Saturday, May 29, 2010

SHOPPING NUTRIMETICS

salam pada yang sudi singgah...


semalam aku ke nutrimetics skin care shop... apa lagi aku shopping sakan laa .. aku tukar product dari skin care ke brighten ... yang lebih sesuai untuk wanita yang matang... mcm aku... mahal giler Rm300++ satu set. dan set mandian 50++... tapi aku dah lama idam kan set penjagaan muka yang terbaru dari nutrimetics... tak boleh tahan. dan ingin memiliki nya..Dengan tidak membuang masa, semalam jugak aku sambar mcm petir  set ni. Yang bagus nya  set ni boleh tahan 8 bulan  hingga setahun.. tu yang best nyer ...  berbaloi baloi ...

Thursday, May 27, 2010

Minggu Audit..

salam pada yang sudi singgah...


Minggu ni dept aku sibok disebabkan T114 dah berakhir sekarang ni dah masuk T115.. so  year account closing.. auditor dari kpmg datang.. nak buat audit.... apa lagi akitiviti tahunan ,,, masa ni laa dept aku banyak segala file - file  dan segala dokument akan di keluarkan... pening aku. ni .. tapi diorang ni sporting ,, nak dokument cari sendiri laa...  dah punggah semua . kan  susun balik.... tak kuasa acik ....

Wednesday, May 26, 2010

Kenaikan Gaji..tahun 2010



salam pada yang sudi singgah...

semalam semua staff  kat sini dapat pay slip... tak sabar sabar nak tengok kenaikan gaji berapa... mcm biasa kawan kawan semua teruja nak tengok dapat berapa % increment,. aku macam biasa,, tak kisah pon.. dan ada yang tak puas hati.. ada yang dapat promotion pon tak puas ati,, ( dapat sikit kot heheheh)) .. tapi aku masih ingat 2 tahun lepas, biasa nyer orang dapat promotion bulan 4 atau 5 .. tapi aku promotion bulan 10 .. masa tu tak ramai yang dapat... apa lagi aku dapat lumayan laa sikit berbaloi baloi...alhamdulliah
kalau promotion bulan 4/5 masa ni ramai, jadi diorang dapat tak lumayan laa sikit sebab ramai kan.... apa apa pon kita kena bersyukur pada reziki yang allah janji kan.. sikit ke banyak ke .. itu semua yang telah allah janji kan pada kita untuk tahun ni....






so mcm biasa kawan aku ni tiap tiap tahun dia tak puas hati dengan increment dia, banyak ke sikit ke.. merunggut tetap merunggut... dan yang seorang ni pulak asyik mimpikan kenaikan pangkat setiap tahun.... tapi .... hempesss sebab aku rasa  pangkat tu penting bagi dia.. untuk nak bezakan status dia dengan kita orang kat opis ni... hehhehe,, gila pangkat...( keje mcm bagus bagus... tapi boss tak nampak ))

Tuesday, May 25, 2010

chesse Tat

salam pada yang sudi singgah...


Sebenarnya aku suka makan chesse tat ni,,, dah lama nak try buat tapi tak kesempatan.. first time buat sungguh teruja.. dan anak pon sibok nak menolong nyer/.. dah siap tak sempat  nak hidang dah habis... 

bahan A:-
200gm butter
100gm gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

bahan B:-
1 biji telur

bahan C:-
420gm tepung
1 sudu besar susu tepung

putar A hingga lembut. tambahkan B n putar lagi hingga gebu.
masukkan C n gaul sebati. tekan dalam acuan tart , cucuk2 permukaan ngan garfu n bakar pada 190'c selama 15min.

filling:-
bahan A:-
250gm cream cheese
50gm gula
25gm butter

bahan B:-
1 biji telur

bahan C:-
25gm whipping cream

bahan D:-
20gm tepung

blueberry filling

Pukul A hingga licin n gebu. masukkan B n pukul sebati. tambah C n pukul sebati. masukkan D n campur rata. tuang dalam kulit pastry tadi, letak sedikit blueberry filling n bentuk corak sedikit. bakar pada 200'c selama 10-12min.

SELAMAT PAGI....


Salam pada yang sudi singgah...

Hari ni aku nak coretkan perasaan ku  disini untuk n3 kali ni...
Pagi aku terlewat sikit naik kat opis,,,  letih rasa dan cuaca sedikit panas...
staff kat dept aku semua nyer ok belaka,, pagi tak ada yang bad mood.... nancy sihat sahaja nampaknyer sebab semalam dia tak datang keje... mc...
hari ni aku nak sudahkan keje  keje sebelum month end.... dan berharap mood aku baik ari ni.... tak da  perkara  yang menyakitkan hati.... kan satu badan angin ..... adeyyyy....


Sunday, May 23, 2010

MARBLE CHEESE CAKE LAGI

salam pada yang sudi singgah...




250gm cream cheese
50gm gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

pukul cheese n gula hingga ringan. masukkan telur n esen vanilla , pukul lagi hingga reta.

150gm butter
135gm gula
1/8 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
120gm tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar susu segar

panaskan oven pada 175'c n griskan loyang.
ayak tepung, baking powder n serbuk koko. ketepikan.
pukul butter, garam, esen vanilla n gula hingga ringan. masukkan telur satu persatu n pukul lagi. masukkan campuran tepung tadi pada kelajuan rendah bersama susu segar hingga rata.
masukkan separuh bahagian chocolate kedalam loyang, kemudian tuang bahagian cheese n tutup dengan separuh lagi bahagian chocolate. bakar 45 min atau hingga masak.

Shahir juara AF8

 
salam pada yang sudi singgah...


AF 8 dah habis semalam... walaupon aku tak minat nak tengok  dari awal... semalam sebab final aku tengok jugak laa... belum ni tahun tahun lepas tengok jugak ... aku subb astro pon pada tu zaman mawi... ..
sebenarnyer lately ni aku tak da masa nak tengok Tv. sebab tak da masa ..
semalam tengok shahir ni perform best juga... patut laa anak aku sida minat sangat kat dia... mmmm.. lirik nyer tangkap sayuuuu tu


Kebahagiaan Dalam perpisahan
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti
 Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
(ulang chorus)Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Saturday, May 22, 2010

Melawat teman yang sakit

salam pada yang sudi singgah...


Hari pergi kelinik abdullah dengan intan... ambik suntikan.. vitamen c.... lama tak pergi ke kelinik Abdulllah.. dia nampak nyer dah uzur.. mungkin umur nyer sebaya ayah ku... tetapi aku diberitahu bahawa beliau juga tidak berapa sihat dan mengidap penyakit buah pinggang .  Lepas dari itu kami ke rumah ustaza ina, beliau baru saja menjalani operation buang batu dari hempedu.. Beliau nampak nyer sihat sahaja... tetapi menurut beliau.. juga mengalami sakit kaki.. iaitu merasa kebas di tapak kaki.... ( risau jugak kan takut tak leh gerak pulak)..
 kami berdoa agak beliau cepat sihat dan boleh join kelas arobik balik.

Friday, May 21, 2010

lirik lagu yang aku suka......

salam pada yang sudi singgah...


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu

Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh tanpa dirimu

Oh karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh

Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu merantai hati

Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku

Yang memanggil rinduku padamu

Seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang

Tanpa dirimu aku merasa hilang

Dan sepi, dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada

Selalu ada, kau selalu ada

Thursday, May 20, 2010

terkenang kawan sekolah

salam pada yang sudi singgah...

kali ni n3 ku pasal kawan  lama masa sekolah menengah.. pada tahun 81 masa tu aku dalam tingkatan 3.
kitaorang bertiga kawan baik pergi mana mana bersama..intan dan zai.. hingga kesaat kini kami masih berkawan lagi terutama si intan..  si zai tinggal di tampin kerana suami nyer seorang guru ... lama tak jumpa dan telah berjumpa dua tiga bulan lepas.. dia tetap seperti dahulu juga... cuma aku dan intan berisi ... dan saiz badan berubah sikit hehehh.. kini aku dan intan seperti belangkas..

Tuesday, May 4, 2010

Teman Komuniti aicd.






salam
hari ni nak cita pasal teman yang sya kenal dari satu laman cyber.. yang aktif bincang pasal politik semasa ... setelah 6 ke 7 bulan kami berjumpa buat pertama kali... kak yong dan diana tinggal di seremban kerana kesuntukan masa saya tak kesempatan bersua muka cuma kak yong saja itu pon dia singgah kat tempat kerja itu pon masa bulan puasa tahun lepas semasa beliau hendak ke nilai 3....
sri panggilan untuk sri kandi ,,, tinggal di KL... ceria dan manis orang nyer... hehhhehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...