaja  hal hal kerja sahaja... tak nak terlalu mesra alam sangat   dengan diorang ni... tak nak bagi muka lagi... nanti sampai  tak boleh nak nilai kebaikan orang lain.... biar diaorang tahu sapa aku yang sebenar benar nyer.....
aku dah berubah...
mungkin mereka tak leh terima... tapi apa boleh buat... ini yang terbaik untuk mereka ni ....   situasi lama jangan di kenang.... keadaan itu tak kan berulang lagi.... kerja dari 8 pagi hingga 6 ptag....  dan kita hanya kawan sekerja sahaja bukan  kawan baik. dan hujung bulan ambik gaji sahaja
 (( ayat yang ko pinjam dari mereka juga))... 
ada berbezaan ayat itu.... so ... ini laa dia.... aku..


Sahabat Blog @ Kelab Blogger

salam pada yang sudi singgah...

sebenarnye aku dah lama nak join kelab ni,,
Percubaan pertama gagal ni percubaan kali kedua 
setelah dapat feedback dari Mr. Ben.
terima kasih.
Dengan ada nyer Kelab Mr.Ben  yang menawarkan segmen  preview blog orang lain
boleh menambahkan lagi visitor di blog aku ni.
semoga ia berlaku...

sebenarnye aku hanya suka suka sahaja dalam arena blogger ni.
bukan pandai sangat nak menulis,,,
tapi
aku cuma ada hati 
familyku, orang tuaku,
serta
sahabat sahabat ku. 
yang akan ku
mencurahkanye  di sini...
dan

aku sedia berkongsi bersama sama mu...

aku mengharapkan sesuatu 
dari kelab ini....
kawan kawan baru
info info yang terkini 
dan
pandangan pandangan yang membina....


ni logo Kelab Blogger Ben Ashaari,


Wednesday, June 9, 2010

Hatiku yang terluka lagi..

salam pada yang sudi singgah...


kadang kadang kita sering mengikut rasa
mengikut perasaan..
dan sering kita terluka.. diantara  persahabatan..
amat sukar mecari sahabat yang memahami
perasaan seorang sahabat 
yang ingin kan ikhlasan 
dan
kejujuran

ku sangka ko telah mengenali diri ku..
walaupon kita sering bersama...
setiap waktu 
tapi sayangnyer hanya aku sahaja
yang merasakan nyer...
dan
tidak dihati mu...

Bagaimana kah harus ku lalui
saat saat tu nanti...
yang telah lama kita rancangkan
akan ku bawa hati ni
agar tidak disakiti lagi

sahabat ku,,
mengapa harus ni terjadi diantara kita
akan berakhirkah
bersahabatan kita ini.

Akan musahkah
kepercayaan kita yang kita
bina selama ini... tapi ia
telah ada satu jawapan di 
dalam hati ku...



Sunday, June 6, 2010

mandi manda and kenduri kendara

salam pada yang sudi singgah...

Biasanyer cuti sekolah ,, ramai  pasangan akan menaiki jinjang pelamin mengakhiri zaman bujang. so  masa ni kita berpeluang makan nasi minyak sampai tak termakan. Dapur pon tak berasap le.  Kadang kadang tu satu hari sampai 2 tiga rumah.. nak pergi.. Hari ni aku membawa mak dan ayah ke Kg. Temiang rumah lama kami dulu dan 2 buah rumah berdekatan   rumah mak. Minggu depan ada lagi tu......  



Semalam sabtu dan Ahad aku membawa  anak anak ku mandi dan berenang di k0lam Renang di Paroi... gembira mereka dapat bersama sama adik beradik semasa cuti sekolah. Musim cuti sekolah mereka dapat bersama sama..


Saturday, June 5, 2010

...tomorrow will be free



salam pada yang sudi singgah...

aku  mendengar lagu ni sangat sayu sekali..  lirik nyer..  untuk rakyat pelastin.. yang sedang berjuangkan nasib mereka  di bumi sendiri.. Yang paling sedih nyer  anak anak yang menjadi korban dan  nasib mereka yang menjadi anak yatim piatu.. sampai bila? kita hanya mampu berdoa sahaja..

Friday, June 4, 2010

cUti SeKolah BerMula......Pening Peningggg..


salam pada yang sudi singgah...

Hari ni hari terakhir minggu persekolahann,, anak anakku akan balik dari asrama,,,  Siti Noor Malis balik dari  MRSM Perak dan ayah nyer akan menjemput dia di jalan Duta.  Anak  sulung mengajar di Convent JB.. pon akan sampai malam ni.. semoga mereka selamat sampai. Doa dari ku.
Anak kedua Dari Terengganu   telah berada di rumah  selama 3 bulan kerana beliau sedang membuat Latihan Industrial tahun kedua... Riuh Rendah suasana keadaan rumah ku... Kakak yang sulung akan mengantikan aku bila aku keluar bekerja, memasak  dan berkemas pula anak yang ke dua dengan ketiga... masa ini meraka akan bergaduh sesama sendiri,,,   yang sulung dengan kedua, yang ke tiga dengan anak lelaki... si kembar bergaduh sesama sendiri... anak anak kalau dah berkumpul mesti ada yang tak kena... kalau berjauhan terasa rindu nyer. diantara satu sama lain..
kebiasaan nye kalau hari cuti , aku akan memasak dari pagi hingga ke malam.. masa ni laa aku akan memasak berbagai bagai jenis menu yang akan ku copy paste dari blog teman teman ku...
Cuti sekolah hanya 2 minggu sahaja... dan  berakhir pada 21 June

Thursday, June 3, 2010

Seronoknyer dapat Berenang .

Se
salam pada yang sudi singgah...


Dah lama dah teringin nak belajar berenang,,, sebelum ni  aku banyak habiskan masa di Gym dan buat arobik bersama sama kawan lepas waktu kerja... setelah aku selesai kan hal  anak anak dan rumah tanggaku.. aku pergi ke Gym . Sekarang ni aku terlibat dengan aktiviti terbaru berenang. Kebetulan kak aton dah tak boleh ber eraobik disebabkan di mengalami sakit tulang belakang... so dia ke acara berenang pulak.. Dia dah ada skill berenang .. jadi dengan pengalaman yang ada, kak aton berkongsi bersama.. jadi pada hari sabtu dan ahad  kak aton mengajar aku dan yang lain lain di kolang Renang di Paroi...
Tak boleh nak gambarkan pengalaman belajar berenang ni... mula mula belajar teknik pernafasan didalam air. Aku rasa aku teror sikit  dari kawan kawan yang lain sebab satu hari belajar dah dapat.. hari kedua aku dah boleh berenang sendiri dengan teknik kuak katak dan kuak bebas... perghhhhhhh.... best sungguh tak leh nak gambarkan..  hilang segala tension bila kita dapat berenang didalam air.....
Sekarang ni aku tengah cari swimming suit yang sesuai dan selesa dipakai...

aku hanya suka suka....

salam pada yang sudi singgah...

Pagi ni aku sungguh terkejut sebab ada message kat blog aku,,, iaitu dari teman yang kerap kali juga aku mengikuti blog beliau yang menulis mengenai politik semasa.Sebenarnyer aku minat jugak politik kat Malaysia ni yang pelik pelik terutama nyer kaum aku sendiri..  Aku bukan lah seorang yang pandai nak berblogging ni... rasa macam sampah laa pulak blog aku ni... dan  aku tak pandai menulis dan gaya penulisan aku ni mcm budak tadika je aku rasa dan dengan itu aku selalu gak buat lawatan ke blog blog lain... untuk mencari ilmu  kata orang sambil menyelam minum air... tapi beragak  jugak minum air tu... tak semua nyer  aku telan.. hehh...sebab aku bukan laa seorang penulis apa lagi berpuisi..
Baru baru ni aku ke blog teman ku jugak yang ku panggil kakak... dia ni berjiwa halus  dan sentimential orang nyer.. blog nyer penuh dengan kata kata puisi dan bermakna sekali... aku tinggal kan jejak ku semalam di blog nyer... aku sungguh teruja dengan kata kata puisi  yang menyentuh  jiwa dan perasaan ku... 
wahai kakak ku aku merindui keceriaan kita seketika dahulu .....

Wednesday, June 2, 2010

Jahanam Israel.... kutukan dari ku.....

salam pada yang sudi singgah...


Lama tak N3,, sebab tak ada mood... fikiran ku kacau bilau... masalah perasaan yang tak menentu.. tak leh nak kontrol....  sebab keadaan keliling kat opis ni kurang menyenangkan hati ku... walaupon sekarang ni tengah bz closing month end...  aku terpaksa mengawal emosi  ku ni... kan kalau aku meletupzzz kan sebulan meninggalkan kesan yang mendalam kan diorang ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...