Wednesday, December 29, 2010

Masuri trip_1 ( kawan lama)


Setelah sampai di Jetty kuah , aku menunggu sahabat lama ku seha dah suami nye datang menjemput kami. Pada malam itu , aku bermalam di rumah dia. Kami lama tak berjumpa semenjak 5 tahun aku rasa.  Dah tentu banyak kami bualkan. Beliau dan suami berkerja di Langkawi. Dia sahabat baik aku semasa berkeja di bidang hotel  di Seremban suatu masa dahulu.


Beliau ada 3 anak. 2 perempuan dan seorang lelaki.. ni sikembar dengan anak seha yang kecik.. aku lupa nama nyer.. comey mcm mak dia.

gambar ni aku ambik dari simpanan seha.. gambar masa kami menghadiri makan malam di Hotel Tasik Seremban... anak aku masih ni 2 orang... aku no satu dari kanan dan seha no 3 dari kiri...

Wednesday, December 22, 2010

Mahsuri trip_1


Selalu cuti sekolah anak anak mesti tanya nak kemana bercuti. Tahun ni ada duit lebih yang banyak berlebih. so husben pon ajak pergi langkawi  bercuti. Rancangan awal nak naik flight tetapi tak dapat booking tambang murah so naik kereta sahaja lah. 
 Kebetulan kilang aku cuti pada hari isnin 6/12 dan 7/12 so aku pon terus sambung ke sampai ke 10/12. Pada mula nyer aku risau jugak sebab awal bulan banyak reporting acc nak buat. Setelah pemohonan cuti  ku di luluskan oleh bos. Aku plan  habiskan kerja ku sebelum pergi cuti. Hanya tinggal satu sahaja., "GIT".. aku sup kan kepada ms Lim untuk settel kan  semua nyer.



 Plan asal nak bertolak sebelah malam tetapi hesben nak bertolak pada waktu siang kerana tidak dia tak  berapa pasti jalan lepas pada Alor Star takut sesat tetapi sesat jugak di pekan alor star 20 minit laa cari jalan keluar nak ke kangar.
 Bertolak dari dari rumah pukul 9.30 pagi. Penuh kereta dengan barang barang  dalam kereta.


Kegembiraan  adik beradik  bergurau sepanjang  jalan. seronak nak bercuti.


kami sampai jam 4.30 petang di  Jetty Kuala Perlis.  Tak sabar sabar nak naik feri pada jam 6. petang.



Perjalan feri yang terakhir jam 6. petang, pada masa ni tak ramai penumpang yang nak Langkawi. dan perjalanan mengambil masa  1jam setengah. Anak anak ku terutama sikembar sangat teruja sekali sebab pertama kali naik feri. Kami sampai di jetty kuah jam 7.30 petang. 

Akan disambung ke Mahsuri trip_2.

Homemade Pizza

Aku memang suka memasak apa lagi sekarang musim cuti sekolah anak
anak ku pon memanjang jew lapar. Hari minggu aku akan keluar ke
pasaraya untuk mebeli barang barang makanan untuk anak-anak bila aku keluar kerja mereka
boleh memasak sendiri.

Hari tu aku ke ke kajang beli barang barang untuk buat kek. Aku beli sekali roti pizza,
harga tak lah mahal sangat untuk 5 keping  berharga 5.50 .  Jadi kita hanya letak sos dan bahan bahan
mentah seperti daging, nenas, tomato, mashrom dan lain lain pas tu bakar.
Senang sikit kerja kan . Anak anak pon boleh buah sendiri bila aku tka ada kat rumah.



Malam tadi aku try buat 2 keping..  letak chesse banyak sikit baru sedap anak aku cakap.


Letak tomato sos

Topping
Daging ayam, buah tomoto, nenas, sosej dan cendawan.
Aku belasah jew apa yang ada...




Makan panas panas sedap.. dah lapar kan..

Sunday, December 19, 2010

Mengapa aku merindui dia.

RINDU
Dikau dtg lagi
Menyapa segenap sanubari
Dikala sepi malam mencengkam diri

RINDU
Apakah yg dikau cari.. aku pon tak pasti
Mengapa sering menghimpit hati.
walaupon aku cuba tidak memikirkan nya.

Tidak ku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku
dikala hati ku bergelora resah.

RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu

RINDU
Ku ingin tahu..
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu

RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari
walaupon ku tahu kau hadir
membawa mimpi mimpi hitam


kek Oren and Oreo Chesse Cake


Petang semalam aku nak buat kek oren , tetapi banyak bekalan nak buat kek tu dah habis. so aku ajak anakku pergi kajang kedai bagus bakery untuk beli barang barang buat kek. aku belanja sampai 150 Rm. Sesekali pergi sana aku akan beli barang sekali banyak senang. sebab sekarang musim cuti sekolah
boleh dikata kan dalam seminggu tu akan akan membuat kek 2 atau 3 kali.
Sekarang ni mood memasak . sekali buat 2 biji sekali ..Orea cheese cake dan kek oren.
cuti sekolah  anak anak ada di rumah diaorang ni suka sangat makan kek jadi tak membazir laa buat.



Oreo Chesse Cake




 kek oren 


Kek oren  ni lama tak buat.  Dalam peti ais ada banyak buah oren tak makan makan. jadi dari buat tu rosak baik aku buat kek ni.


Saturday, December 18, 2010

Tanggungjawab


Setiap tahun mula sekolah dengan baju baru, seluar baru, kasut baru, beg baru...
Azam baru? tak laa tu. budak budak ni..

Tahun depan imran anak lelaki ku yang seorang masuk   tingkatan 1, Sikembar naik darjah 3, tahun mereka dapat satu kelas.. alhamdulliah.

Harap-harap tahun 2011 Masehi /1432 Hijriah, lebih baik dari tahun sebelumnya..
Harap anak-anak ku kena belajar bersungguh terutama mohamad Imran,  disiplin dan yang penting jangan tinggal solat..




 Baju Abg Imran.




minggu-minggu terakhir cuti ni, ramai yang mula sibuk membeli belah peralatan sekolah. seorang anak complete set : baju, seluar, kain, tudung, pakaian dalam, kasut, stokin, tali pinggang. Hari ini aku sempat beli pakaian mereka sahaja. seorang  2 pasang.



Baju sikembar Haja & Aisyah

 Alat alat lain seperti
 beg, buku, alat tulis, akan dibeli minggu depan sebab hari sabtu kedai buku tak buka.
 Yuran sekolah, yuran pibg, yuran itu, yuran ini akan dibayar pada hari
pertama persekolahan.  


Penat memberi belah terus singgah  restoran Nasi Arab Damsyik diSenawang. 






Antara ayat-ayat dari emak ku.


"kenapa semua nak di ambil kira? kan itu tanggungjawab ibu bapa?"

"pakai aja yang lama"
"kalau dua pasang seorang?"
"tiap kali tahun baru, semua nak baru"
"beli je kasut sepasang RM10"
"beli yang murah je" 

Wednesday, December 15, 2010

Ku Mohon


Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini

Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu


Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca

Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu

Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Tuesday, December 14, 2010

Sedapnya Laksa


Sejenis makanan yang paling aku dan anak anak makan semasa saya berada di Langkawi .. 2 hari kami makan LAKSA. sampai sakit perut anak lelaki ku... 

Setiap negeri di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa yang disesuaikan mengikut citarasa negeri masing-masing..aku ingat semua nya sama tetapi rupa nyer rasa nyer ada sikit lain setiap negeri.

Tapikan...errr..perkataan 'laksa' itu sebenarnya berasal daripada bahasa Cantonise bermaksud spicy dan dalam bahasa Hokkien ia bermaksud dirty berdasarkan rupa fizikalnya..hehe...

Laksa Kedah
Saya suka laksa Kedah..lebih enak dimakan di Kuala Kedah..bezanya dengan laksa Perlis ialah, laksa Kedah ada letak 'nyioq' aka kelapa parut yang digiling. Uishh...sedap giler tuhh... Laksa Perlis pulak sedap dimakan di Kuala Perlis..memang lazat...laksa Perlis istimewanya ialah kuahnya lebih pekat daripada biasa..
 Aku dengar dari kawan kawan, kata mereka  Laksa Perlis guna ikan belut. Aku tak pasti sejauh mana kebenaran  nya . 






Laksa ni aku makan di Baling semasa melawat anak ku di asrama  di pengkalan ulu.. Setiap kali ke sana aku pasti  singgah di pekan Baling untuk makan laksa ni . Harga tak mahal jugak semangkok masih 2.30 RM tetapi rasa   perghhhhhhhhhhhhhh sedappppp.



Ni laksa  aku makan di Langkawi ,  kuah nyer tak laa pekat sangat tetapi rasanya ok jugak. Kami makan di gerai kecik ditepi jalan  semasa nak ke pantai Tanjung Rhu. Harga tak lah mahal, satu keluarga makan hanya 23 RM sahaja termasuk air. ok lah tu kan.. murah..


Laksa ni pulak  aku makan semasa pergi melawat makan mahsuri di langkawi. satu mangkok harga 3.50RM. Bapak mahal tetapi apa kan daya anak aku nak makan jugak kami makan lah satu keluarga termasuk ABC.. tahu berapa harga semua........>>>>>>>>>>. mahal giler siolllll... 43 RM . Sedap tu sedap jugak laa tapi cekik darah punya orang.



Aku belajar buat laksa ni dari ma aku .Memang  tak susah pon buat nyer kalau rajin  tak sama dengan Laksa Kedah tu sebab beza nya letak bunga kantan dan daun pudina ---> Laksa Penang nama nya.  Rasa mmmmmmm sedapppppppppppppp.



Bahan kuah laksa*
1 kg ikan kembung
3-4 ulas asam keping
1/2 labu bawang besar
7-10 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
3-4 cm halia
10-12 sudu makan cili giling
7-10 biji cili padi
1/2 cawan air asam jawa
3 cm belacan
segenggam daun kesum
1 batang bunga kantan
garam secukup rasa

*Bahan ulam laksa*
4-5 biji telur rebus - dibelah dua
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1/2 labu bawang besar - dihiris
5-6 biji cili padi - dihiris
1/2 biji nanas - dihiris
1 batang timun - dihiris memanjang
5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
4-5 helai daun salad - dihiris
sedikit daun pudina
*Bahan opsyenal*
petis udang
Cara-cara

*Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus sampai 'al-dente'...Laksa ditoskan dan diketepikan...
*Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi...
Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga...
Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi dan halia...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk...
Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa...
Masukkan daun kesum dan bunga kantan...
Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P

Kita Ibarat Kapal

Kita punya jalan hidup nan berbeza ibarat


sebuah kapal yang mula meninggalkan pelabuhannya.

Entah apa yang bakal ditemui di tengah perjalanan

nanti tidak mampu diduganya. Entah ribut taufan, lautan yang tenang atau jerung

kelaparan yang ganas mencari mangsanya sedang menanti.

Segala-galanya mungkin terjadi.

Walaupon kapal itu sudah di tengah laut, mana mungkin ia akan berpatah balik. Begitu

juga kita. Mana mungkin kita berpatah balik ke usia remaja atau muda bagi memperbaiki keadaan

........ tidak hairan jika ramai yang gemar berkata 'kalau lah'.

Ingatlah , masa yang berlalu tidak dapat dikembalikan sebaliknya kita harus menempah waktu yang bakal berlalu. Kedukaan dan Kecewaan, tidak bermakna duka itu

akan memjadi milik kita selama-lamanya.

Ke Pekan Siam.




Padang Besar merupakan sebuah bandar sempadan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia terletak di sempadan Wilayah Songkhla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Padang Besar bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar, yang mana bagi penduduk tempatan ia sering merujuk kepada bandar ini sebagai "Pekan Siam".



First time aku kesana lepas dari Pulau aku and family ke Padang Besar. Sampai jam 4.40 petang jadi nak pergi Padang Besar. Aku ingat dakat, rupa nyer jauh juga lebih kurang 54 km dari Kuala Perlis.  Jalan tak berapa nak elok. Kereta tak boleh pandu laju. sampai disana lebih kurang 10 minit nak pukul 6.oo petang.
Husben tersalah masuk laa pulak ke Sempadan Thailand jadi kami singgah kejap di Komplek Bebas cukai.  Kami pusing balik dan pergi ke tempat orang yang singgah shopping barang barang.  Rupanya keadaan kedai kurang elok dan tak berapa bersih dan aku rasa Nilai 3 lagi best. Barang barang  mahal. Tak tahu lah kenapa makcik makcik suka gi Padang Besar ni. Aku rasa sia sia jew pergi sana.. nasib hesben tak hangin.

Mungkin ni kali pertama dan terakhir aku sampai ke sini. Husben  sempat beli tshit kat sana tu.

Kebanyakan kedai tutup jam 7 petang tetapi masih orang ramai lagi.. pening kepala aku dengar orang cakap siam ni. Aku cuma beli  acuan kueh cara dengan harga RM 10 dan beras pulut.

Aku buat kueh cara ni semalam. sebab anak ku yang ke 3 suka makan kueh ni. Daging korban pon ada banyak lagi sebab aku jarang masak ' makcik sibok ok'

  First time try menjadi jugak kueh ni.. sedap. cili merah tak ada aku belasah jew cili api... ambik ko pedas giler... mengamuk anak kembar aku ...


untuk inti :
daging
3 sudu rempah kari daging
3 biji bwg kecil / 1 ulas bwg putih
garam/gula secukup rasa
karot potong dadu kecil ~ sengaja akak bubuh

untuk adunan tepung :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan then campur 1 cawan air
sebiji telur
garam, serbuk kunyit
Cara memasaknya:

untuk inti:
tumis bawang dan serbuk kari hingga naik bau.
masukkan daging dan masak hingga empuk
masukkan karot, garam/gula ~ kacau hingga agak kering..

seterusnya:
masukkan tepung, telur, garam dan serbuk kunyit dalam bekas ~ gaul rata
masukkan air santan tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan tepung tidak bergentel...
panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak atasnya supaya tak melekat.
masukkan adunan tepung tadi ~ sekadar 3/4 penuh
masukkan inti daging, taburkan bawang goreng, hiaskan dengan cili dan daun sup

Sunday, December 12, 2010

Pulang ke Dearah ku




Setelah bercuti lima hari bersama dengan semua ahli keluarga ku.. aku pulang ke daerahku. Bertolak awal pagi dan sampai lewat malam. Perjalanan yang panjang, memenatkan tetapi anak anak sungguh gembira sepanjang jalan.  Rasa  bahagia melihat anak anak semua ceria. Sepanjang jalan bergurau senda , usik mengusik sesama mereka. Akan menjadi kenangan yang sangat berharga pada diriku.

Saturday, December 11, 2010

Keindahan yang ku miliki walaupon sesaat.






Kejap lagi aku akan meninggalkan dearah ini..banyak kenangan  yang tak dapat kulupakan kerana disaat ini kebahagian bersama mu , ku rasa sungguh bahagia sekali. Rasa nya berat kaki ku melangkah pergi  tetapi apakan daya aku harus pulang.

Thursday, December 9, 2010

Suka Hati aku lah...

l


salam pada yang sudi  singgah ke sini.. aku letak pic ni semalam tapi tak sempat nak bercerita. Di sini  line internat terlalu slow  tu yang membuat aku boring nak teruskan .   Nanti aku sambung lagi... tak idea

Tuesday, December 7, 2010

Hari ini



Hari ni aku cuti dah mula bercuti.. kerana nak habis cuti tahun. Aku pergi awal ke Gym, dan tak ramai yang datang sebab cuti sekolah ramai yang ambik kesempatan balik kampung.

Saturday, December 4, 2010

Hari Jadi sahabat ku








Semalam selesai sahaja sessi arobik kitaorang gi makan stemboat yang berdekatan . Rasa seronok dapat makan bersama sama sahabat ku Jaya, Intan, Affa dan Illa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...