Monday, December 28, 2009

Marble chocolate cheese cake








setelah cuti 4 ari ,,, hari pergi keje dengan harapan nak selesaikan semua keje keje sebab nak closing ...tapi sempai je kat tempat kerja kepala ku pening,, kene margin lagi laa... terus gi surau nak rehat dulu sebelum mula keje jam 8..tapi pening ku tak reda jugak... bertembah teruk lagi aku muntah muntah mcm orang mengandung pulak... so aku mengambil keputusan untuk balik saja sebab tak boleh tahan...
sampai je seremban aku terus gi kelinik tapi ari ni isnin ramai pulak pesakit jadi aku tak boleh tahan tunggu kat situ aku balik dulu untuk tidor... kol 11.30 aku balik semula ke kelinik tu...
aku diteman oleh anak lelaki ku imran.. lepas gi kelinik aku singgah ke rumah mak...
petang boring pulak aku mengambil keputusan untuk mencuba reseipi dari ni dari madiha... kek marbel chocolate cheese sedap nye fist time buat menjadi pulak.... tak sempat simpan esok dah habis....

Sunday, December 27, 2009

Anakku..imran menghadiri kem UPSR 1



Imran satu satu nyer anak lelaki tunggal ku... tahun depan dia akan menduduki upsr. so kem ni telah dianjurkan oleh tm tempat suami berkerja... kem ni di adakan di pendeta za'ba di ukm selama 2 ari ., jadi aku mengambil keputusan untuk menghantar imran supaya dia dapat membuka minda dan membuat persediaan awal.
mlm sebelum pergi dia bersiap siap dengan bag nyer... mcm tak sabar je nak pergi....walaupon muka dia boring je..



semasa pendaftaran dia sungguh teruja sekali... masuk masuk je dalam dewan... langsung tak menoleh ke arah ku.... " seronok laa tu agak nyer' aku pon meninggalkan nyer ...dengan harapan semoga dia berjaya..



lepas antar imran aku dan suami gi kl ada jemputan kawin kawan opis suami di keramat.

semasa berjalan pulang,, terasa tayar kereta belakang sebelah kanan rasa macam ada yang tak kena je... kami balik ikut jalan h'way LEKAS... sebab nak lekas punya pasal...




lepas saja bayar tol... suami dapati tayar belakang tu tadi dah pancit... lalu suami tukar tayar cik kia.. tu.. nak cepat langsung lambat jadi nyer..






Wednesday, December 23, 2009

Blueberry muffin










hari ni aku keje seorang je diteman ni oleh bos baru ,,, tapi dia ni tak berapa best laa buat keje dah masuk 3 bulan keje...,, tapi tak pa dia tak menyusahkan aku..... sebab aku ada banyak keje sempingan nak buat...heheheheh..

hari ni aku buat muffin blueberry untuk kawan aton dari plan 1... dia nak bagi saudara dia yang akan buat kenduri pada esok mlm... kalau ada order dari kawan kat tempat keje aku bagi kat adik ipar ku buat... tapi minggu ni gi bercuti tak ada masa nak buat.. jadi aku ambik laa order ni nak cuba buat untuk kawan-kawan... mufin ni dah selalu buat untuk anak anak..

Saturday, December 19, 2009

Hari minggu yang membosan kan



Baju sekolah untuk si kembar ku Hajar / Aisyah. pada tahun lepas aku beli siap je... sebab malas nak jahit... tapi baju siap ni ada yang tek berapa elok kain nyer... pakai sekejap dah lusuh kain nyer.. jadinyer aku gi kedai casamoda,, masa tu ada sales jadi dapat murah semeter rasanyer rm2.30 kain jenis canggih.... dapat 2 pasang seorang.




Roti daging bersalut telur aku buat masa dah nak senje,,, malas nak makan nasi.. stok ada 2 keping je...





Muffin Pandan

lepas jahit baju sekolah sikembar ,aku buat kek mufin pandan resipi ambik dari rinnchan.fotopages.com, fist time buat menjadi pulak,, anak ku sikembar suka makan.. bagi jiran sebelah sikit sebab minta daun pandan kat dia,,, daun pandan ku baru nak tumbuh tak berapa nak cantik daun nyer. pagi tadi buat roti daging bersalut telur... resipi ambik kat dayangjack.blogspot.com.. aku guna daging burger je .. memang sedap pon..






Thursday, December 17, 2009

selamat tahun baru..


Marilah kita memanjatkan doa akhir dan doa awal tahun yang diajar oleh para ulama kita. Menurut keterangan tuan-tuan guru kita, Doa Akhir Tahun dibaca sebelum terbenam matahari (sebelum waktu Maghrib), manakala Doa Awal Tahun dibaca setelah Maghrib. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah. Insya-Allah, jika dikabulkan Allah, menangislah Iblis dan Syaithan atas kegagalan mereka menjerumuskan kita ke neraka. Qabuul Qabuul Ya Rabb

chocolate cupcakes


hari ni ,aku balik cepat sebab tak sihat aku ambik mc.. walaupon ada meeting,, tapi keadaan yang tak mengizinkan aku menghadiri.
sebelah petang aku teringin pulak nak buat cup kek resepi dari rinnchan fotopages. hasilnyer sungguh sedap..
Salam Maal Hijrah dan Selamat Bercuti!!

Monday, December 14, 2009

biskut suji dalam debu



biskit ni adalah salah satu biskut favorites adaku.. cuti sekolah ni diorang asyik nak makan je... anak sulong ku buat untuk adik-adik nyer... tapi buat separuh jalan je sebab dia nak keluar.. terpaksa lahh kita sudah kan keje dia... heheheh anak ku/.

Sunday, December 13, 2009

BUBUR NASI AYAM



pagi ni tak tahu nak masak apa,,,so ada ayam sikit,, so aku pon buat bubur nasi ni,, simple je ,, anak-anak kebiasaan nyer diorang bangun lewat.. bubur ni merangkap b.fast n lunch sekali...

Tuesday, December 8, 2009

AYAH & BONDAKU


SESI BERGAMBAR


sesi bergambar selepas penyampaian sijil oleh MD ku Mr.T. Morita



Meja ku berserabut,,, kalau 5S petrol baru kelam kabut bekemas....






hari ni cuaca sunggah cerah,,, walaupon panas diluar tu,, tapi aku merasa sungguh sunggah ceria sekali didalam opis.ni,, keje tak lah banyak sangat cuma nak buat payment voucher dan issue cheque aja..





Monday, December 7, 2009

15 Years Services





Diam tak diam dah 15 tahun aku berkerja di TDK(MALAYSIA) SDN BHD... 11 tahun di HR dan sampai sekarang di Account dept.. mcm mcm kenangan indah telah ku lalui bersama- sama teman di sini... ramai gak yang dah meninggalkan aku kerana dapat peluang yang lebih baik di luar sana... cuma berani atau tidak aja untuk memcuba di tempat yang baru. Buat masa kini aku happy berkeja di bhg acc... klik yang baik dan bertolak ansur... rasa nyer nak keja sampai bila masih tak fikir lagi... kerja laa sampai yang termampu... hehehehh.. Pada hari tu aku telah menerima Jam tangan seiko bernilai 600++..

Sunday, December 6, 2009

Dinner for today



hari ni,, makan nasi malam je,, aku masak ayam masak halia,, goreng ikan ,pucuk ubi rebus import dari rumah emak dan sambal tempoyak (durian beli di Cemeron highland)

Pagi di Cemeron Highland




kami bertolak dari sungai petani jam 4 petang... kete punya laa banyak,,, jalan pon jem sampai .. penat duduk didalam kereta... sampai ke simpang kuala kangsar kol 11.mlm.. suami keputusan untuk singgah dan berehat je di perhentian rehat sg. perak.. masa tu dah kol 1 am.. so kami pon berehat dan melelapkan mata... .ramai juga yang singgah disitu. jam 6.pagi kami bertolak dan sampai di simpang pulai kol 6.15.. sebab tiada lagi kesesakan jalanraya....jalan tu gelap dan sunyi... sungguh mendebarkan... aku terlelap.. tapi anak ku siti tidak tidor sebab tak mengantuk lagi... tapi malam tak berbau... suami dan anak ku terlihat seorang gadis cina di tepi jalan sambil melambai-lambai tangan ke arah mereka.. agak nyer nak menumpang. tapi suami ku dah agak,, ini bukan manusia,,, dia pon tidak menghiraukan makluk itu.. anak ku dan suami masing-masing terdiam dan membisu sehingga sampai ke simpang cameron higland... kg. raja...disana baru laa mereka mula bercerita.. didalam ati ku nasib baik aku tidor... heeeee



Hari minggu bersama anak-anak




Hari ni aku akan menghabiskan masa ku bersama-sama anak-anak ku... tapi aku ku sara dia balik ke terangganu malam tadi... tadi dia antara sms dah selamat sampai ke hostel nyer... lambat sampai sebab ada accident kat h/way baru k.pilah tu... jadi sampai kol 7 pagi.. untuk brekfast aku masak nasi goreng, burger. conney dog..
mlm tadi sida buat puding.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...